page kunci locker

Monday, June 11, 2012

Alam persekolahan

Assalamualaikum

Esok dah mula buka sekolah selepas dua minggu budak-budak ni cuti. Otak dorang pun entah-entah dah beku nak belajar. Aku teringat zaman aku kecil-kecil dulu. Adik-adik sekarang ni beruntung. Mak ayah hantar, jemput, bagi duit sekolah banyak, balik rumah makan lagi tengahari kat rumah. Kerja sekolah siap ditanya dan dibantu kalau ada.

Waktu kami dulu, mana ada semua tu, awal pagi bangun pagi, tengok mak ayah bersiap nak ke kerja. Tergesa-gesa setiap pagi sebab mak ayah takut lambat ke kerja. Kalau bangun awal sebelum pukul6, adalah juga mak dan ayah masa untuk duduk sekejap berborak dengan kami sambil-sambil bersiap, kalau lewat pula, bebelan mereka yang menemani kami di pagi hari.

Lepas tu, kami jalan dari rumah ke sekolah dengan bag sekolah rendah yang berat seperti bawa batu bata, seperti tidak ikut jadual sekolah padahal jadual hari-hari dilihat. Belum pukul6.50, kami dah terpacak kat depan sekolah, masih gelap lagi sekolah. Pak guard belum buka lampu kelas lagi, kamilah yang setia buka lampu kelas di pagi hari.

Kadang-kala kami tidak sarapan ke sekolah, kerana mak tidak sempat nak masak. Hanya biskut atau roti sahaja yang ada pagi hari, disebabkan jemu, kami tidak sarapan pagi dirumah. Duit sekolah pula hanya RM1 sahaja seorang. Tidak cukup untuk sarapan pagi dan makan waktu rehat. Jadi kami terpaksa pilih, kalau makan pagi, waktu rehat tidak makan. Kadang-kala kalau terlalu lapar, kami pinjam duit kawan untuk makan sebab tertinggal duit kat rumah.

Balik pula, jalan kaki juga, kemudian pergi dan pulang dari sekolah agama pun turut jalan kaki. Apabila malam, mak dah penat, dia siap-siap kemas rumah, basuh baju, dia rehat dan adakala tidur awal. Ayah pula ajar kami mengaji lepas maghrib dan terus buat kerja lepas tu. Tiada masa untuk tanya kerja sekolah kami, tiada masa untuk beri perhatian kepada kami anak-anak mereka.

Tapi sekarang kami dah dewasa, kami dah faham, kami tetap jadi anak-anak yang berguna dan berjaya walaupun kurang sedikit kasih sayang mak ayah. Sekarang mak dah tak kerja, mak dah banyak dapat tumpukan pada adik-adik yang kecil lagi, mereka beruntung tetapi mereka kurang kasih sayang ayah pula kerana ayah telah berpindah ke putrajaya kerana dapat bertugas disana dan hanya pulang pada hujung minggu. Mungkin Allah ingin berikan keadilan dan sama rata seperti apa yang kami rasa dahulu. 
Rasa rindu kat zaman sekolah dulu tapi apakan daya, kita kena redha dan terima bahawa manusia ini semakin hari semakin tua, bukan semakin muda..

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

5 orang doakan kunci locker berjaya:

zulhilmi tempoyak said...

setiap org dah dah tua bjanggut pasti akan merindui alam ini..

wuaaaa... need a hug...huhuhu

Zul De Alexis said...

zaman persekolahan adalah zaman yg best macam2 ragam kita lalui...

akusukaDOLPHIN said...

sedih nya zaman kamu :(

kunci locker said...

aku sukadolphin : eh, biasalah zaman dulu2 fmly tak senang sgt, so mcm ni jer la...hehehe, masih ramai lagi yg malang, sy masih biasa jer...

Eyda Syahida a.k.a Miss Butterfly said...

budak sekarang manja yang amat! kadang2 geram pon ada. duit belanja mengalahkan kita time sekolah menengah.. dah la tu, pagi makan, rehat makan, balik tengahari pon makan. lepastu hadap tv je.. study tak.. memang sakit nak layan diorang..

tapi zaman sekolah dulu memangggg besttt! huhuhu