page kunci locker

Saturday, October 15, 2011

salah ke nak ping blog kat semua group??

Assalamualaikum

Hai.. Maaf la kebelakangan ni mood tak berapa nak ok dah idea semua terbang melayang sampai setiap entri yang ditulis separuh jalan jek.. Lepas tu hati cakap tak ok la entri ko.. So padam terus... Hahaha...

Ok, balik pada tajuk, salah ke kalau kita nak ping blog kita kat semua group yang kita join?? Group untuk ping blog.. Salah ke?? Aku rasa tak salah, tapi kenapa ada blogger tu rasa annoying dan marah kalau kita ping blog kita banyak-banyak kat semua group yang kita join... Pelik jek.. 

Dan ada tu siap buat status "apa faedah ping blog kat semua group ", " dapat banyak traffic ke kalau ping kat semua group ".. Biasanya yang buat status macam ni blogger baru sebab dorang tak tahu apa fungsi dan juga blogger yang dah bagus sebab blog dorang ping 1 group jek dah dapat ribu-ribu traffic... Lepas tu ada yang marah cakap menganggu sebab notification naik mencanak hanya orang yang ping blog jek..


Nampak tak button notifications kat atas setiap blog tu?? Hah, kalau tak nak notifications naik mencanak.. Korang off la notifications ni.. Off kan supaya korang tak dapat lansung noti apabila blogger ping blog.. 


Ni gambar bila dah di off kan.. Korang tak dapat dah semua notification dari group tu.. So, korang tak perlu nak bising.. Nak tengok orang ping banyak-banyak.. Tak ada korang rasa annoying.. 

Dan satu lagi disebabkan boleh off notifications kat group.. Majoriti akan off semua group tapi pasti ada sesetengah group yang dorang tak off.. Mungkin ada sebab-sebab tertentu macam aku.. Bila dah jadi admin, tak kan kita nak off notification group yang kita jaga, nanti dapat masalah pula.. Hah, bila dah off majoriti group dalam list mesti kita tak tahu bila member kita update.. Jadi kalau member kita tu ping kat semua group dah kebetulan dia ping kat group kita tak tutup notifications... Boleh la kita tahu member kita update blog..

So, bagi aku tak salah kalau kita nak ping kat semua group yang kita join.. Kalau ada orang yang marah, korang marah dia balik.. Hahahaha...
p/s : jangan takut nak ping kat semua group.. Kita punya hak.. Group tu dibuat untuk ping blog, tak salah kalau nak ping.. Kalau orang marah dan annoying, kita bako balik ! Hahahaha...

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

14 orang doakan kunci locker berjaya:

kim heeruul said...

betul2..
kito bako balik..

MaiRa QuEeN said...

kau mmg suke bako orang!!

man yusoef said...

bagi aku ia memang menyemak setiap kali 10 minit muka org tu jek ping dekat group...tapi aku tak de lah nak bengang ke hape...solution aku senang jek...HIDE jek!!! HAHAHAHA

Rosalia said...

hahha.leh ek nk mrh dorg yg mrh kite? :D kalau mcm tu nk mrh ar.hahah

azrijohan said...

wah,siap ade tutorial...hehehe,kito bakor jekk

Touya K II said...

Memang menyemak pun kalau setiap group asyik muka yang sama jer ping .

Berbalik kepada soalan , "Salah Atau Tidak Ping Dekat Semua Group"

Perkara pertama sekali bila join group kena tahu gaya hidup group tu . Cara paling senang dan mesti dilakukan adalah dengan baca peraturan dahulu .

Group blogger boleh diketegori kepada tiga .

Group Semata-Mata untuk share link

Group nie memang untuk ping jer . So ikut suka hati lah nak ping banyak mana pun .

Group komuniti membenarkan share link

Group nie terdiri daripada blogger dengan niche tertentu . Memang dibenarkan untuk share link . Tetapi pada jumlah yang terhad . Kerana tujuan utama bukan untuk share link . Tapi lebih pada aktiviti dan perbincangan .

Sebagai contoh Komuniti E-Novel tempat untuk penulis novel berkongsi pendapat . Mereka boleh share link dengan syarat berkaitan novel .

Atau Blogger Perak, dibenarkan Share Link . Tapi tujuan utama adalah mengeratkan hubungan antara blogger yang berkaitan perak . Kalau share link tapi tak join apa-apa aktiviti/perbincangan tunggu masa kena kick jer .

Group komuniti yang tidak dibenarkan share link

Terdiri daripada blogger dengan niche tertentu . Di sini hanya tempat perbincangan dan tidak dibenarkan share link .

Antara contoh adalah Kopi Im untuk yang berkaitan internet marketing atau 2dayblogger berkaitan tutorial .

DySha.Pink◕‿◕✿ said...

rasanya xslah nk ping ke nk pong.. sy pn bru jer ping.. slmat berping pong semua^^

kunci locker said...

touya k II : errkkk...aku thu la semua bnde tu...apakah???grrrr...hahahha...aku thu la peraturan..kn aku ckp ping kt group yg memang ping blog...setiap peraturan group yg aku join aku dah hafal dah...so masa aku nk ping aku tak ping kt group yg xleh ping...

Touya K II said...

Muahahaha

Nie tips dari aku . (tapi aku tak cuba lagi)

Selain dari cara ko

Dekat wall friends kita ada button subscribed . Edit dekat situ .

Ungu Violet said...

e'eh ramai dah terbakor nih...hihi

nuyen said...

haish, tak faham betul. kenapa nak marah2 pulak kan. hak orang...

AcidFlynN Wraith said...

kelasssss entry ko jahhhh hahaha

Eyda Syahida said...

same cam man yusof. hide jep..

tapi sesetengah je leww... yang eyda ase nak bace, tak hide kan pon.. ahakks!