page kunci locker

Sunday, February 12, 2012

kerana tuduhan melulu dan dendam #1 ~

Assalamualaikum

Hari ni just nak share 1 cerita dengan kawan2 semua hanya untuk pengajaran kita bersama. Agak panjang, jemputlah baca. Cerpenlah lebih kurang, semua cerita dalam ni tiada kaitan dengan hidup atau mati. Hanya cerita suka-suka.

Pada suatu petang, telefon bimbit berbunyi lantas di jawab oleh Ery. 

"Salam, weyh. Aku ada masalah ni. Aku takut." Suara seorang budak perempuan bernama Ina kedengaran tersangkut-sangkut dan takut.

"Kenapa ni weyh?" Cuba kau cerita dekat aku slow-slow, mana tahu aku boleh bantu." Ery cuba menenangkan keadaan.

"Kau tahu tak, aku ada kenal sorang budak laki ni, nama dia Zul. Kau kenal tak?" Ina bercakap dengan laju.

"Zul mana? Zul yang famous tu ke?"

"Yalah, Zul mana lagi. Baguslah kau kenal, kau tahu tak. Aku jumpa dia baru-baru ni, sejak tu kita orang rajin contact kat fon, sms. Then dia minta gambar aku, mula-mula aku oklah. Aku bagi. Lama-lama..." Ina terdiam, seolah-olah dia serba salah hendak memberitahu. Seperti ada beban di dalam mulutnya.

"Lama-lama apa weyh? Dia buat apa? Dia ok ke?" Ery cuba mendapatkan jawapan.

"Dia minta gambar... Gambar 'barang-barang' aku weyh". Ery pelik, gambar apa yang diminta.

"Barang apa?"

" 'Barang' perempuanlah, yang tu..." Ery terkejut seketika, perasaan marah, geram dan pelik muncul dengan tiba-tiba.

"Oh, pasal tu. Aku ada dengar ada perempuan lain pun kena juga. Peh, melampau seyh! Dia minta kat orang aku kenal lak kali ni. Over dah ni. Dia minta kat sms ke? Kau simpan bukti-bukti?"

"Aah la weyh, aku tak simpan bukti sebab aku geli, aku delete tapi aku cakap jujur weyh, aku tak tipu."

Perbualan mereka berterusan dengan sedikit cerita bagaimana semua itu terjadi. Ery jadi semakin pelik tetapi Ery hanya diamkan sahaja kerana padanya, itu masalah Ina dan Zul. Dia tidak ingin masuk campur kerana akan merumitkan keadaan lantas dia ambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

Dua hari kemudian,

Telefon bimbit Ery berbunyi menunjukkan terdapat khidmat pesanan ringkas diterima.

"Salam, bro. Aku tak tahu betul ke tidak apa yang aku dengar tapi aku minta kau terus terang, kau ada tikam belakang aku? Kalau benar, persahabat kita sampai sini sahajalah, aku tak perlukan kawan yang tikam belakang macam kau. Aku tak pernah buat kau apa-apa pun tapi kau boleh tuduh aku macam-macam. Itu apa yang aku dengar, aku minta maaf kalau salah apa yang aku dengar. Kau lagi tahu apa yang aku maksudkan". Khidmat pesanan singkas ini telah dihantar oleh Zul kepada Ery.

Ery menjadi pelik.

"Apa aku buat bro? Aku tak faham apa kau maksudkan."

"Sejak bila perempuan jadi mangsa aku? Aku tak pernah buat salah pada kau. Ada orang inform kat aku kau tikam belakang aku. Kau tunggu aku ada bukti yang kukuh nanti aku bagi kau baca sendiri. Aku rasa kau lebih tahu."

"Ok, aku tunggu bukti dari kau."

Ery tiba-tiba sahaja telah diserang oleh Zul. Keesokkan harinya, Ery menerima email yang menunjukkan bukti bahawa Ery menfitnah Zul menjadikan ramai perempuan sebagai mangsanya. Ery pelik sedangkan dia tidak berkata begitu lantas dia menghubungi Ina dan bertanya kepada Ina.

Terkejutlah Ery apabila mendengar Ina telah bercerita tentang hal itu kepada orang lain juga dalam inbox twitter. Ery hanya terdiam kerana dia tidak menyebarkan cerita dan dia juga tidak stahu apa yang harus dibuatnya apabila diserang dan dituduh menyebarkan fitnah.

"Aku minta maaf weyh, aku ada sebut nama kau. Kalau aku tahu aku tak cerita kat budak perempuan tu. Tak sangka dia tak boleh simpan rahsia."

"Tak apalah weyh, benda nak jadi. Kau kena betulkan balik keadaan kalau nak semua ni ok. Aku pun tak tahu nak buat apa, aku tak nak pertahankan diri dan aku tak nak menangkan sesiapa. Kau pun tiada bukti, jadi susahlah kita nak buat apa-apa. Kau pun satu, pergi cerita kat semua orang kenapa, kau tahu kan Zul tu famous, orang akan cari peluang macam-macam. Perempuan tu kan kawan baik dia, kau cerita kat perempuan tu, mestilah sampai kat telinga dia nanti."

"Aku takut weyh, sorry, aku tak sangka boleh jadi macam ni..." Ina ketakutan.

BERSAMBUNG....

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

4 orang doakan kunci locker berjaya:

Miss Butterfly said...

dah pndai buat cerpen kazen kite niii~

Anonymous said...

MEMANG KAU TIKAM BELAKANG PUN!!! CAKAP BUDAK SEKOLAH KAU NAK DENGAR. KALAU DAH GATAL TU GATALLAH SANGAT. BAJET LAWA PUIIII...

-antigedix-

EZAD AMIR said...

Wey anon suka hati dia la nk tikam belakang ke tepi ke..nak bajet lawa ke bajet 2012 ke,nak gatal ke..blog dia,dia pnya suka la.anoying mouse sungguh..eh aq xde kaitan dlm hal ni..lariiiiii

-antiAnon-

yad'z said...

tragis betul cerpen ni.. huhuhu...