page kunci locker

Tuesday, February 14, 2012

kerana tuduhan melulu dan dendam #3 ~

SAMBUNGAN...

Ery semakin menjauhkan diri dari rakan internetnya, dia rasa lebih aman dan selamat begitu kerana dia selalu hadapi masalah dengan kawan internet. Zul, Ina, Siti, semuanya dia kenal dalam internet facebook dan blog. Ery makin merasakan rakan internet tidak boleh dipercayai, hanya segelintir sahaja yang boleh dipercayai. Itupun masih perlu berwaspada.

Semakin hari, Ery semakin jauh dari dunia maya yang tidak kekal itu. Kawan-kawan alam maya menghubunginya di telefon bimbit, kadang-kadang Ery jawab tetapi dia cuba mengelak dari terus berbual, kadangkala pula Ery tidak jawab panggilan lansung dengan sengaja dan tidak membalas khidmat pesanan ringkas yang dihantar.

Semakin hari tanpa kawan internet yang kuat cemburu, iri hati, yang suka menyebarkan benda yang mereka tidak pasti kesahihannya dan juga yang suka mengumpat rakan yang lain. Ery jadi semakin aman tanpa mereka. Hidup dijalani hari demi hari tanpa masalah dan lebih aman seperti sebelum dia kenal dunia maya itu.

Ery menarik nafas lega, tenang dan aman. Baginya masalah yang dihadapi dengan kawan-kawan alam maya itu biarlah tergantung tanpa apa-apa keputusan kerana pergaduhan tidak bermakna baginya. Niat untuk berkawan dahulu di salah erti. Tanpa kawan seperti mereka yang lidahnya setajam mata pedang jauh lebih baik dan bereti setiap nafas yang dihela.

Kehidupan Ery jadi lebih baik kini walaupun masalah yang mereka hadapi, fitnah yang disebarkan itu tiada kata putus yang dapat baiki persahabatan mereka. Bagi Ery, biarlah Allah yang menentukan segalanya, biarlah masa yang menghapuskan semua masalah yang dihadapinya. Kerana hatinya sangat yakin kepada kekuasaan Illahi dan sangat yakin Allah sudah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk dirinya. Kemungkinan Allah tidak mahu dia meneruskan persahabatan dengan mereka itu kerana alasan tertentu. Mungkin kerana rakan alam maya itu akan terus membuatkan Ery lalai atau alpa dengan kehidupan duniawi atau mungkin rakan-rakan itu akan memudaratkan dirinya, mungkin juga untuk jauhkan dirinya dari maksiat mulut dan lidah yang lancang berbicara tentang kesalahan dan kesilapan orang lain yang tidak pasti kebenarannya, fitnah yang menjatuhkan orang lain hingga lalai terhadap kesilapan diri sendiri.

Ery menarik nafas lega dan senyuman terukir di wajahnya. Semakin hari semakin lega dan aman. Ery bersyukur kerana dia telah jauh dari salah satu maksiat dan fitnah besar dunia yang boleh memudaratkan diri sendiri serta orang lain.

"Alhamdulillah. Weyh met. Aku rasa lebih lega sekarang tanpa internet dan kawan-kawan tu semua. Dunia aku aman je. Kalau aku tahu kawan-kawan internet bawa masalah, aku tak kenal dorang pun tak apa." Ery meluahkan rasa hatinya yang lega.

"Tulah kau, dulu aku cakap jangan rapat sangat dan percaya sangat kawan internet, kau tak percaya. Sekarang baru kau tahu dorang tu semua bukan boleh caya sangat. Dorang tu ibarat kumbang yang hisap madu bunga hingga rosak dan tinggalkan begitu sahaja. Hanya segelintir sahaja ibarat lebah yang hisap madu bunga tetapi tidak merosakkan bunga itu." Akil kawannya itu lantang berkata-kata.

Ery malu sendiri, "Ala, dulu aku alpa, aku muda sangat dan sifat ingin mencuba dan berseronok terlalu kuat hingga aku lalai dan tidak nampak semua tu. Sekarang baru aku nampak dan aku rasa lebih baik dan lega macam ni. Aku nak stop dari terus jadi macam dorang tu." 

"Rilek beb, sekarang ni hidup teruskan. Tahniah sebab kau dah dapat jauh dari fitnah dunia paling besar. Kalaulah internet tu kau guna untuk kebaikan dan dorang pun guna untuk kebaikan, sampaikan kebaikan. Mesti tak timbul masalah, met oi." Akil yang tidak tahu punca atau apa masalah yang dihadapinya Ery berbicara seolah-olah dia mengerti apa masalah yang dihadapi rakan sebiliknya itu.

"Lepas ni amanlah hidup aku dalam bilik sebab tak ada dengar kau duk bercakap kat telefon malam-malam. Nyenyak aku tidur lepas ni," Akil tergelak, Ery hanya tersengit malu.

BERSAMBUNG...

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

3 orang doakan kunci locker berjaya:

ayil massambaaa said...

menarik. menunggu sambungan ini!

AnakPakZohar said...

luahan perasaan ni... =="

Unknown said...

followed here... continue story cpt sket.hehe