Assalamualaikum
Alhamdulillah, setelah sekian lama aku menyepi, aku mendiamkan diri untuk memikirkan apa sebenarnya yang aku buat selama ini.. Apa yang dah jadi dengan diri aku ni, semenjak aku terlibat dengan dunia blogging ni, dah jauh aku menyimpang dari landasan dunia realiti yang sebenar. Aku banyak habiskan dengan berbuat dosa dan terlibat dengan orang yang entah apa-apa jer. Adalah segelintir blogger yang buatkan aku jadi begitu, salah aku juga kerana melibatkan diri dan tidak fikir panjang, tapi alhamdulillah, Allah buka mata aku..
Hari ini, setelah sekian lama aku menyepi, aku tutup blog, akhirnya aku buka semula. Lama sangat aku menyepi, memikirkan apa yang dah berlaku, apa yang telah mereka lakukan keatas diri ini. Aku bukan lemah atau takut tetapi aku rasa, aku nak jauhkan diri sementara.. Sekarang ini, aku kembali menaip bukan kerana ingin membalas dendam, bukan kerana ini mengejar apa yang telah aku buat dahulu, TETAPI kerana aku dah rindu sangat untuk menaip..
Biarlah tiada pembaca, biarlah tiada yang sudi menyokong, asalkan aku bahagia menaip. Biar apa yang nak dikatakan oleh mereka, biar apa yang nak dibuat mereka, aku tidak peduli lagi. Aku kembali setelah aku dengar mereka-mereka yang kenakan aku dulu dah dapat balasan.. Bukan diri ini nak bertindak kejam, bukan diri ini nak ketawakan mereka tetapi aku bersyukur Allah berikan mereka petunjuk dari terus terpesong jauh..
Dahulu aku doakan mereka jatuh, mereka terseksa. Sekarang aku berharap agar Allah beri mereka hidayah, Allah maafkan mereka dan buka mata mereka. Thank Allah, sebab buka mata aku, tunjukkan aku siapa mereka sebelum aku lebih jauh mengenali mereka dan tersasar jauh bersama mereka.. Alhamdulillah..
Aku kembali dah, hope korang boleh menerima aku dalam dunia blogging ni semula..
Sekian, terima kasih.. ^_^
5 orang doakan kunci locker berjaya:
selamat kembali kunci loker .. :)
selamat kembali iwan. next entri plis. haha :P
saya sokong! chill okeh :)
go go go my besties ^^
welcome back!!!!!
selamat kembali bro...
mulakan yang baru pula yew..guwa akan sentiasa menyokong lu..
welcome back
Post a Comment