page kunci locker

Friday, September 16, 2011

kenangan blogging bersama arwah blogger toh tuan tanah (ttt)

Assalamualaikum

Hari ni nak buat cerita sedih sikit.. Sorry guys.. Aku cuma nak berkongsi cerita tentang arwah seorang blogger yang berjaya.. Aku tahu ramai yang lebih mengenali dirinya.. Ramai yang bangga mengenali dirinya..

Eh, aku ni bercakap macam aku ni kenal dia dan pernah berblogging dengan dia pula, kan.. Sorry, aku tak pernah berblogging bersama arwah dan tak pernah berkenalan dengan arwah kerana aku start berblogging pada awal tahun ini manakala arwah sudah meninggal dunia pada akhir tahun lepas.. 

Walaupun aku tak sempat berblogging bersama beliau tetapi aku tetap merasa kesedihannya kerana pada tahun lepas, sebelum aku berblogging. Kawan aku asyik sibuk berbicara tentang arwah.. Kawan aku seorang blogger yang dah berjaya sekarang.. So, memang dia kenal arwah kerana dia pun pernah join contest arwah.. 

Korang ingat lagi contest arwah yang menang dapat blackberry tu? Memang terbaiklah kalau blogger macam tu.. Bukan senang nak bagi benda mahal macam tu free jek kan..

Aku sempat berborak dengan adik angkat arwah iaitu yang merupakan pemilik blog http://bilatergigithalia.com/ atau dikenali sebagai eman.. Memang ramai yang suka blog arwah TTT dan ramai yang join contest arwah. Blog arwah sememangnya diminati ramai..

Sekarang blog arwah sudah tidak boleh dibuka lagi.. Waktu arwah meninggal dunia.. Ramai yang tulis tentang arwah.. Lihat bawah ni..


Ini baru jek 1 page.. Kalau korang nak tengok lagi.. Boleh la google sendiri ok.. Sememangnya arwah sangat disayangi ramai.. Mungkin Allah terlalu sayangkan arwah sebab itu dia pergi dahulu..


Esok hari Sabtu 17 September 2011 bersamaan 19 Syawal 1432 genap setahun arwah meninggalkan kita.. Arwah meninggal dunia akibat daripada cancer serviks.. Selanjutnya tentang arwah ada di gambar atas dan kalian boleh tanya kepada eman sendiri.. :)

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.. Sedekahkan dengan ikhlas.. 

Arwah telah mengharumkan nama blogger dan beri semangat kepada blogger lain semasa arwah masih hidup.. Semoga beliau di tempatkan bersama orang-orang yang soleh.. Amin.. :')
p/s : Hidup ini sementara.. Bila tiba masa kita pun kita tak tahu.. Di sini aku ingin minta maaf bagi pihak arwah TTT sekiranya beliau pernah buat silap apa-apa (kalau ada).. Semoga rohnya tenang di sana.. Amin..

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

11 orang doakan kunci locker berjaya:

EmanTheHalia said...

thx weyh tapikan tarikh 8 syawal ngan 17 tu tak same taun ni... =) al fatihah..

kunci locker said...

errkkk...alamak...slh taip tarikh lak...dah betul kn...hehehe...sori bro :(

RinsyaRyc said...

Al-Fatihah...


http://bulatmata.blogspot.com/

Unknown said...

tak sempat nak bace entry2 arwah.

Jenny Pa-un said...

<-- sama cam liyana x sempat baca entri arwah,, :(

ayuni said...

nice entri.. berkongsi apa yang baik.
insyaallah arwah berada aman di sana.

al fatihah.

Umie Nadhirah said...

sumpah aku rindu TTT.. dia orang melanau gak.. aku ada join contest dia dulu :(



AL-FATIHAH untuk arwah :’(