Assalamualaikum, abaikan kisah lalu. Kini sahabatku sedang sakit dan ini sahaja yang mampu aku berikan kepadanya selain doa. Dengan update ni aku harap ada juga doa dari orang lain untuk dia.
Bab, aku tak tahu kekuatan apa yang ada kat aku untuk tengok kau depan mata dalam keadaan macam tu. Tapi aku, caer, athira ngan wani kuatkan diri gak pergi tengok kau. Sampai sesat cari wad kau bab. Kau tahu tak bab, kebetulan kitaorang jumpa apek dalam lif. Lepas tu masuk jer pintu wad neurology, kitaorang jalan jadi perlahan. Aku rasa jauh sangat wad kau, berat kaki ni nak melangkah. Apek dah jauh jalan kat depan, kitaorang jalan slow sangat.
Bab, aku masuk dulu tengok kau. Masa aku tengok jer keadaan kau tu, air mata aku dah nak mengalir dah. Aku tak tahu apa nak dikata lagi. Nasib baik apek masuk temankan aku, kalau tak aku dah menangis kat situ. Aku tahu aku tak patut nangis. Kalau aku nangis depan kau, macam mana keadaan kau yang tengah terbaring tu kan.
Bab, aku ada ambil gambar kau. Tapi aku tak akan upload. Biarlah jadi koleksi aku, nanti kau sedar, aku tunjuk kat kau. Bab, masa caer ngan aku jer dalam bilik tu tengok kau. Kitaorang cakap ngan kau, kau seolah-olah dengar dan faham. Air mata kau mengalir, caer lap air mata kau. Kau bergerak-gerak macam kau respon dan nak bercakap ngan kitaorang. Bab, aku pun rindu nak borak ngan kau.
Aku tak dapat tahan air mata aku, aku ajak caer keluar. Kitaorang minta diri kat kau, kau bergerak macam tak bagi kitaorang balik, aku pegang tangan kau, panas. Aku tahu kau sedar kehadiran kitaorang. Kau kena kuat bab. Ramai orang doakan kau. Bab, hari-hari bab aku baca yasin untuk kau. Nama kau ada dalam doa aku.
Semoga kau cepat sembuh, ramai yang doakan kau bab. Tengok wall facebook kau. Ramai yang post.
0 orang doakan kunci locker berjaya:
Post a Comment