page kunci locker

Tuesday, June 12, 2012

Puas hati kafirkan sesama Islam?

Assalamualaikum

Korang semua perasan tak, makin nak dekat PRU ni, makin menjadi-jadi pula dorang ni memfitnah, tunjuk kesilapan parti itu ini. Perasan tak? Tadi aku ada terbaca, sorang kawan facebook ni post gambar pasal perbincangan apa entah tapi berkaitan dengan politik.

Kat atas gambar tu, dia tulis, PAS semakin jauh sesat.. Hati aku terus gugur, bukan kerana aku nak undi PAS, bukan bermakna aku tak undi PAS, aku akan undi UMNO, tak juga DAP atau mana-mana parti politik. Aku tak akan undi sebab pertama, aku tak cukup umur lagi. Jadi aku tak perlu nak pening-pening kepala nak undi. Lagipun, permainan politik ni buatkan aku semakin penat, semakin sakit hati dan hati aku semakin tertutup untuk berdaftar.

Aku cuma terkilan, kita sesama ISLAM tetapi kerana politik, kita sanggup mengkafirkan saudara seISLAM kita sendiri dan orang yang dikafirkan itu ulama pula tu. Sangat mengecewakan. Ya, benar.. Kita ada hak untuk bersuara, untuk menegur tidak kira ulama, raja, perdana menteri. Kita ada hak tegur dorang. Tapi kita tiada hak untuk kafirkan saudara seIslam kita. 

Siapa kita untuk kafirkan mereka? Tinggi sangat ke pangkat kita? Islam di dada pun masih berkocak lagi tapi mulut kita dah lantang kafirkan orang lain. Kalau nak jatuhkan orang tu kafir, kita kena ada bukti yang kukuh, saksi, alasan. Bukan suka-suka jer lantang kafirkan orang lain. Sangat memalukan. Silap-silap orang yang kafirkan orang tu, dia dah jatuh akidahnya. Dia yang kafir tanpa dia sedari.

Hati ini rasa sangat kecewa sebab hasad dengki, iri hati dan untuk menang parti, sanggup buat macam-macam fitnah, tuduhan dan sanggup memburukkan parti lain. Tak boleh ke bertanding secara bersih? Demi rakyat, janganlah pemimpin berbalah. Demi kesejahteraan, janganlah penuhkan hasad dengki dalam diri.
Akidah dan keimanan seseorang itu Allah yang tahu. Kita sendiri belum tentu ke syurga, belum tentu mati dengan kalimah Syahadah. Insaflah ~

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

10 orang doakan kunci locker berjaya:

Khairi Fakhri said...

ye. sgt teruk bila sesama muslim kafirkan saudara sendiri. entahlah, aku tak suka sgt politik. byk sangat propaganda dalam semua parti sampai aku tak tau yang mana satu yang betul, mana satu yg fitnah. fitnah beleluasa zmn sekarang ni.

kunci locker said...

fakhri khairi : tu la pasal.. aku pun tak thu nk undi mana dah sbb aku tkt slh undi..aku rse mcm tak nk undi lnsg tapi tanggungjawab lak, berdosa lak kalau kita tak undi.. aku mkin tertutup hati nk daftar..aish..

Nabiel said...

aku faham ko maksudkan sape bro..=).susah.dah berapa kali aku pesan.tapi sampai tahap dia sentuh macam itu.kata macam itu.aku tk boleh diamkan diri.tak kira mana parti pun,bukannye semua maksum.masing2 ada kelemahan.kita pun ada kelemahan..if ilmu btul2 dah tinggi didada,ada cara nak menegur.bukan macam itu..=_=

Kina said...

bila politik menguasai semua bnda, akidah, iman, agama terus diketepikn,..dh xhiraukn dh,..jnji dpt apa yg dihajati,...

semoga Allah memberi petunjuk yg bnar bt kita semua,...=)

p/s : baru nak ngorat rupanya blum ckp umur,...xjd la,...hahahaha

Zul De Alexis said...

inilah yg belaku bila iman di kuasai oleh nafsu...

Aimacomel said...

entahlah, politik skg hanya fikir nk kuasa je..kutuk mengutuk tu dh jadi rutin pun. susah gk eh org2 yg baru 1st time nak mengundi ni eh. pening kepala nak pangkah mana nanti,

Miss Butterfly said...

dah takut dengan keadaan di Malaysia sekarang... masingmasing ada lebih, ada kurang.. bagi saya kalau bersatu itu lebih baik.. tapi ntahla..


takut nanti penjajah datang kembali menjajah negara kita.. harap dijauhkan perkara seperti itu..

Anonymous said...

manusia sekarang semua nak tunding jari salahkan orang lain.
silap diri sndiri tak pernah nak mengaku.
tu yang sibuk dok kafirkan sesama islam tuu.
haihhhhh~

Scha Nazri said...

sebab nak menang kan? agama diperkotak katik kan. hurmmm

Diari Si Froggie said...

betul tu.. sepatutnya kita org islam sama2 berganding bahu, ini tak masing2 tunding jari. kadang2 sebelah pihak dah diam.. sebelah pihak pulak bising2.. menjatuhkan agama dan kaum sendiri. Dulu wa tabik itu ulamak,tapi bila dia sendiri suka2 kafirkan org, rendah sudah tabik wa padanya.. ulamak ke mcm tu? alahai sadis je lihat. sepatutnya jadi contoh terbaik. Moga kita berada di landasan yang diredhai Allah.. InsyaAllah.. semua manusia ada kesilapan masing2 kan..