page kunci locker

Monday, August 6, 2012

Dato' Lee Chong Wei wira Malaysia

Assalamualaikum


Sejak malam semalam (5/8/2012), semua rakyat Malaysia berada dalam kesedihan. Kenapa? Sebab Lee Chong Wei kalah? Sebab satu-satunya harapan Malaysia nak dapat emas tak tercapai? Sebab rakyat Malaysia tak dapat makan ais cream Baskin Robbin percuma? Sama sekali tidak. Bukan kerana itu tetapi kerana rakyat Malaysia sedih melihat wira mereka mengalirkan air mata kerana merasakan dirinya kalah dan telah menghampakan semua orang. 
"Malaysians are heartbroken. Why? Not because we lost, but because our hero has tears streaming down his face."      - yqnq ellyana -
Jangan bersedih wira kami, kau tetap kebanggaan Malaysia, kau telah naikkan nama Malaysia ke seluruh dunia, biarlah kekalahan itu menjadi kekuatan.. Lain kali, kau bawalah Malaysia benar-benar kearah kejayaan, emas yang dinanti-nanti itu. 

Sekarang ini bukan rezeki kau, bukan juga rezeki kami untuk melihat kau dikalungkan dengan pingat emas, bukan juga rezeki kami untuk melihat Malaysia mencapai emas. Tetapi janganlah kau bersedih. Kami tetap anggap kau wira, kau telah berusaha. Kita pasti berjaya lain kali.

Kepada mereka-mereka yang kecewa tu, janganlah bersedih sebab tak dapat makan ais cream mahal tu free, korang tak patut dapat pun sebenarnya, patutnya Dato' Lee Chong Wei dan semua wira Malaysia yang pergi olimpik tu yang dapat makan ais cream free sebab dorang dah usaha untuk kita, untuk negara, kita pula hanya melihatsahaja sedangkan mereka yang rasa kesakitan, kepenatan dan kesusahan itu.

Teruskan berusaha wira kita, semoga yang tinggal tu boleh bagi pingat juga kat kita.. Go Malaysia, Go!

Jom follow Lee Chong Wei,

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

1 orang doakan kunci locker berjaya:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

aku x tgok game ni.. tp in my heart tetap sedeh..

sedeh hilang pingat n sedeh x dapat baskin robin. huhuhu