page kunci locker

Wednesday, August 21, 2013

Doakan sahabatku Azraei Fikrie

Assalamualaikum, lama sudah aku tidak menulis. Aku tak tahu, aku nak menulis sangat malam ni. Biarlah aku menangis, biarlah aku berat nak menaip, aku buang jauh-jauh ego aku demi seorang sahabat aku. Salah seorang senior aku yang paling rapat sekali sepanjang aku belajar.

Aku ingin minta jasa baik kalian semua untuk doakan sahabat aku Azraei Fikrie semoga cepat sembuh, semoga selamat. Sekarang beliau sedang kritikal, koma.

*paru-paru sebelah tak berfungsi,
*tengkorak pecah,
*perdarahan dalam otak,

Aku minta jasa baik kalian untuk doakan keselamatan sahabat aku ni.

Bab, kau kena kuat. Kita orang doakan kau bab, kau jangan lemah. Bangun bab, bangun! Jangan tidur bab, kau kawan aku. Aku tahu kau kuat. Jangan mengalah.

Maafkan aku bab, aku kat nibong tebal, aku praktikum jauh nak tengok kau. Aku doakan kau dari jauh, kau kena kuat. Insya-Allah aku datang jumpa kau nanti, aku nak tengok kau dah sedar, aku nak berbual dengan kau macam biasa.

Ya Allah, tolong sahabatku ini.. :'(

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

4 orang doakan kunci locker berjaya:

Yana Sakura said...

Sama-sama kita doakan smga dia cepat sembuh ya Iz.. InsyaAllah..sebak aq baca rintihan ko.. T_T

macam-macam cara kita boleh tolong dia kan..salah satu dgn berdoa..doa adlh senjata kita..smga ko tabah..pegi keje esk leklok..hati2 di jln raya..jgn layankan sgt perasaan..bahaya..kita berdoa dan berserah pada Allah ya..semoga semuanya kembali seperti sedia kala..InsyaAllah..Amin :')

zaxx said...

semoga segalanya selamat,semoga beliau cepat sembuh, semoga segala yg kunci loker harapkan menjadi kenyataan..biarlah bab terus tersenyum... Ya allah selamatkanlah beliau..amin.