page kunci locker

Friday, October 28, 2011

bila waktu "penghujung" menghampiri

Assalamualaikum


Aku minta sangat kepada sesiapa yang boleh, tolong mainkan lagu atas ni sebelum baca entri ni ea.. Kalau tak boleh, laptop or phone korang ada lagu opick - bila waktu telah berakhir.. Pasanglah, then mula baca.. tq :)

Aku minta admin page saya single lagi~~ awak? untuk post something kat wall dia, dan bila dia post.. Dapat la sedikit maklum balas dari kawan-kawan.. Lihatlah maklum balas bawah ni..


Ada yang komen takut, buat amal banyak-banyak, bersedia.. Semua tu normal jek bagi semua jawapan, biasa kita dengar.. Then ada yang komen "buat wasiat", pada mula bagi aku tu lawak. Aku tersenyum tapi bila aku tanya dan ada yang tolong jawab dan dia sendiri pun jawab.. "buat wasiat minta maaf dan maafkan semua" "buat wasiat email dan password facebook", hati aku terdetik.. Betul juga tu, siapa nak tolong delete facebook kita bila kita dah tiada, gambar-gambar kita dalam tu, segala gambar itu maksiat bila orang lain tengok.. Wasiat minta maaf tu perlu sebab tak semua orang kita sempat minta maaf.. kan..

Semuany bermain difikiran.. Pernah tak korang terfikir? Malam ni malam jumaat, tiba-tiba hati aku terdetik.. Macam mana kalau HARI KEMATIAN KITA SUDAH HAMPIR... Mungkin sejam lagi, esok, lusa, sesaat lagi nyawa kita akan diambil. Kembali bertemu Illahi, Pencipta kita.. Adakah kita bersedia??

Bersediakah aku?? Tanya dalam-dalam hati tu, tepuk bagi dia bangun untuk menjawab.. Tak akan ada jawapan.. Pasti tidak akan, kerana kita tidak tahu kita bersedia atau tidak.. Kita tidak tahu amal kita banyak mana, layak ke kita masuk syurga?? Layak ke??!! TIDAK !!

~ehsan pak google~

Ya, kita semua tidak layak.. Sebab kita lalai lebih banyak dari amalan baik kita.. Kita kata sayang Allah, cinta Allah tapi mana bukti kita?? Kita bersuara katakan kita sayang agama kita Islam tapi mana buktinya?? Hanya dengan kata-kata?

Pernah tak korang terfikir, masa kita mati nanti. Siapa yang bersama dengan kita?? Awek? Pakwe? Kawan? Keluarga? Siapa yang menemani kita masa kita menghembuskan nafas yang terakhir? Siapa yang akan ajarkan kita kalimah suci syahadah sebelum kita menghembuskan nafas yang terakhir? 

Air mata ini tidak akan pernah berhenti mengalir memikirkan apa yang bakal berlaku tetapi kenapa nak kena fikir masa tu ada teman ke tidak sebab kita akan tetap keseorangan, seorang diri dalam kubur. Dilepaskan atau dihukum bergantung pada amal kita, sedekah yang berkekalan dan doa anak-anak yang soleh.. Kalau meninggal muda mana nak ada doa dari anak, siapa nak doakan kita?? Fikirkan..

~ehsan pak google~

Berapa banyak amal kita, berapa banyak yang kita dah sediakan untuk berjumpa Pencipta kita Allah Yang Maha Esa.. Air mata mengalir tapi adakah kita insaf dan buat amal yang baik atau kita hanya beringat sementara?? Tepuk dada tanya diri.. Tanya amal tu dah cukup, dah puas hidup? Tanya diri sendiri kerana orang lain tiada jawapan untuk ini.. hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu.. Renungkan~~~
p/s : Ya Allah, entah bagaimana kami dapat melafazkan kata-kata indah lagi suci syahadah Mu pada hari kematian nanti.. Bantulah kami, biarlah amal kami bantu kami melafazkannya, jauhkan syaitan pada hari kematian kami Ya Allah :'(

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

7 orang doakan kunci locker berjaya:

Miss Butterfly said...

hurmmmmm seriously sy takot.. =(

aydah ahmad said...

im scared too :(
hmm . ya allah !

Noor Maizan said...

ya Allah.takut.terima kasih peringatan ni

Fiza Nurani said...

Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin ~

RinsyaRyc said...

Mati tu pasti.. hidup je yang tak pasti... caiyok 4 the bcming exam..

Muna rahimah said...

wey babam , sumpah aku rasa nak nages . :(