page kunci locker

Thursday, August 16, 2012

kisah cintaku. #1


13 feb 2011.

"Awak, tengok tu. Tahi bintang jatuh, cepat buat hajat." cepat-cepat Ain genggam kedua tangannya dan memejam matanya apabila lihat tahi bintang itu dan terus diam membuat hajat, aku hanya melihatnya sambil tersenyum, cantik wajah gadis yang aku cintai itu.

"Muaahhh!" diam-diam aku mencium pipinya.
"Awak buat apa ni?! eeee.." Ain mencubit tanganku.
"Aduh! Sakit2. Maaf... hahaa" aku ketawa dan terus berlari, kami berkejaran dan terus terduduk. Mata saling bertentangan.

"Cantik." tiba-tiba aku mengeluarkan kata-kata itu tanpaku sedari. Ain tersipu-sipu malu. Wanita ini yang telahku kahwini kerana rasa cinta beberapa hari yang lalu membuatkan hatiku rasa gembira sekali.
"Awak, kalaulah kita ada anak nanti, mesti anak kita ikut rupa awakkan. Awak cantik, lemah-lembut, penyayang..." belum sempat aku habis bicara.
"Eh, itu kalau perempuan, kalau lelaki mesti ikut awak, awak segak, romantik," Ain membuatkanku ketawa, pada aku lawak sungguh kata-katanya.

"Orang serius, dia ketawa pula. Tak nak lah puji lagi lain kali, weeekkk" Ain terus bangun dan berjalan merajuk, aku tetap ketawa kerana aku suka akan perangainya yang keanak-anakkan yang membuatkan aku bahagia.

17 feb 2011.

Kami pulang ke rumah, wajah Ain kelihatan pucat hari itu.
"Awak tak sihat ke?" aku mulai risau akan isteriku kerana aku takut penyakitnya semakin teruk. 

Ain, wanita yangku cintai itu menghidap penyakit kanser hati. Kami telah berkahwin diusia muda kerana doktor kata bahawa Ain tidak mampu hidup lama sekiranya tiada pemindahan hati yang dilakukan. Aku sangat berharap bahawa ada insan yang baik hati mendermakan hatinya kepada Ain walaupun aku tahu sekarang ini susah untuk mendapatkan penderma dan apatah lagi doktor mengatakan bahawa Ain memerlukan hati dari kanak-kanak kerana hati dari orang dewasa tidak sesuai untuknya.

"Saya ok" Ain tersenyum melihatku. Tangannya mengusap-usap pipiku perlahan, terasa sejuk sekali tangannya.

"Sejuk tangan awak, marilah kita ke hospital, awak tak sihat ni." puasku memujuknya tetapi Ain tetap berkesar tidak mahu. Akhirnya aku mengalah dan aku membawanya ke rumah orang tuanya. Aku kuatir sekiranya berlaku apa-apa kepadanya, aku tidak mampu berbuat apa-apa seorang diri.

18 Mac 2011,

Ain mulai pening-pening dan loya. Aku bimbang adakah sakitnya semakin teruk, kali ini aku memaksanya ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Ternyata apa yang ku sangkakan tidak benar malahan doktor telah memberiku satu berita gembira.

"Hello, umi! Saya bakal jadi ayah! Umi bakal jadi nenek. Sampaikan pada yang lain ye, Ain mengandung." ku telefon umi untuk berkongsi kegembiraan ku. Aku tiada ibu dan ayah, umi dan abah Ain telah ku anggap seperti ibu dan ayahku sendiri walaupun mereka hanya mertuaku.

Umi telah menghantar sedikit makanan ke surau tanda kesyukuran dan selang tiga hari selepas itu, umi membuat kenduri kesyukuran untuk anak kami. Sungguh bahagia hidupku, aku memiliki isteri yang cantik dan isteriku bakal memberiku anak dan sudah pasti hidup kami akan lebih sempurna nanti.

"Abang, agak-agak abang, anak kita lelaki ke perempuan?" Ain bertanya kepadaku.
"Saya tak kisah anak lelaki ke perempuan, asalkan awak selamat melahirkan anak kita. Lagipun baru 3 minggu usia kandungan awak ni. Awak jaga kesihatan awak ye." Aku tersenyum.

Tiba-tiba sahaja Ain kelihatan sedih, air matanya mula mengalir membasahi pipinya. Aku seolah-olah dapat merasai apa yang dirasainya, lantas aku memeluk erat isteriku dan berkata "awak janganlah sedih, insya-Allah segalanya akan baik-baik sahaja. Saya akan jaga awak sebaik mungkin".

11 May 2011,

Ain yang mengandung tetapi sepertinya aku yang mengandung kerana aku yang mengalami muntah-muntah dan pening kepala, badanku sakit-sakit tetapi isteriku rilek sahaja. Sekiranya Ain mengidam, aku turut merasa ingin makan makanan tersebut. Sesungguhnya Allah sangat penyayang, Dia berikan kepayahan isteriku kepadaku supaya aku lebih menyayanginya dan menghargainya. Umi dan abah kadang-kala ketawa melihat kami.


Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

4 orang doakan kunci locker berjaya:

Eyda Syahida said...

muhun part 2 dipercepatkan :)

CintaKhadijah said...

baca cerita cinta macam ni sambil dgr lagu mendayu2 macam ni layan habes la.. :p

Zul De Alexis said...

gua sukew wei...permulaan yg sweet..tapi kenapa pertengahan cm sedih jew..

kalau gua watak tu..awrrr..sweet..muah2 bakal bini..eh tertiba..bhaha

aimi.syafiqah said...

wah best best . part 2 mane part 2 ? XD eksaited nie ^^ sweet :)