page kunci locker

Friday, February 10, 2012

adik, mana topi abang?

Assalamualaikum

Arwah abang. Aku dah hampir lupa akan wajahnya, gelak ketawa, cara dan style arwah. Aku tak ada gambar arwah. Lepas sahaja dia meninggal, kenangan bersama arwah, semua telah dihapuskan sedikit demi sedikit. Hanya tinggal topi kesayangan arwah sahaja yang menjadi kenangan antara kami berdua.


Topi yang aku pakai ni, tapi gambar ni dah lama. Malas nak upload gambar terbaru. Topi ini sahajalah kenangan yang aku ada bila bersama arwah. Aku dah hampir lupa wajah arwah hinggalah satu hari. Topi ini hilang buat kali yang keduanya. Kali pertama masih dapatku temui tetapi kali ini tidak lagi. Hilang untuk selamanya topi ini.

Malam tu, aku tidur keseorangan kerana rumate aku overnite. Mood aku down sikit masa tu dengan masalah dan macam-macam lagi. Aku tertidur, awal aku tidur. Arwah muncul dalam mimpiku setelah sekian lama, aku tak ingat apa yang aku mimpi tapi kata-katanya tidak akan dapat aku lupakan. Pertanyaan yang menghantui aku sejak hilangnya topi tersebut.

" Mana topi abang, adik? "

Ya Allah, apa yang patut aku jawab, aku terkedu. Tangan aku menggigil, mata aku berkaca, lidah aku kelu. Hinggakan aku tersedar dari tidur. Badanku berpeluh, muka aku pucat, tangan aku menggigil. Pertanyaan arwah bermain-main dalam kepala otak aku, berbisik-bisik di telingaku.

Ya Allah, aku tahu arwah telah kembali pada-Mu, topi itu tidak bermakna lagi padanya, hanya sedekah Al-Fatihah dan doa sahaja yang bermakna untuknya, tetapi aku rasa bersalah sangat. Kerana kecuaian aku, topi itu hilang, aku dah tak ada kenangan bersama arwah.

Perit hati ini, aku tidak tahu apa yang aku nak buat untuk kembalikan topi tersebut, siapa yang ambil topi ni, topi pun nak curi. Pelik dengan manusia sekarang ni. Ya Allah, semoga arwah tenang di sana. Sayangnya aku pada arwah hanya Kau sahaja yang tahu. Maafkan aku abang, aku cuai.
Al-Fatihah untuk arwah Daniel (13.2.1988 - 21.1.2006)

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

14 orang doakan kunci locker berjaya:

Rozuan Ismail said...

sabar ok.mesti byk kenangan dengan dia kan.

kunci locker said...

rozuan ismail : byk sgt...dr kecil smpi besar...sekarang semua bnde yg ingtkn tentang arwah dah xde...tinggal memori otak jer...kalo ilng ingt...terus xde kenangan dah...

Miss Butterfly said...

sabarla eh? taknak tgk awk sedih.. hurmmm.. kuatkan smgt eh? teruskan sedekahkan arwah alfatihah n ayat2 alquran. semoga arwah tenang kat sana.. :)



kat sini ada jual topi sebijik camtu tapi sy tahu, takkan ada yang mampu menggantikan topi yang lama tu kan?

CekbOlat-bOlat said...

al fatihah.. ehm kembar kunci locker eh?

kunci locker said...

eyda : yes, u right...

cekbolat-bolat : eh, bkn kembar sy la...abg sy.. :)

DianaAzis said...

Al Fatihah utk arwah Daniel (Nama macam anak saudara)

Jangan la sedih sgt..doa banyak-banyak semoga dia tenang kat sana :)

cik pieja hut said...

teruskan mengingati saat bersame kerana itu adalah kenagan yang terindah yang tak bole dilupakan . topi tuh hilang , janji jangan hilang untuk berdoa semoga dye dalam golongan orang yang beriman

Lady Shana Sweet said...

Al-Fatihah buat arwah.. :)

akilDAXemoMACHO said...

beb!! tabah k? aku thu ko kuat. sedekahkan al fatihah kat arwah.. arwah tk salahkan kau, dia tahu apa berlaku.. mungkin kau terlalu rindukan dia tuh..

ain revival said...

semoga dapat temui kembali topi tu. be strong OK.

alfatihah buat arwah.

NaJwA MaJiD said...

Err . Tibe-2 rase sedih pulak . (':

hafiz hafizol said...

simpan tOpi aku leklok.. heeeeeee.. :P