Assalamualaikum
Cubalah tanya pada sesiapa sahaja, zaman apa yang paling mereka suka dan pastinya majoriti akan berkata bahawa zaman alam persekolahanlah yang paling mereka suka, bukan sahaja suka malah mereka merinduinya dan ingin kembali ke zaman itu kembali.
Begitu juga aku, baru-baru ini aku mimpi sesuatu yang cukup indah dalam hidup aku. Dalam mimpi tu, aku nampak kawan-kawan persekolahan aku dan mereka memakai baju sekolah lalu aku ketawa terbahak-bahak dan seorang dari mereka bertanya "kenapa, hari ni tak sekolah ke?"
Dalam mimpi itu aku sedar bahawa aku sudah dewasa dan aku bukan lagi pelajar sekolah. Mungkin sebab itu aku ketawa terbahak-bahak melihat mereka memakai pakaian sekolah sedangkan aku sendiri pun turut memakai pakaian sekolah.
Bila aku bangun dari tidur, aku rasa rindu sangat-sangat pada kawan-kawan sekolah aku dan aku rindu alam persekolahan. Andai aku dapat kembali ke alam persekolahan, aku tak kisah aku harus kembali jadi pelajar sekolah selama 5 tahun di sekolah menengah atau mungkin 11 tahun kembali terus ke alam persekolahan sekolah rendah dan menengah.
Aku berharap bahawa dewasa ini hanya mimpi sahaja dan apabila aku bangkit, aku masih lagi pelajar sekolah tetapi itu semua tidak mungkin akan berlaku kerana Allah tidak akan undurkan masa untuk kita.
Walaupun zaman itulah yang banyak mengajar aku erti kehidupan sebelum aku faham kenyataan tentang kehidupan dewasa ini, zaman persekolahanlah yang mengajar aku bertatih dan tanpa dugaan waktu itu, aku bukanlah siapa aku sekarang ini. Walaupun aku rindu zaman aku bermain, ponteng kelas, tak hantar kerja sekolah, tak pernah buat pun. Cikgu kejar ikut tangga sebelah kanan bangunan blok A, kita orang turun ikut tangga belah kiri blok A. Cikgu masuk ikut pintu depan, aku keluar ikut pintu belakang, aku usyah awek, belajar apa itu cinta monyet. Ambil akak senior jadi akak angkat, buat cikgu baru yang masuk kelas aku menangis keluar kelas. Paw cikgu, mengurat cikgu baru, dan banyak lagi..
Kini semua itu hanya sejarah dan aku harus terima kenyataan ini kerana waktu tidak mampu diputar kembali. Mungkin hanya kerana terlalu rindu akan kawan-kawan dan alam persekolahan ini, aku terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi.
Semalam itu sejarah, hari ini kenyataan, esok masa depan. Kita harus sentiasa maju ke hadapan, sejarah kita yang mana penuh dengan kegelapan, alpa, kegembiraan duniawi, dosa kecil dan besar yang pernah kita lakukan, harus kita baiki pada hari ini agar hari esok kita mempunyai masa depan yang cerah menanti kita disebalik pintu itu.
Andai mimpi mampu jadi kenyataan, andai masa mampu diundurkan, maka zaman persekolahanlah yang menjadi pilihanku.
5 orang doakan kunci locker berjaya:
kalau boleh, nak jadi kecil sekali lagi. Biar mak selalu ada bersama tak bz dengan kerjanya je. kalau boleh juga, nak perbetulkan kesilapan2 yang lampau..
kalau aku, zaman persekolahan terlalu pahit.. aku prefer habis skola...:)
rindu zaman sebelum tadika eh...
Assalamualaikum
Banyak benda yang tersirat dalam entry ko ni :) Macam tu jugak la aku. If aku diberi peluang untuk kembali ke zaman persekolahan, yup i will. I miss everything about school.
Tapi apakan daya. Masa terus berjalan ke hadapan. So hanya precious memories yang akan kita kenangan sampai ko sendiri terbawak dalam mimpi. Hehehe. btw nice entry. nice sharing. :)
ena pun selalu fikir, "kalaulah aku ada pket macam doraemon, boleh aku pergi dunia mase depan/masa lmpau*.. huuuuuu
Post a Comment