page kunci locker

Wednesday, February 15, 2012

kerana tuduhan melulu dan dendam #4 ~

SAMBUNGAN...

Beberapa bulan telah berlalu, Ery sudah melupakan peristiwa tersebut. Kehidupannya jauh lebih baik. Sehingga satu hari. Ery telah terserempak dengan salah seorang kawan internetnya yang telah lama tidak berhubung.

"Weyh, kau buat apa kat sini?" Din mengajukan soalan sambil berjabat tangan.

"Aku cari barang, lama dah tak lepak Kuala Lumpur ni. Kau nak pergi mana ni?"

"Aku nak pergi gathering blogger. Jom la weyh sekali. Kau pun dah lama menghilang, mesti dorang suka jumpa kau."

"Hmmm, kat mana? Entahlah, macam malas je. Lagipun aku nak cari barang ni."

"Ala bro, kejap je. Kat sini-sini gak weyh. Ramai datang tu. Kau mesti tak kan menyesal punya. Mana kau menghilang selama ni? Tak ingat kawanlah tu."

"Eh, mana ada. Aku ada je. Just tak online. Biasalah sibuk belajar, nak jadi dekan kenalah rajin." Ery tergelak, "oklah, aku join tapi kejap je. Lepas tu aku kena blah sebab aku banyak benda nak buat."

Mereka sambung berborak sambil berjalan perlahan-lahan ke destinasi perjumpaan para blogger itu. Setibanya mereka di pusat bowling tersebut, kelihatan ramai blogger sedang berkumpul. Terdapat beberapa ahli blogger yang Ery kenal dan ada diantaranya Ery tidak pernah kenal.

Mereka lakukan aktiviti sua kenal seperti selalu yang dilakukan oleh mereka semasa perjumpaan blogger untuk memperkenalkan ahli baru, dalam ramai-ramai itu. Ery terkejut melihat Zul turut berada di situ. Kenangan lama, masalah dan fitnah yang telah lama dilupakan kembali selaju kilat membuatkan Ery terdiam sebentar. Tetapi Ery cuba untuk senyum kembali dan berjalan menghampiri Zul.

"Tak sangka kita akan jumpa lagi." Lantas Ery memulakan bicara sambil hulurkan tangannya untuk berjabat. Zul menghulurkan tangannya juga lalu mereka berjabat. Zul hanya diam sahaja seolah-olah mereka baru sahaja kenal pada waktu itu membuatkan Ery turut diam.

Disebabkan Ery tidak boleh kekal lama bersama mereka, Ery meminta izin untuk pulang dahulu untuk menyambung urusan sebenar mengapa dia ke Kuala Lumpur.

Setelah selesai mencari barang yang dicari, Ery terpaksa ke gerai makanan untuk mengisi masa yang masih terluang sementara menunggu ayahnya pulang dari kerja. Duduk keseorangan sambil makan, matanya memerhati sekeliling. Memerhati gelagat manusia di dunia yang sesak ini. Sedang memerhati kiri, kanan dan hadapannya tiba-tiba Ery terpandang akan Zul yang sedang duduk minum bersama beberapa rakan blogger lain yang Ery kenal. Ery hanya duduk diam sahaja memerhatikan mereka, kemungkinan mereka tidak perasan Ery berada di situ kerana rancak berborak dan ketawa riang.

Ery hanya tersenyum, dia teringat akan kenangan-kenangannya sewaktu dia masih aktif dalam dunia blog. Dunia maya yang pada mulanya sangat manis dan indah baginya. Kenangan bagaimana dia mula belajar berblog, bagaimana dia mengenal para blogger yang akhirnya menjadi kawannya. Namun Ery sedar bahawa dia tidak boleh kembali ke dunia itu lagi kerana dia telah menarik diri dari dunia yang disalahgunakan oleh segelintir pengguna laman sosial.

Sedang asyik mengenang kisah hidupnya itu, Ery tersedar bahawa salah seorang dari blogger itu telah perasan Ery duduk keseorangan di situ. Mereka kemudiannya kelihatan seperti bercakap sesuatu antara satu sama lain sambil mencuri-curi pandang kearahnya. Ery terus memalingkan mukanya dari mereka dan buat seolah-olah mereka tidak kenal atau dia tidak nampak mereka duduk di situ.

"Hai, duduk sorang-sorang je kau? Jom lah join kita orang kat sana." Tiba-tiba suara seorang wanita kedengaran jelas disebelahnya. Ery terkejut dan terus menoleh kearah wanita tersebut. Kelihatan Ana berdiri betul-betul hampir dengannya.

"Tak apalah, aku pun sekejap je ni. Kejap lagi bapak aku sampai ambil aku. Nak balik dah ni." Ery cuba untuk menipu kerana dia tidak mahu berhadapan dengan kisah lalunya. Dia tidak ingin mengingati apa yang telah berlaku apatah lagi Zul berada di sana bersama mereka.

"Ana, biar saya cakap dengan dia sekejap." Zul berkata. Ana meninggalkan mereka berdua dan Zul duduk di situ. Ery hanya senyum dan tidak berkata apa-apa. Dia terus minum baki air yang tinggal. Dalam hatinya berharap dia segera habiskan air tersebut dan kemudian pergi dari situ.

"Kau takut dengan aku?" Ery tersentak.

"Kenapa aku nak takut dengan kau pula?" Balas Ery ringkas.

"Kau tak pandang aku pun. Kau ingat lagi ke kisah lama tu?" Zul cuba memancing Ery untuk terus berkata-kata.

"Aku malas nak sebut benda tu. Kalau tak ada apa lagi kau nak cakap, aku nak blah." Ery menjawab dengan selamba. Zul tersenyum.

"Rileks, bro..."

BERSAMBUNG...

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

4 orang doakan kunci locker berjaya:

raudhatul.craft said...
This comment has been removed by the author.
fiza nurani said...

ery, sabar donggg ...

Cik Ash said...

ala...bersambung pulak..

Miss Butterfly said...

bila nak habis cerpen ni eh?