page kunci locker

Saturday, September 24, 2011

kerana e-diary adikku #7

Assalamualaikum, dear diary.

Kawanku diary, maaf lama aku tidak menulis kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Banyak yang telah berlaku dalam hidupku hingga aku tiada masa untuk bersama dengan kau diary, hingga aku terlupa akan kau wahai kawanku.. Maafkan aku..

Diary, dua minggu yang lepas. Mama masuk hospital kerana mama pengsan. Sebelum mama pengsan, abang Amin datang rumah. Dia jumpa akak dan mereka gaduh kat depan rumah, aku tidak tahu apa yang abang Amin cakapkan dengan akak kerana aku hanya keluar bilik semasa dengan akak menjerit pada abang Amin.

Akak tampar abang amin dan mama terkejut melihat akak tampar abang Amin lalu mama pengsan. Masa tu kami panic sangat kerana badan mama sejuk dan muka mama pucat.. Allah sahaja yang tahu perasaan kami..


~ ehsan pak google ~

Abang Amin yang bantu bawa mama ke hospital, tiga hari mama ditahan wad. Mama penat kerana kurang rehat. Aku dan akak bergilir-gilir jaga mama, walaupun penat tetapi kerana mama aku sanggup susah. Mama dan akak sahaja yang aku ada sekarang diary, aku takut kehilangan mereka..

Selepas mama keluar hospital, mama dah kembali senyum semula. Mama dah boleh terima kenyataan pemergian abah. Mama kata mama akan jaga kami dengan baik. Mama mula buat kerja untuk cari rezeki lebih sedikit dari wang gaji akak sahaja. Mama jual nasi lemak, kuih dan mama kerja di rumah kawannya sebagai pembantu rumah.

Kami cuba halang mama berkerja tetapi bila difikir balik, ini sahaja yang mampu buatkan mama gembira dan tidak sedih lagi dengan pemergian abah. Maka kami biarkan sahaja mama berkerja.

Sekarang ni aku nak cuba bawa keluarga aku dekat dengan Allah.. Aku nak keluarga aku merasa ketenangan dan sabar bila terima dugaan.. Kami dan rajin ke surau sekarang.. Gembira bila dapat pergi surau dengan keluarga.. Jalan kaki ke surau yang jauhnya hanya 100meter sahaja.. Setiap langkah kami merasakan kebahagiaan dan kasih sayang Illahi..

Sekarang mama dan akak sudah tidak menyibukkan diri dengan kerja.. Kami sudah kembali gembira seperti masa abah hidup lagi.. Aku sudah dapat melihat senyuman dan gelak ketawa mama begitu juga akak..

Ya Allah, aku bersyukur kepada-MU kerana apa yang telah Kau kurniakan kepada kami dan biarlah ini terus berpanjangan hingga ke akhir hayat kami.. Amin..


sincerely, 

ery

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

4 orang doakan kunci locker berjaya:

Anonymous said...

TQ ADK TAG NAMA AKAK KAT FB SMBGAN CERPEN NI.. LIKE SGT2 CERPEN NI.. MENANTI SMBUNGAN PART 8 PLK.. hehehehehhe.. :) (kak Syarifah ni)

Unknown said...

nanti kalau dah ada sambungan tag kat aien juga tau.. tq..

AnakPakZohar said...

woahh.. untunglahh ade readers setia.. ehhehe.. =P

Jenny Pa-un said...

huwahhhhhhhh lama tgu part 7 huhu... yes sempat juga bace :)