page kunci locker

Friday, August 17, 2012

kisah cintaku #3

11 September 2011

Ain kelihatannya lebih sihat dari biasa, kandungannya sudah semakin besar dan kuat. Doktor turut memberi sokongan kepada kami walaupun pada asalnya dia menasihati kami menggugurkan kandungan itu.

“wah, cantik isteri abang hari ini. Nak ke mana ni?” 

“Umi yang dandankan Ain cantik-cantik ni untuk abang, tak kemana pun.”

“isteri abang sentiasa cantik walau apa sekali pun sayang pakai” aku tersenyum lalu duduk disisinya.
Aku mengusap pipinya, lembut. Wajahnya tidak lagi secantik dulu, badannya kelihatan sedikit kurus tidak seperti perempuan mengandung yang lain.

“hari ni anak kita ada tendang?” aku bergurau.

“assalamualaikum anak papa, hari ni nakal tak?” sambungku sambil mendekatkan telingaku ke perut isteri.
Sedang kami duduk tenang, ketawa riang, tiba-tiba Ain mengalami sesak nafas,

“sayang, sayang…”

Dua jam sudah Ain berada di dalam wad kecemasan. Doktor mahupun jururawat tidak keluar lagi dari bilik kecemasan. Aku tidak senang duduk, mundar-mandir aku dihadapan pintu.

Sejam kemudian,

“encik Deen, kami memerlukan kebenaran encik untuk melakukan pembedahan. Bayi tidak bernafas di dalam kandungan dan isteri encik mengalami tahap kritikal sakitnya sekarang.”

Tanpa berfikir panjang, aku setuju dan aku telah menurunkan tandatangan.

“Deen, sabar ye nak. Insya-Allah akan selamat isteri dan anak kamu. Sama-samalah kita berdoa agar Allah beri kita keajaiban.” Abah cuba menenangkanku.

Aku rasa bersalah sekali, beberapa minggu yang lepas, isteriku telah mendapat hati yang sesuai untuknya tetapi Ain mengandung dan tidak boleh lakukan pemindahan, kalaulah aku tidak bersetuju untuk menjaga anak itu.

“Ya Allah, kau selamatkanlah isteri dan anakku.”

6jam sudah berlalu. Mereka masih berada di dalam bilik kecemasan. Hati ini semakin resah, semakin aku tidak senang duduk. Entah apa yang berlaku kepada mereka. 

Lampu bilik kecemasan dimatikan. Saat itu hatiku berdenyut kencang, apakah berita yang bakal aku dengar dari mulut doktor.

“Encik Deen,” doktor seolah-olah berat untuk mengatakannya.

“Doktor, tolong beritahu saya, macam mana keadaan…?

“Tahniah encik Deen, encik dapat anak perempuan…”

“isteri saya?”

“ isteri encik… Alhamdulillah dia selamat…”

“Allah, Alhamdulillah..” air mataku mengalir laju.

“tapi encik Deen, keadaannya dah kritikal. Dia tidak mampu untuk bertahan lama, harap encik dapat bersedia dengan apa jua kemungkinan.


12 September 2011

Anak aku tidak cukup bulan dan terpaksa ditempatkan di dalam incubator. 

Perlahan aku masuk bilik dimana isteriku ditempatkan. Kelihatan keadaannya yang sangat menyedihkan, penuh dengan alat disisinya. Wayar sana sini hanya untuk merawatnya.

Kelihatan Ain semakin kurus tanpa kandungannya, pucat dan tidak berseri wajahnya. Ain tidak sedarkan diri, aku duduk disampingnya.

“Sayang, bangunlah, kita dah berjanji nak hidup bersamakan. Sayang, abang sayang awak sangat-sangat, abang tak sanggup lihat awak macam ni.” Aku cuba menahan air mataku dari mengalir, betapa aku mencintai Ain dan orang yangku cintai kini terlantar di atas katil hospital dan aku tidak mampu berbuat apa-apa.

“Sayang, ingat tak sayang pernah tanya abang, abang menyesal kahwin dengan sayang ke. Sayang, dari awal lagi abang tidak pernah menyesal mencintai sayang. Abang tidak pernah menyesal ambil keputusan kahwin dengan sayang walaupun kita masih muda. Abang tidak pernah menyesal melafazkan aku terima nikahnya nurul ain syuhadah binti mat akhir…” aku menggenggam tangan Ain.

“abang tidak pernah menyesal harungi dugaan ini bersama sayang, biarlah hidup kita tidak sesempurna keluarga lain tetapi abang bahagia dengan sayang… sayang dah lahirkan puteri kita, cantik macam sayang. Bangunlah sayang, bangun lihat puteri kita.”

Tidak mampu lagi aku berkata-kata, air mataku mengalir tanpa dapat lagi ku tahan.

“berilah abang peluang untuk mencintai sayang lebih lama lagi, abang belum puas mencintai sayang,..”

Ternyata ain mendengar kata-kataku, Ain mengalirkan air mata, aku melihat ke mesin kerana bunyinya lain, denyutan jantung Ain semakin perlahan.

“Doktor!” bergegas aku memanggil doktor,

Aku diminta untuk tunggu diluar sedangkan isteriku berada di ambang maut di dalam bilik itu. Cemas, cemas sekali hati ini.

“encik Deen,” aku tidak perasan doktor sudah keluar dari bilik itu,

“maafkan kami.., Allah lebih menyayangi isteri encik.”

Berkecai hatiku saat itu, air mataku mengalir laju, tidak mampu untukku berkata apa, tanganku menggigil, kakiku tidak mampu untuk berdiri, aku terduduk disitu,

“Ain! Ya Allah..” aku menjerit, sungguh tidak dapatku terima pemergiaan isteriku. Terasa kosong hati ini, terasa sunyi hospital itu seperti hati ini. Aku menangis sepuasnya saat itu. Aku tidak peduli apa yang akan orang kata, sesungguhnya aku telah kehilangan orang tersayang.

Kini, aku terus hidup hanya untuk anak perempuanku yang ku beri nama Nurul Ain Jannah kerana isteriku suka akan nama itu. Anakku membesar tanpa seorang ibu, akulah ibunya dan aku jugalah bapanya. Hatiku telah tertutup untuk mencari pengganti Ain walaupun mertuaku minta aku untuk cari seorang ibu untuk anakku tetapi tiada yang mampu menggantikan permaisuri dihatiku, pemergian Ain telah membawa pergi juga hatiku.

~Al-Fatihah buat arwah Nurul Ain Syuhadah Binti Mat Akhir ~
~ 12 September 2011, 9.18 p.m ~

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

2 orang doakan kunci locker berjaya:

Jenny Pa-un said...

nice. tersentuh hati membaca.. sesungguhnya setiap orang pasti akan pergi juga.

Unknown said...

serius cerita ni benar ke??