page kunci locker

Saturday, December 14, 2013

my son?? But i'm not marry yet!

Assalamualaikum

I don't know how to start but its all start when my semester break. Aku baru balik rumah untuk bercuti dengan family. Yes, after all, who don't want to spent time with their family right. Semuanya bermula sebaik sahaja aku dah sehari duduk di rumah. Satu hari ada seorang perempuan datang rumah bersama seorang bayi lelaki. So cute, dan jujur aku memang suka budak-budak. Kami tak kenal siapa dia tapi tanpa fikir panjang, kami jemput dia masuk rumah. Tetamu datang tak kan nak biarkan berdiri kat luarkan, dengan dukung bayi, panas lagi kat luar. Kesian.

Masuk je rumah, mak buat air. Dia seolah-olah berat mulut nak bersuara, sepuluh patah kami tanya, hanya sepatah sahaja dia balas, dan kadang kala hanya senyum. Tiba-tiba sahaja dia berkata "ini anak awak...". What?? I'm so shock. Siapa tak terkejut bila ada seorang perempuan datang rumah bawa bayi dan ngaku bayi tu anak aku. Depan mak aku pula tu, mahu tak terkejut beruk mak aku. Woi! Are you crazy or what? Anak aku? Bila masa aku tidur ngan kau dan aku memang tak pernah tidur dengan mana-mana perempuan. Please, jangan buat aku macam ni. Mak aku boleh mati terkejut ok.

"Kau buat apa dengan perempuan tu? Kau dah malukan keluarga, mana mak nak letak muka mak ni?!" Mak marah, tanpa cakap banyak, perempuan tadi tinggalkan bayi dan sekeping sampul surat. Dalam sampul surat tu ada gambar scanning masa dalam perut, sijil lahir dan juga surat wasiat mungkin. "Tolong jaga anak ini. Saya tak mampu, saya susah. Awak kena bertanggungjawab. Anak ni tak berdosa."

Sejak datangnya bayi ni, hubungan keluarga aku jadi renggang. Tak semeriah dulu lagi. Macam mana nak mesra, mereka tak percayakan aku lansung. Aku belum kahwin lagi dan aku tahu hukum. Tak mungkin aku akan buat semua ni. Aku masih waras. Tapi aku terpaksa juga jaga anak ini, siapa lagi nak jaga kalau bukan aku. Keluarga aku lansung tak nak tengok tapi nasib baik dorang tak halau aku keluar rumah, mungkin sebab kesian akan anak ini. Aku uruskan sendiri anak ini.

Hampir dua minggu aku jaga anak ini. Namanya Arif, comel budaknya. Harini keluar keputusan ujian DNA yang aku buat seminggu yang lalu. Perlahan-lahan aku buka keputusan tu. Aku terkejut, what? Tak mungkin. Aku jaga anak orang lain selama ni. Keputusan ni menunjukkan yang anak ini bukan anak aku. Dalam hati lega sangat, aku terus balik dan tunjukkan kat mak dan semua. Alhamdulillah dorang boleh terima aku lagi, tapi kami tak mungkin lagi jaga anak ini, dan aku buat keputusan untuk hantar ke rumah kebajikan.


Bila lihat Arif ketawa, senyum, menangis. Hati aku sayu, sanggup ke aku hantar anak ini ke rumah kebajikan? Dah dua minggu aku jaga anak ni, hati aku dah sayang, aku dah mula anggap dia macam anak aku. Tanpa sedar air mata aku mengalir.

Waktu kemas barang Arif, aku terjumpa sesuatu yang diselitkan dalam baju Arif yang tak pernah aku sentuh selama ni sebab agak buruk bajunya. Terdapat nota, "Maafkan saya, saya perlukan seseorang untuk jaga anak ini. Arif tak mungkin mampu hidup dengan saya. Papa Arif dah tak ada, papa dia kawan baik awak."

Aku teringat kisah lama masa kawan aku Aiman kahwin lari dan ya, perempuan itulah isterinya. Kerana tiada restu keluarga, mereka lari. Aku tahu, aku harus buat sesuatu, demi masa depan Arif, tak mungkin aku biarkan Arif susah.

Aku bawa Arif ke rumah mak ayah Aiman. Ku ceritakan semuanya, mereka tak boleh terima pada mulanya tetapi apabila mereka tahu, anak mereka Aiman sudah tiada dan cucu mereka ini perlukan keluarga. Akhirnya mereka mengalah dan setuju untuk membesarkan Arif. Alhamdulillah, lega hati ni. Paling tidak pun Arif dalam tangan yang selamat.

Kepada ibu Arif, pulanglah. Arif perlukan kau. Jangan biarkan Arif hidup tanpa kasih sayang mak.
Cerita ini hanya rekaan semata-mata, gambar tu adalah milik aku sendiri. Gambar aku dan anak buah aku. Cerita asal direka oleh aku sendiri. Jangan pisahkan anak dengan keluarganya, anak ini tidak berdosa dan membawa tuah. Sekian.

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

8 orang doakan kunci locker berjaya:

✿INA AINAA✿ said...

Nice story.. hikhik ngat cerita betul2 terjadi tadi.. rupanya rekaan semata2

Dikbee said...

owh... saspen jek... ingat betui2 anak ko.... hehe

Syazana Ismail said...

arrghh hampir tertipu, tapi Alhamdulillah cerita ni ada pengajarannya, nice plot :)

kunci locker said...

Ainaa roseberry : hehehe...thank baca..

Dik bie : hah, tulah gunanya nota kaki warna lain untuk dibaca...hehehe

Syazana ismail : heheeee...nasib baca habiskan..kalau tak mesti malu.. ekekekeke

Cik Ash said...

wah adik dah bermula berkarya. nice story tersentuh bc.

kunci locker said...

Cik ash : thank...hehehe...malu, lama tak menulis, dah jadi malu bila orang baca...huhuhu

Anonymous said...

dah macam nak melalak kot. boleh plak ada parody dkt ending crita.

aDisH.sHidA said...

akak egtkan betul2 la td..huhuhu..tapi memang akan berkesan jgk di hati nie

wan mmg suka budak2 kan