page kunci locker

Saturday, January 12, 2013

santaukah ini?

Assalamualaikum

Dah lama aku tak update. Kali ni aku update sebab aku keliru, aku takut, aku cuak. Ada sesuatu yang jadi kat aku hari ini dan ianya berlaku dua kali berturut-turut. Adakah seseorang cuba hantar sihir kat aku?

Hari ni aku bangun macam biasa, aku rasa haus sangat-sangat. Jadi aku pun tengok la heater yang ada dalam bilik aku. Time ni dah around pukul11 pagi. Aku buka heater tu, aku nampak air masih bersih, heater tu pun baik dan bersih. Ok, aku pun capailah cawan, waktu aku nak tuang air dalam cawan tu, aku pun terfikir, baik aku masak air lain, boleh buat air nescafe dan aku pun boleh sarapan biskut dan oat.

 Ni la heater tu.

Aku pun pergi buang air tu kat sinki, sebelum aku buang, aku buka lagi penutup heater tu dan tengok air dia bersih, sayangnya nak buang air ni, tapi hati aku berat sangat nak simpan air tu jadi aku pun buang terus kat sinki. Bila air yang dalam heater tu habis keluar, tiba-tiba sahaja!!

Mak! Keluar serangga pelesit, besar pula tu. Bila masa pelesit ni masuk? Tadi aku tengok bersih heater tu. Adakah orang hantar something kat aku? Aku cuba fikir positif, mungkin aku yang tak perasan kot ada pelesit dalam tu.

Tu baru sekali. Lepas tu around pukul3 petang. Aku rasa haus. Aku pun ambil botol air, bersih airnya. Aku tuang air dalam cakap mcd aku.


Korang pun tahu cawan ni jenis jernih dan nampak isi dalam. Aku tuang air dalam tu. Aku palingkan muka ke laptop sambil aku baca bismillah sebab dan kena sekali, trauma la mana tahu betul orang nak hantar something kat aku. Dan hah, terkejut aku, nasib aku tak lepaskan cawan mcd ni.. Dalam cawan tu ada serangga mati.



Ni hah serangga tu. Apakah ni? Macam mana dia masuk? Bila pula ada serangga? Kalau baru masuk, mestilah masih hidup. Ni dah mati, keras dan ada serpihan badan dia yang tak ada.

Apa ni? Betul ke orang nak hantar guna-guna kat aku? Hantar sihir kat aku? Dua kali kot. Dua-dua kat minuman aku, pelesit tu aku tak sempat nak ambil gambar, dah hilang entah ke mana, yang ni aku cepat-cepat ambil gambar lepas buang air tu dalam sinki.

Apa salah aku buat? Kenapa ada serangga besar lak tu dalam minuman aku? Betul ke ada orang nak hantar sihir kat aku? Kejadah apa ni?

Ya Allah, nasib lah Allah tunjuk kat aku. Lindungi aku, kalau aku minum, tak tahu apalah yang jadi.. Apa salah aku? Apa faedah orang tu dapat kalau guna-gunakan aku? Aku bukan kaya, aku bukan pandai, aku tak kacau orang pun,..
Semoga Allah lindungi aku dan keluarga aku. Lindungi kita semua dari perbuatan keji ini. Kalau betul ada orang nak guna-gunakan aku, semoga Allah bagi dia petunjuk dan kembali ke pangkal jalan.. Amin...

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

12 orang doakan kunci locker berjaya:

Lina said...

syukuralhamdulillah ko xpape wan... minta doa je dgn tuhan k.. hope smua baik2 saja...
think positif ok...

Ooh Deo said...

Selepas subuh baca ayat dari surah al-baqarah 5 ayat awal kemudian sambung dengan ayatul kursi dan kemudian 3 ayat terakhir dalam surah al-baqarah..

Insyaallah terhindar dari perbuatan sihir..

iAmCekbolat said...

ehh seriusss ?? berkalii aku baca entry ni . seram pulak sey

Anonymous said...

Subhanallah. Jangan lupa baca bismillah/doa sebelum makan/minum. Takutnyeeee T_____T

kunci locker said...

lina hamiedah : tu la, syukur Allah tunjuk kt aku.. kalau tak, nth apa jd aku minum air tu... hhuhuhu...

kunci locker said...

azstory : yeee... tq ea...

iAmcekbolat : seriusss... huhuhuh, sedih n seram gak...

nabila syahira : ok, tq...

hikaru said...

Allah masih melindungi awak. semoga kita semua selamat dari gangguan sihir..hati hati ya,

hikaru said...

syukur Allah melindungi awak. hati hati ya.

Ana Farhana said...

takotnye!semoga dijauhkan benda2 ni semue

Anonymous said...

solat, banyakkan doa. Insya Allah tak ada apa apa

Anonymous said...

solat, banyakkan doa. Insya Allah tak ada apa apa

Unknown said...

syukuralhamdulillah ko takjadi ape2. seram pulak aku baca. semoga Allah swt lindungi ko dan family ko. Amin.