page kunci locker

Monday, February 13, 2012

kerana tuduhan melulu dan dendam #2 ~


Ery berhadapan dengan kesulitan yang membuatkan dia keliru apa tindakan yang harus diambilnya. Rakan-rakannya semua berpihak kepada Zul kerana Zul seorang yang terkenal dan pengaruhnya sangat besar. Zul juga selalu keluar lepak dengan mereka semua dan itu membuatkan mereka tidak percaya dan tidak mahu sokong Ery mahupun Ina.

Mereka semua melarikan diri, memaki hamun dan mengumpat dibelakang Ery serta Ina. Macam-macam yang diperkatakan seperti, "Menyesal aku tolong kau masa kau sakit dulu. Patutnya aku biarkan saja kau mati masa tu." "Kalau aku tahu perangai kau suka sebar fitnah, aku tak kawan dengan kau pun tak apalah." dan banyak lagi.

Ery juga ada terbaca dari email yang Ina dan perempuan itu yang dikenali sebagai Siti, di dalam email tersebut, terdapat kata-kata Siti yang membuatkan Ery terkejut. 

"Ina, Ina cakap kat semua orang, yang Ina salah faham mesej Zul tu dan kita anggap sahaja benda ini tidak wujud ok. Ina, akak kenal Zul tu dan juga pengaruh dia. Ina pun tahu pengaruh dia kan, nanti Ina juga yang dapat malu."

"Apa pasal pula perempuan ni? Sanggup biarkan maruah diri kaum sendiri tergadai hanya sebab pengaruh budak lelaki tu. Pelik betul aku dengan dunia sekarang ni, orang yang salah diagungkan kerana pengaruhnya manakala orang yang betul ditindas dan dibiarkan terkorban." kata Ery seorang diri.

Hampa dan kekecewaan menguasai diri kerana kawannya sendiri ditindas oleh kaum mereka sendiri. Ery mengeluh. Ery sedar bahawa dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana bukti tiada tetapi jauh di dalam lubuk hatinya mengatakan bahawa Ina memang tidak berbohong kerana Zul pernah terlepas kata kepada Ery semasa dia menghubungi Ery dengan marahnya.

"Kau tak percaya aku? Cakap budak perempuan umur 15 tahun tu kau boleh percaya? Kenapa kau tak tanya aku dulu apa yang jadi? Kau tak fikir ke bahawa apa aku buat tu hanya gurau saja."

Dengan kata-kata Zul itu, Ery sangat yakin dan percaya bahawa kata-kata "aku buat tu hanya gurau saja" itu menunjukkan bahawa Zul mengaku dia telah buat apa yang dikatakan oleh Ina.

Ery buat keputusan untuk tidak berbuat apa-apa dan jalani hidupnya seperti biasa. Hari demi hari berlalu, Ery hampir sahaja melupakan perkara itu hinggalah suatu hari. Ery telah menerima khidmat pesanan ringkas dari Siti.

"Salam, kau boleh datang KL tak hari Ahad ni? Biar settle depan-depan. Boleh ke tak? Aku nak jawapan sekarang."

"Pukul berapa dah ni, hantar SMS pukul 1.33 pagi. Tak reti nak tunggu esok ke minah ni." Ery membebel seorang diri. "Dahlah hantar SMS pagi-pagi, lepas tu paksa-paksa orang jawab sekarang, ingat kau bos aku apa. Yang pelik, asal kau pula yang SMS aku, mana Zul? Kau sibuk-sibuk nak masuk campur masalah orang apa kes!" Tambah Ery lagi membebel seorang diri melepaskan geram. Dia seolah-olah berbicara dengan telefon bimbitnya sementara rakan sebiliknya sedang nyenyak tidur.

"Tak, jauh dan tiket bas mahal. Selesaikan depan-depan? Kenapa nak selesaikan dengan aku? Suruh je Zul selesaikan dengan Ina, sebab dia tak ada masalah dengan aku." Ery menaip khidmat pesanan ringkas dengan pantasnya dan terus baring. Telefon bimbitnya diletakkan dalam mode senyap dan dia terus kembali tidur.

BERSAMBUNG...

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

3 orang doakan kunci locker berjaya:

Cik Ash said...

alahaiiiiiiiiiiii baru syokkkkkkkk baca sambung pulak.. adkkk suka benar buat akak tertanya2 apa akan terjadi selpas ni... :)

kunci locker said...

cik ash : hehe...sori...t smbung lg ea...huhuhu