13 mei 2011
Hari ini, aku telah menerima kenaikan pangkat
walaupun baru sahaja 5bulan aku bekerja. Aku mendapat kepercayaan oleh
majikanku.
"Assalamualaikum, sayang! Seronoknya.."
aku kegembiraan.
"Abang ni kenapa? Apa yang seronok
sangat?"
"Abang.. Abang dapat kenaikan pangkat!"
"alhamdulillah.. Umi! Abang Deen dapat naik
pangkat!" Ain menjerit memberitahu umi.
"Abang balik sekejap lagi, kita pergi makan
luar ye, rezeki anak kita ni. Alhamdulillah"
Tiba-tiba Ain diam, aku terdengar bunyi telefon
jatuh dan juga suara umi menjerit menyebut nama Ain berulang-kali.
"Hello, sayang, hello.. Umi! Umi!"
hatiku tidak sedap. Terasa ada sesuatu yang terjadi lantas aku meminta izin
untuk pulang ke rumah.
"Encik Deen, harap encik dapat bersabar...
Kemungkinan saya terpaksa meminta isteri encik untuk menggugurkan
kandungannya..."
"Apa doktor?! Tidak, tapi kenapa
doktor?"
"Harap bersabar encik Deen. Kandungan isteri
encik sangat lemah dan ini menjejaskan kesihatan isteri encik dan memandangkan
isteri encik pun ada sakit kanser, saya tidak menggalakkan dia untuk terus menyimpan
kandungannya."
"Tapi doktor! Isteri saya... tak mungkin
doktor, itu anak kami, anak pertama kami.." tanpaku sedari, air mataku
jatuh membasahi pipi.
"saya faham encik. tapi sekiranya dia terus
simpan kandungannya, kemungkinan akan bahayakan dirinya dan juga anak dalam
kandungan itu. tak mungkin dia dapat jaga kandungan dalam keadaan dia sekarang
ini, hatinya juga sudah sampai tahap kritikal... saya berharap encik dapat
mempertimbangkan memandangkan kandungannya yang masih muda."
kata-kata doktor itu melekat dan terngiang-ngiang
ditelingaku tanpa henti. apa yang harus ku katakan kepada Ain, tidak mungkin
dia bersetuju.
Aku berjalan perlahan pergi ke wad isteriku,
wajahnya pucat, badannya terlantar di atas katil, umi dan abah ada di dalam
bilik menjaganya. Aku hanya perhatikan sahaja dia dari cermin yang ada di pintu
dan kemudian dia memandang aku, air matanya mengalir.
Aku tidak mampu untuk memberitahunya, Ya Allah,
air mataku mengalir laju lantas aku terduduk di situ. Abah keluar tanpa
bertanya mengapa, abah terus memelukku, menenangkan aku.
"Abah minta maaf Deen, tak patut kami membenarkan
kamu untuk mengahwini puteri kami sedangkan kami tahu hidupnya tidak
lama."
"Abah! Tidak, Deen cintakan Ain, Deen
sanggup bersamanya walaupun apa terjadi, tapi..." aku terdiam melihat
isteriku berjalan keluar dari bilik.
"Tapi kenapa abang? kenapa?" air
matanya mengalir, matanya merah. hatiku rapuh, tidak sanggup aku melihat air
matanya mengalir, suami mana yang mampu melihat isteri tersayang mengalirkan
air mata.
Lantas aku bangun lalu memeluknya, "maafkan
abang, sayang. Tapi doktor..." aku menceritakan semuanya kepada mereka.
Ain menangis teresak-esak, umi dan abah juga
turut menangis.
"Tidak abang, ain nak simpan anak ini. Ini
anak kita, tak mungkin Ain setuju dengan semua itu. biar Ain tanggung semua
ini."
"Tapi sayang..."
"abang tak sayang anak kita ke? abang nak
buang anak ini? ini anak kita abang.."
aku terdiam. dugaan apa ini Ya Allah.. baru
sebentar tadi Kau berikan aku kenaikan pangkat, rezeki yang ku sangkakan rezeki
anak kami tetapi sekarang kami diminta untuk membuang anak yang belum sampai
usia 5bulan dalam kandungan.
"kita akan jaga anak ini, kita akan jaga,
kita akan harungi dugaan ni bersama. Insya-Allah, Allah akan bantu kita harungi
dugaan ini." aku mengesat air matanya dan senyum walaupun hati ini tahu
terlalu mustahil untuk kami teruskan menjaga kandungan itu, tetapi aku percaya
pada Allah. Dia akan membantu hamba-Nya.
3 Jun 2011
Hari demi hari kami lalui bersama membesarkan
kandungan isteriku. Dalam keadaan isteriku sakit, lemah, kami terus juga
berusaha menyimpan kandungan itu. Kadang-kala Ain tidak boleh makan, dia akan
muntah, kadang-kala Ain tidak mampu bangun lansung kerana sakit, Ain tidak
boleh makan ubat kerana ditakuti akan menjejaskan kandungannya.
Sepatutnya kami bahagia seperti pasangan lain
yang bakal mempunyai anak tetapi Allah menduga kami dengan memberikan kami
dugaan besar ini. Kami terpaksa membesarkan anak kami yang berada dalam
kandungan dalam keadaan yang cukup mencabar, isteriku terseksa kesakitan kerana
sakit kansernya dan kandungan yang lemah.
21 Jun 2011
“Abang, abang pernah menyesal kahwin dengan saya?”
“Sayang, apa ni?” hatiku tersentak, inginku marah
dengan soalannya tetapi tidak sanggup, soalan itu membuatkan aku rasa
seolah-olah Ain ingin mengalah.
“Jawablah abang.” Ain melihatku dengan harapan
aku akan menjawab soalannya tetapi aku tidak menjawab, aku hanya tersenyum.
“Sayang berehat tau, abang nak ke dapur sekejap,
ambil makanan untuk sayang. Dah masa makan ni.” Aku cuba ubah tajuk perbualan
kami dan terus bangkit dari katil, aku menarik selimut lalu selimutkan isteriku
dan terus keluar.
Hatiku sakit sekali melihat keadaan isteri
sendiri menderita, sakitnya ditanggung sendiri, ingin sekali aku mengambil
sakitnya.
2 orang doakan kunci locker berjaya:
ouh , 3 episod je eh ? cepat cepat endingnyaaa :D
btw, awat tetibe name deen ? kan zul ?
Post a Comment