page kunci locker

Wednesday, September 7, 2011

berita tergempar : orang ramai mula meninggalkan rumah !

Assalamualaikum

BERITA TERKINI

Kuala Lumpur, kami masih belum tahu apa yang telah terjadi. Kami telah menerima beberapa laporan daripada orang yang tidak diketahui namanya yang mengatakan bahawa pada hari ini (petang tadi) orang ramai telah keluar meninggalkan rumah masing-masing.

Orang ramai telah keluar rumah tidak kira rumah taman, flat serta kampung. Semua telah keluar berkumpul beramai-ramai bersama keluarga tanpa sebab yang masih belum diketahui.

Melaka : Orang ramai juga turut meninggalkan rumah mereka apabila mengetahui akan sesuatu hal yang masih tidak diketahui oleh pihak media dan pihak berkuasa. Mereka sama juga seperti penduduk di Kuala Lumpur yang mana telah meninggalkan rumah mereka secara beramai-ramai dan berkumpul membawa alatan.

Johor Bahru : Kami masih tidak tahu mengapa orang ramai telah pergi meninggalkan rumah masing-masing seperti telah dipanggil-panggil oleh sesuatu dan seperti ingin melakukan satu konspirasi menentang pihak yang bertanggungjawab kerana mereka semua membawa ahli keluarga serta alatan.

Orang ramai dari seluruh negeri di dalam Malaysia telah meninggalkan rumah masing-masing dengan membawa senjata seperti hendak menempuh satu peperangan yang mana tidak diketahui oleh pihak berkuasa.

"Apa yang sedang pak cik dan semua penduduk di sini lakukan? " Tanya seorang wartawan TV3. " Menyelamatkan nyawa" Jawab warga emas tersebut.

Kelihatan disekeliling orang ramai menyapu sampah, mengemas, mengutip sampah dan membersihkan halaman sekitar seperti bergotong-royong. " Kami semua telah menerima satu panggilan dari seseorang pelajar yang masih muda melalui blog beliau yang mana meminta kami semua bergegas membawa semua ahli keluarga dan alatan mengemas untuk bergotong-royong untuk menyelamatkan nyawa. " Kata seorang penduduk di situ.

" Apa yang sedang dilakukan oleh penduduk diseluruh negara adalah menyelamatkan nyawa apabila mendengar rakaman dari seorang pelajar yang mula-mula menimbulkan konspirasi ini. Pelajar tersebut meminta semua penduduk membersihkan halaman rumah dan kawasan-kawasan yang sepatutnya untuk mengelakkan denggi dari terus merebak kerana pelajar tersebut telah mengidap penyakit tersebut dan sekarang sedang menerima rawatan kerana keadaannya yang agak kritikal. " Kata seorang wartawan TV3.

***************

Hahaha, berita di atas adalah rekaan semata-mata yang mana aku dapat dari iklan TV mengenai banteras demam denggi. Tapi aku ubah suai sedikit. Hah, apa yang aku nak sampaikan adalah. Sekiranya kita semua bersatu membersihkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes pasti kita semua dapat menyelamatkan nyawa semua orang dari menghidap penyakit demam denggi akibat gigitan nyamuk aedes.

Oleh itu marilah kita beramai-ramai turun padang membantu membanteras pembiakan nyamuk aedes. Mereka sudah. 

Apa yang sedang anda lakukan? Adakah anda akan turut serta atau hanya berdiam diri? Marilah sama-sama kita banteras nyamuk aedes atau MAUT MENANTI !

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

7 orang doakan kunci locker berjaya:

capiq xD said...

balik kampung ler tuh..hak2

fathiahRAIHANA said...

ohhh ingat kan amende la tadi
hahaha

Wanz Mejuez said...

berita ni untuk sekali setahun je selalu terjadi.. ahahaha

ROROI said...

Cis...itu je aku nak cakap...hahaha

cik Beskod said...

patut la mcm pernah dgr je hahaha

merahitujambu said...

gempak jee kan..

jom buat kek untuk aku

http://merahitujambu.blogspot.com/2011/09/saya-nak-buat-kek-untuk-merahitujambu.html