page kunci locker

Thursday, February 16, 2012

kerana tuduhan melulu dan dendam #5 ~

SAMBUNGAN...

"Ya Allah, kuatkanlah diri ini. Andai Kau telah takdirkan hari ini terungkap kembali kisah lalu, Kau berilah kami kekuatan supaya dapat selesaikan masalah yang timbul di antara kami dengan mudah tanpa sebarang pergaduhan dan pertikaman lidah. Amin..." 

Ery berdoa di dalam hati. Jauh di lubuk hatinya berharap agar kisah lalu tidak diungkit kembali tetapi dia juga berharap agar masalah itu selesai dengan kata putus agar tali ukhwah mereka tidak terus tergantung kerana fitnah.

"Kalau niat kau nak dengar apa-apa dari aku, nak selesaikan dengan cara baik dan tak akan ungkit kembali kisah ini. Aku akan terus duduk dan kita akan bincang tetapi andai kata kau tidak boleh bersabar, kita bertikam lidah dan masalah bertambah rumit. Kau juga tambah cerita dekat kawan-kawan kau tu. Aku rasa lebih baik kita tak sebut hal tu dan kita buat saja macam selama ni, biar tergantung tanpa penyelesaian."

"Ok, aku tak ada masalah. Aku pun nak kau cakap depan aku kenapa kau pertahankan budak tu dan kenapa kau cakap aku buat banyak perempuan jadi mangsa aku." Zul berkata dengan seriusnya.

"Pertama sekali biar aku jelaskan kat kau yang aku tak pertahankan sesiapa, aku tak berpihak pada mana-mana pihak sebab bagi aku benda ni tak nampak jelas lagi apa masalah yang sebenarnya. Aku pun cuma dengar kau minta gambar dari dia dan dia tak tunjuk bukti pada aku. Jadi aku tak berpihak pada sesiapa, sebab itu aku diam dan aku cakap aku tak akan defend sesiapa dalam hal ni dari awal lagi. Kau ingatkan." Zul mengangguk perlahan,

"Tapi kenapa cara kau macam kau tak percaya aku dan cuba pertahankan dia?" Zul bertanya, Ery mengeluh perlahan.

"Dulu kita berbincang guna apa? Telefon. Kau berdepan dengan aku ke masa aku bercakap dengan dia? Mana kau tahu aku pertahankan dia? Sekarang ni aku guna dua-dua kemungkinan. Pertama, sekiranya betul apa yang dia cakap pasal kau. Kau buat benda yang sangat-sangat memalukan dan kau buat orang yang bangga dengan kau dulu jadi hilang kepercayaan kat kau. Lagi pun, tak akan dia boleh terfikir nak buat tuduhan macam tu sekali kat kau." Ery meneguk air,

"Kedua, kalau kau tak buat. Baguslah. Tak ada apa yang kau perlu takutkan sebab Allah itu lebih tahu." Mereka diam seketika.

"Kalau benar kau buat apa yang dia tuduh, ikut undang-undang. Kau boleh disabit kesalahan kalau dia ada bukti dan bawa bukti tu kat pihak berkuasa. Dia budak bawah umur bro, kau boleh kena sabit kesalahan atas tuduhan gangguan seksual ke atas budak bawah umur. Tak kira kau hanya bergurau atau dia yang salah dulu sebab goda kau. Kau sepatutnya tahu undang-undangkan sebab blog kau hebat dan cara kau berhujah sangat bagus." Sambung Ery lagi.

"Kau tak tahu apa-apa, kau cakap. Kau tak tahu apa lagi dia buat, aku yang berhubung dengan dia, apa dia bagi aku, SMS aku. Aku saja tahu." Zul cuba pertahankan diri.

"Macam aku cakap tadi, tak kira dia salah sebab goda kau ke apa ke. Dari segi undang-undang kau yang salah sebab kau ganggu budak bawah umur. Kalau ikut undang-undang agama, kau pun tahu dosa pahala. Tak perlu aku cakap. Dan aku rasa kau tak perlu bagi tahu aku apa sebenarnya kau dan dia SMS, aku tak nak tahu sebab pada aku, biar benda tu jadi rahsia kau, dia dan Allah. Benda tu mengaibkan, jadi aku tak nak tahu." Ery toleh sekeliling sambil lihat jam tangannya.

"Yang tentang aku cakap ramai perempuan jadi mangsa kau. Kau dengar dari siapa? Dari aku sendiri? Dari rakaman aku cakap dengan dia? Kau tak dengar dari aku, tapi kau percaya dengan benda yang kau baca tu? Kau rasa bengang bila benda kau tak buat tapi kau kena tuduh, begitu juga aku. Aku cakap dekat dia cara, intonasi, dan bahasa yang macam mana, kita orang saja tahu. Lagi pun kalau betul aku cakap ramai, dua orang pun dikira ramai. Kalau dalam BI, dua pun dia dah guna 's'. Dah jadi plural, dan penambahan 's' menunjukkan banyak. BM pun sama gak. Aku tak perlu terangkan kot." Ery bercakap dengan yakin.

Zul ingin berkata sesuatu, kemungkinan untuk pertahankan dirinya atau mungkin untuk mencari kesilapan lain untuk dikatakan tetapi Zul tidak berkata seolah-olah lidahnya kelu. Dia hanya diam dan merenung Ery.

"Aku pelik bro, kenapa kawan-kawan kau tu nak masuk campur hal ni? Kenapa dorang yang beriya-iya melebihi aku, kau dan Ina? Aku rasa tak perlulah dorang nak sibuk-sibuk sebab kita boleh selesaikan sendiri, aku tak cari pasal dengan dorang pun. Ina pun tak cari pasal dengan dorang. Kalau nak kata dorang back up kawan, tak perlu nak sampai cari gaduh dan serang orang segala bagai. Nampak dorang over sangat."

"Kau jangan nak sebut-sebut pasal kawan aku." Zul mula melenting.

"Aku cakap jujur, ikhlas dari pengalaman aku sendiri. Jangan biarkan kawan masuk campur dalam hal peribadi kita. Kalau kita perlukan dorang pun, kita patut tegur kalau dorang melampaui batasan. Sebab kalau dorang lepasi batasan, itu akan memburukkan lagi keadaan."

"Kawan-kawan aku, biarlah."

"Sekarang kau boleh cakap macam tu bro. Nanti bila keadaan jadi makin buruk, kau yang tanggung sendiri, dorang boleh minta maaf atau mungkin lagi hasut kau pada cara yang dorang fikir boleh selesaikan masalah tapi hakikatnya tak. Cara dorang salah." Ery meneguk habis baki air yang tinggal.

Ery melihat jauh kearah mereka yang duduk di sana. "Aku bukan nak berlagak alim atau aku nak berlagak jadi ustaz. Allah saja tahu siapa benar siapa salah. Aku tak nak berpihak pada sesiapa, aku tak nak aibkan sesiapa. Walau dia salah macam mana pun, dia buat kau teringin sekali pun, kau patut tahu batas dan kau patut tahu dosa pahala. Kau tak boleh bergurau benda macam tu. Maruah, akal, agama. Kita ada semua tu, jangan biar tergadai hanya sebab godaan nafsu. Aku tahu kau bagus, kau boleh jadi lebih baik sebab dari apa yang aku nampak masa kali pertama kita kenal. Kau kelihatan seperti seorang lelaki yang hebat, budiman, bagus, menjaga semua batas dan jaga hati orang. Jangan sebab benda macam ni, jatuhkan semua persepsi orang pada kau."

Ery kemudiannya berdiri "aku tahu kau boleh berfikir dengan waras, kau tahu agama, kau seorang yang baik. Jangan jatuhkan maruah diri kerana benda macam tu. Pandangan Allah itu jauh lebih penting dari pandangan manusia. Manusia boleh menipu manusia tetapi tidak boleh menipu Allah. Malaikat kiri dan kanan itu tak pernah berhenti mencatit setiap perbuatan kita. Kau fikirlah, andai kau tak buat, kau tak perlu takut. Andai betul kau buat, mohon keampunan dari Allah. 


Sekarang ini suka hati kau lah nak cerita atau fitnah aku sebar cerita tentang kau sebab aku yakin Allah itu lebih tahu, aku tak perlu jelaskan sebab aku tahu aku tak buat dan aku berani mengaku andai aku silap. Kalau kau dan kawan-kawan kau terus menyalahkan aku atas apa yang aku tidak lakukan, hanya kepada Allah sahaja aku berserah. Aku harap Allah ampunkan dosa kita semua. Hasbunallah Wani'kmal wakil, sesungguhnya Allah tempat sebaik-baik pertolongan. Renungkanlah. Sekarang aku dah luahkan semua. Bagi aku, kita dah selesai. Aku minta maaf andai selama perkenalan kita aku ada buat salah, susahkan kau dan halalkan semuanya andai kita masih 'berhutang'. Terima kasih. Assalamualaikum."

Ery berjabat tangan dan terus berlalu pergi dari situ. Ery tidak tahu sama ada Zul masih tidak berpuas hati atau dia sudah mendapat penjelasan apa yang diinginkan. Tetapi Ery lega kerana dia sudah luahkan semua yang terpendam selama ini. Ery berjalan dengan tenang tanpa beban itu lagi.

TAMAT

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

4 orang doakan kunci locker berjaya:

Anonymous said...

tamat sudahh.. mcm dalam realiti pulak bc novel ni... :)

kunci locker said...

cik ash : alhamdulillah dah tamat...hehehe...kunci biarkan nmpk mcm realiti sikit sbb kita semua blogger byk lalai bila berblogging, percaya sne, sini...buat itu ini tanpa berfikir, so...kunci wt cerpen tentang seorang blogger, bia jadi pengajaran utk semua blogger...hehehe :)

Unknown said...

wahhh berbakat sungguh

echa takashimaya said...

peneng bace merah merah.hehe.

-the end-