page kunci locker

Monday, June 13, 2016

Resepi kuih burger Malaysia

Assalamualaikum

*ni kuih yang kawan buat sendiri, 1st time kawan buat, sedap dan gebu, timun takde sebab kawan tak makan sayur, hahahaha

Mari sini adik, abang, kakak, mak cik dan pak cik semua.. Harini kawan nak share resepi buat kuih burger Malaysia yang super duper senang. Senang beno lerr, tak susah pun. Alhamdulillah setiap resepi yang kawan share ni adalah resepi kawan dah try dulu sebelum kawan share.
Bahan yang diperlukan :
1/4 tepung gandum
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar majirin
1 biji telur
2 sudu besar yis
1 sudu gula kasar
1/2 sudu kecil garam

Proses membuat kuih burger Malaysia :

1. Bancuh yis bersama 50ml air suam dan masukkan gula kasar tadi ke dalam cawan tersebut dan gaul hingga sebati. Kemudian biarkan selama 5 minit, tunggu hingga yis berbuih. Dalam bekas yang lain,

2. Ambil garam dan campurkan dengan air suam dalam 50ml juga. Gaul dan biarkan garam larut. Dalam bekas yang lain pula,

3. Masukkan tepung dalam bekas yang sesuai, masukkan sekali telur, majirin dan susu pekat. Kemudian, gaul hingga sebati.

4. Bila dah sebati, ambil yis tadi dan campurkan dalam adunan tepung tersebut dan gaulkan hingga sebati sekali lagi.

5. Bila yis dan tepung sudah sebati, campurkan air garam dan gaul hingga sebati.
(Kalau adunan tepung terlalu cair atau lembut sangat, boleh campur lagi tepung.)

6. Masukkan adunan dalam peti ais dan biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih elok 1 jam.

7. Adunan tepung tadi akan kembang dan gebu, boleh keluarkan dari peti ais dan buat gumpalan bulat-bulat. Biarkan sekejap dalam 5 atau 10 minit gumpalan tepung dan sudah boleh digoreng..

Tips :
- Guna 1 paket kecil yis pun boleh, kadang 2 sudu besar yis tak cukup untuk kembangkan roti.
Pastikan tangan disapukan dengan tepung yang secukupnya untuk memegang adunan tepung sebab adunan tersebut akan melekat pada tangan sekiranya tiada tepung. Gumpalan bulat tepung tidak akan cantik sekiranya melekat pada tangan.
- Pastikan minyak cukup panas, tapi pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus.
Selamat Mencuba ^_^

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

0 orang doakan kunci locker berjaya: