page kunci locker

Wednesday, February 8, 2012

fitnah & pengkianatan ~

Assalamualaikum
~ Ihsan google ~

Pengkianatan itu satu dosa, penyiksaan dan kesakitan yang pasti akan dirasai oleh setiap manusia. Dalam perjalanan hidup kita pasti kita akan bertemu dengan pengkianatan ini. Warna-warni kehidupan kita diperoleh dengan pengkianatan juga.

Berdosalah kita andai kita mengkianati orang lain, lebih-lebih lagi kepada orang yang rapat dan sangat mempercayai kita. Terseksalah kita dan juga orang lain yang dikianati. Penyiksaan yang akan melukakan hati setiap manusia, sakitnya membuatkan kita sukar untuk memaafkan pengkianat tersebut dan sukar untuk kita lupakan apa yang telah dikianati itu. Kita mungkin boleh maafkan tetapi untuk percaya, berkawan, rapat, bertemu muka dan lupakan apa yang telah berlaku. Akan sangat memerlukan masa dan mungkin tidak lansung dapat dilupakan seumur hidup kita.

~ihsan google~

Lumrah kehidupan manusia. Sejak aku terlibat dalam dunia blogger ni, aku dah kena banyak sangat fitnah. Aku kena banyak sangat tuduhan. Aku nampak banyak fitnah dalam dunia blogging ni. Orang yang mempunyai blog hebat, pengaruh tinggi akan sentiasa dianggap betul dan di back up walaupun dorang salah.

Tuduhan melulu tanpa usul periksa. Tuduh orang buat benda itu siap mengaku sudah lapor polis tetapi orang yang difitnah tidak ditangkap juga. Last-last orang yang dituduh juga yang report polis sebab tuduhan melulu itu. Seronok sangat ke fitnah orang? Apa korang dapat? Kepuasan?

Belajarlah buka mata untuk lihat kebenaran, untuk tegakkan kebenaran. Jangan biarkan benda fitnah dan kuasa menguasai diri. Jangan tanam sifat suka memfitnah dalam diri.

Kebanyakkan orang suka memfitnah untuk menutup kejahatan apa yang dilakukannya. Gunakan pengaruh untuk menutup apa yang dilakukan. Fitnah orang sana sini, kata orang itu buat itu ini tetapi hakikatnya dia yang bersalah. Jangan tegakkan benang yang basah, sebab benang tu mudah putus. Mungkin akan putus terus. Tak lama mana pun kalau kita nak tutup kejahatan kerana 1hari nanti akan diketahui orang lain juga.
" Jangan sesekali kita fikirkan tentang keburukan orang lain kerana mungkin waktu kita fikir tentang satu keburukannya. Dia sedang memikirkan sepuluh kebaikan kita. "
" Hakuna matata ~ maksudnya tiada kerisauan. Dan janganlah kamu bimbang atau sedih tentang dugaan dan masalah yang kamu hadapi kerana sesungguhnya terdapat penyelesaian untuk setiap masalah dan dugaan itu. " 
So, korang pernah menfitnah dan difitnah? Betulkan keadaan. Jangan lari dari masalah. Sebab lari tak akan selesaikan masalah malah akan menambah kerumitan masalah tersebut. Sekian ~~
Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

5 orang doakan kunci locker berjaya:

gadis kepastian said...

jauhi la sifat2 buruk tersebut....

caer sasuke said...

ak pon x suke org fitnah2 ni..mencik..hehe

Miss Butterfly said...

jika difitnah, sabarlah.
sebelum memfitnah, fikirlah.





saya harap diri saya tak terlibat dalam bab fitnah ni sebab fitnah tu lebih teruk dari membunuh. huuuu~

Unknown said...

mintak dijauhi la fitnah menfitnah ni :)

Unknown said...

makin hitam la hati manusie yang sebegitu..mintak2 dijauhkan..