page kunci locker

Saturday, December 22, 2012

Ketakutan Masih Bersama

Assalamualaikum

Lama sangat tak update blog sendiri sampai aku dah jadi lupa macam mana diri ini menaip dahulu. Sudah 2 tahun blog ini hidup menemani aku tetapi aku hanya berada bersamanya hanya bila aku rasa hati ini tidak tenang, duka, masalah bertimbun-timbun dan macam-macam lagi. Blog ini sentiasa ada menanti aku update, tak ada pun dia delete diri sendiri.

Agak lama aku tak menaip entri sejujur-jujurnya, berbulan-bulan or maybe hampir setahun, yang aku update untuk tahun ni kalau tak silap hanya cerpen sahaja. Cerpen yang memberikan kesan yang besar dalam hidup aku dan orang sekeliling aku.

Kini aku rasa macam nak kembali berblogging lepas aku kenal balik member-member blogger, aku rasa aku hidup kembali dari mati yang membunuh aku setahun yang lalu. Aku tak akan pernah lupakan apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang aku berblogging lebih-lebih lagi kisah setahun yang lalu yang membuatkan aku benar-benar merajuk, mungkin takut, mungkin pobia untuk kembali ke alam maya yang penuh tipu daya ini.

Mampukah aku kembali menaip seperti dahulu? Patut ke aku kembali sebagai seorang blogger? Masih tiada jawapan yang aku jumpa dalam diri ini, tapi sejujurnya jauh dalam lubuk hati ini, aku sangat merindui zaman aku berblogging dahulu...

Aku masih mencari jawapan, andai aku kembali, adakah peristiwa pahit itu akan berulang kembali? Aku benar-benar takut untuk pisang berbuah dua kali...

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

6 orang doakan kunci locker berjaya:

kopi pasta said...

ko kan dh ada pembaca setia. konsepnya mudah. kalau ko xnak hampanya pembaca2 ko yg ternanti2 n3 ko, teruskan jerla dunia blogging ko tu. ramai yang sayang kat ko tanpa ko sedari..

Jane. P said...

memang lama sangat dah menanti update dari kunci locker.

Razanah Anis said...

balik la ke pangkuan kami... ehh?? jangan jdkan kenangan silam yg membataskan semangat kau.. aku and sume membe2 yg lain mesti akan terus support kau... :)

Superqila said...

kunci locker buat comeback!!!! hahahha

paripariputih said...

aku dan lain-lain akan sentiasa berada dibelakang ko.. untuk support ko kunci.. apa pun yang jadi.. kita ttp shahabat till jannah insyallah...

you are one of the nicest person I've ever met... ingat tu ^_^

take care ok.. walaupun ko akan jarang on9 tapi aku akan selalu jengah2 ko kat fb or blog ko ni...

Eyda Syahida said...

awak . jadikan kenangan lalu tu sebagai pengajaran . memang susah nak lupakan tapi kehidupan masih perlu diteruskan . blog ni ibarat jiwa awak . saya kenal awak melalui blog ni . sampailah sekarang kita berkawan . jangan sebab nila setitik , rosak susu sebelanga . tak semua blogger macam dia kan ? soooo let bygone be bygone :)



saya akan selalu di belakang awak . no worries more :)