page kunci locker

Friday, August 17, 2012

kisah cintaku #2

13 mei 2011


Hari ini, aku telah menerima kenaikan pangkat walaupun baru sahaja 5bulan aku bekerja. Aku mendapat kepercayaan oleh majikanku. 

"Assalamualaikum, sayang! Seronoknya.." aku kegembiraan.

"Abang ni kenapa? Apa yang seronok sangat?"

"Abang.. Abang dapat kenaikan pangkat!"

"alhamdulillah.. Umi! Abang Deen dapat naik pangkat!" Ain menjerit memberitahu umi.

"Abang balik sekejap lagi, kita pergi makan luar ye, rezeki anak kita ni. Alhamdulillah"

Tiba-tiba Ain diam, aku terdengar bunyi telefon jatuh dan juga suara umi menjerit menyebut nama Ain berulang-kali.

"Hello, sayang, hello.. Umi! Umi!" hatiku tidak sedap. Terasa ada sesuatu yang terjadi lantas aku meminta izin untuk pulang ke rumah.

"Encik Deen, harap encik dapat bersabar... Kemungkinan saya terpaksa meminta isteri encik untuk menggugurkan kandungannya..."

"Apa doktor?! Tidak, tapi kenapa doktor?"

"Harap bersabar encik Deen. Kandungan isteri encik sangat lemah dan ini menjejaskan kesihatan isteri encik dan memandangkan isteri encik pun ada sakit kanser, saya tidak menggalakkan dia untuk terus menyimpan kandungannya."

"Tapi doktor! Isteri saya... tak mungkin doktor, itu anak kami, anak pertama kami.." tanpaku sedari, air mataku jatuh membasahi pipi.

"saya faham encik. tapi sekiranya dia terus simpan kandungannya, kemungkinan akan bahayakan dirinya dan juga anak dalam kandungan itu. tak mungkin dia dapat jaga kandungan dalam keadaan dia sekarang ini, hatinya juga sudah sampai tahap kritikal... saya berharap encik dapat mempertimbangkan memandangkan kandungannya yang masih muda." 

kata-kata doktor itu melekat dan terngiang-ngiang ditelingaku tanpa henti. apa yang harus ku katakan kepada Ain, tidak mungkin dia bersetuju. 

Aku berjalan perlahan pergi ke wad isteriku, wajahnya pucat, badannya terlantar di atas katil, umi dan abah ada di dalam bilik menjaganya. Aku hanya perhatikan sahaja dia dari cermin yang ada di pintu dan kemudian dia memandang aku, air matanya mengalir.

Aku tidak mampu untuk memberitahunya, Ya Allah, air mataku mengalir laju lantas aku terduduk di situ. Abah keluar tanpa bertanya mengapa, abah terus memelukku, menenangkan aku.

"Abah minta maaf Deen, tak patut kami membenarkan kamu untuk mengahwini puteri kami sedangkan kami tahu hidupnya tidak lama."

"Abah! Tidak, Deen cintakan Ain, Deen sanggup bersamanya walaupun apa terjadi, tapi..." aku terdiam melihat isteriku berjalan keluar dari bilik.

"Tapi kenapa abang? kenapa?" air matanya mengalir, matanya merah. hatiku rapuh, tidak sanggup aku melihat air matanya mengalir, suami mana yang mampu melihat isteri tersayang mengalirkan air mata.

Lantas aku bangun lalu memeluknya, "maafkan abang, sayang. Tapi doktor..." aku menceritakan semuanya kepada mereka.

Ain menangis teresak-esak, umi dan abah juga turut menangis. 

"Tidak abang, ain nak simpan anak ini. Ini anak kita, tak mungkin Ain setuju dengan semua itu. biar Ain tanggung semua ini." 

"Tapi sayang..." 

"abang tak sayang anak kita ke? abang nak buang anak ini? ini anak kita abang.."

aku terdiam. dugaan apa ini Ya Allah.. baru sebentar tadi Kau berikan aku kenaikan pangkat, rezeki yang ku sangkakan rezeki anak kami tetapi sekarang kami diminta untuk membuang anak yang belum sampai usia 5bulan dalam kandungan.

"kita akan jaga anak ini, kita akan jaga, kita akan harungi dugaan ni bersama. Insya-Allah, Allah akan bantu kita harungi dugaan ini." aku mengesat air matanya dan senyum walaupun hati ini tahu terlalu mustahil untuk kami teruskan menjaga kandungan itu, tetapi aku percaya pada Allah. Dia akan membantu hamba-Nya.


3 Jun 2011

Hari demi hari kami lalui bersama membesarkan kandungan isteriku. Dalam keadaan isteriku sakit, lemah, kami terus juga berusaha menyimpan kandungan itu. Kadang-kala Ain tidak boleh makan, dia akan muntah, kadang-kala Ain tidak mampu bangun lansung kerana sakit, Ain tidak boleh makan ubat kerana ditakuti akan menjejaskan kandungannya.

Sepatutnya kami bahagia seperti pasangan lain yang bakal mempunyai anak tetapi Allah menduga kami dengan memberikan kami dugaan besar ini. Kami terpaksa membesarkan anak kami yang berada dalam kandungan dalam keadaan yang cukup mencabar, isteriku terseksa kesakitan kerana sakit kansernya dan kandungan yang lemah.


21 Jun 2011

“Abang, abang pernah menyesal kahwin dengan saya?” 

“Sayang, apa ni?” hatiku tersentak, inginku marah dengan soalannya tetapi tidak sanggup, soalan itu membuatkan aku rasa seolah-olah Ain ingin mengalah.

“Jawablah abang.” Ain melihatku dengan harapan aku akan menjawab soalannya tetapi aku tidak menjawab, aku hanya tersenyum.

“Sayang berehat tau, abang nak ke dapur sekejap, ambil makanan untuk sayang. Dah masa makan ni.” Aku cuba ubah tajuk perbualan kami dan terus bangkit dari katil, aku menarik selimut lalu selimutkan isteriku dan terus keluar. 

Hatiku sakit sekali melihat keadaan isteri sendiri menderita, sakitnya ditanggung sendiri, ingin sekali aku mengambil sakitnya.


Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

2 orang doakan kunci locker berjaya:

Miss Butterfly said...

ouh , 3 episod je eh ? cepat cepat endingnyaaa :D

Miss Butterfly said...

btw, awat tetibe name deen ? kan zul ?