page kunci locker

Monday, June 6, 2016

bertemu di "kolumpo"

Assalamualaikum

Kisah ni berlaku masa aku masih study lagi, dah 3 tahun berlalu, entri ni sebenarnya aku dah tulis sejak aku balik dari jumpa dia, tapi aku tak habiskan.. dah 3 tahun terbengkalai cerita ni, so sekarang ni aku post jelah cerita ni buat kenangan, hahahaha.. kisahnya macam ni,

Sekarang ni aku tengah cuti semester, aku nak habiskan cuti aku dengan penuh manfaat. Then aku dapat panggilan dari mama dan papa angkat dari Singapore, katanya nak jumpa kat KL. Aku pun minta izin mak ayah ke KL. 

Sebabkan aku datang awal, jadi aku buat keputusan untuk tengok wayang dulu kat Times Square. Aku dengar cerita "kolumpu" macam seronok, so aku pun belilah tiket walaupun sebenarnya aku nak sangat tengok cerita "frozen". Sebelum masuk wayang, aku berdiri depan gambar cerita "kolumpo" dan semuanya bermula di sini.

"Hai, awak tengok cerita ni juga ke?" Tetiba je seorang perempuan ni tegur aku. Aku menoleh kiri kanan kot lah dia tegur orang lain, nanti aku yang malukan. Tapi tak ada sesiapa so aku pun angguk kepala dan senyum.
Peh, cerita "kolumpo" ni best, tak sia-sia aku beli tiket, kalau korang belum tengok, pergilah tengok. Masih terlalu awal untuk aku jumpa mama dan papa angkat aku, so aku pergi beli coolblog yang sememangnya kegilaan aku. Sementara tunggu coolblog siap, aku ternampak awek cun tadi yang tegur aku. Dia datang dekat ngan aku.

"Eh, awak lagi. Awak beli coolblog ye?" Aku keliru, kenapa perempuan ni? Ramah semacam. Aku senyum je tak respon dengan kata-kata sebab aku takut nanti kalau dia ada agenda lain, aku ni bukan orang KL, selok-belok KL tak berapa mahir, apa-apa jadi habis aku kena jual.

"Hello, do you understand what i say?" Eh, tetiba pula dia speaking dengan aku. "Ya, saya faham." Balas aku dengan perasaan curiga.

"Eh, melayu rupanya, ingatkan indonesia ke, negro ke tak faham." Dia gelak. "What?! Kurang ajar, aku dikatakan negro? Perempuan ni nak kena betul. Sabar jelah" Kata aku dalam hati sambil senyum je.

"Awak tahu kat mana saya boleh tengok lantai 3D?" Aik, dia pun bukan orang KL juga rupanya. "Turun level 1, kat tangga piano. Bawah yang ada pokok krismas tu." Selamba je aku jawab, eh, betul ke level 1? Lantaklah, pandai-pandai dia cari nanti. "Awak tahu? Ok, jom." Tetiba dia tarik tangan aku. "Eh, kita nak gi mana?" Spontan aku bersuara.

"Lantai 3D lah." Dia senyum. Alahai, comel pula muka dia bila senyum. Aku ambil coolblog aku then terus jalan dengan dia. Entah kenapa aku ikutkan sahaja tanpa curiga, adakah sebab dia cantik? Ish, patut pun kawan aku panggil aku playboy, habis semua perempuan cantik aku nak terpikat.

"Cantik-cantik, macam mana dorang buat ni? Sama macam dalam paper," Oh, dia tahu pasal lantai 3D ni dari paper, apa-apa jelah. "Boleh saya pergi sekarang?"

"Eh, nanti, tunjukkan saya jalan ke KLCC. Please." "Awak naik jelah LRT." Jawab aku selamba. "Saya bukan orang sini wak, saya tak tahu semua ni." Dia tersenget macam kerang busuk. Ok, fine. Nasiblah aku pernah pergi sana, so aku tahu juga jalan. Aku mengeluh, then dia terus tarik aku, "jom".

"Saya bawa awak jalan kaki je ok. Jimat tapi penat sikit, guna kudrat empat kerat awak tu." Sengaja aku nak kenakan dia tapi dia tetap nampak bersemangat dan terus jalan. Sempat juga kami pusing dalam Times Square dulu sebelum keluar.

"Kita jalan kaki ni, nanti kita akan jumpa banyak tempat menarik, Pavillion, jejantan panjang, then baru sampai KLCC. Awak nak jalankan, saya bawa awak jalan betul-betul." Aku pun tak tahu kenapa tapi aku bawa aja dia ni jalan.

"Seronoknya, terima kasih." Dia jalan tergedik-gedik toleh kiri kanan dan sesekali berhenti jalan secara tiba-tiba dan ambil kesempatan itu untuk mengambil gambar. Dari langit cerah hinggalah langit gelap, kami berjalan. Jumpa apa sahaja yang menarik depan matanya, pasti dia akan ambil gambar. Nampak kedai menarik, dia nak singgah dan buatkan aku terleka dengan sikap ramahnya hingga aku terlupa janji aku pada mama dan papa angkat aku.
Sesekali aku melihat dia teruja, aku rasa sangat pelik. Dia ni datang dari mana? Tak pernah datang KL lansung ke apa? Tak pernah rasa keadaan macam ni? Tak mungkinlah. Tapi dari wajahnya yang teruja tu menunjukkan yang dia memang tak pernah datang tempat-tempat ini dan kebetulan pula perayaan hari natal makin hampir jadi sambutannya agak meriah dengan hiasan dan pokok yang memukau perhatian.

Dari satu tempat ke satu tempat kami pergi, tak sekali pun terdetik dalam fikiran aku untuk bertanyakan nama dan latar belakang dirinya. Akhirnya mama dan papa aku call, tanpa fikir panjang, aku cakap kat dia aku harus pergi, family aku dah tunggu. Aku temankan dia ke LRT dan beri dia jalan untuk ke TBS, selepas itu tanpa sebarang isyarat, kami berpisah. Tak kenal nama, tidak kenal latar belakang dan siapa dirinya, kami berpisah... Siapa dia? Persoalan yang sampai sekarang masih tiada jawapan..
Aku tak jumpa pula gambar dia dalam koleksi gambar aku ni, mungkin satu hari nanti kami akan bertemu kembali, insya Allah 

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

1 orang doakan kunci locker berjaya:

Cik Ash said...

wahhh ada entri baru misteri tu