page kunci locker

Saturday, August 27, 2011

perokok(smoker) korang dah melampau !

Assalamualaikum

Hari ini aku tak puas hati gila dengan perokok.. Sebab apa?? Sebab kau bagi aku hisap asap yang korang dah lepas hisap tu. Damn ! Busuk tahu tak bau rokok tu. Hormat la sikit orang yang tak merokok. Ni tak, suka-suka hati korang jek hisap rokok kat tempat awam, tempat larangan. Grrrr... Panas tol.

~ ehsan pak google ~

Korang nampak tak papan tanda ni? Ke buat-buat tak nampak? Or korang buta bila nampak benda ni? Korang dah tahu tempat tu tak boleh merokok, asal korang merokok gak? Semalam aku dok kat bus sten tunggu bas. Semua nak merokok, nasib la ramai orang. Kalau tak aku dah masukkan puntung rokok tu dalam mulut ko. 

Tak semua orang merokok, ramai jek orang yang tak merokok. Fikirlah sikit. Jangan fikir sedap  korang jek. Kita orang ni hah yang naik meluat. Cuba korang masa tu tengah merokok, aku datang kat ko, aku bagi ko durian walaupun korang tak minat durian. Korang tolakkan?? Then aku dengan kejam sumbat durian tu dengan kulit-kulit durian tu dalam mulut ko. Biar tak boleh nak makan terus. Nak? Kalau tak nak, kenapa korang bagi kita orang ni hisap asap rokok tu? Ish, tak faham betul aku.

~ ehsan pak google ~

Yang tak boleh blah. Bila korang dah hisap, puntung rokok tu korang buang bersepah. Aish.. Memang anginlah aku. Lepas tu masa rehat sahur. Ada mamat ni dah lambat, dia boleh hisap rokok lagi walaupun bas dah hon then dia dah hisap laju-laju, puntung rokok tu buang bersepah. Semua yang naik 1 bas dengan aku yang merokok tu. Dorang p buang macam tu jek. Sengallah kan.

Aku dengan muka tak malu, pergi tanya. "Sayang alam sekitar tak?".. Dia dengan bangga dan lajunya jawab "sayanglah." Apa lagi. Aku terus dengan senyuman cakap "kata sayang, tapi kenapa puntung rokok tu buang kat situ?" Dia pun sengeh-sengeh macam kerang busuk. Damn. Grrrr...

~ ehsan pak google ~

Perokok ni semua cakap sayang alam sekitar tak nak bagi tercemar. Tapi perbuatan dorang dah cemarkan alam sekitar. Buang puntung rokok bersepah-sepah. Cemar udara dengan asap rokok. Bagi orang lain penyakit. Menyusahkan orang lain. Kalau aku sakit paru-paru ke, sakit apa-apa yang ada kaitan dengan rokok, aku salahkan korang yang bagi aku bau asap korang tu !

Nak merokok boleh, aku tak halang, aku tak larang sebab aku bukan sesiapa tapi tengok tempat. Kalau tempat awam, hormat orang lain. Jangan buang puntung rokok tu merata-rata. Kawal sikit ketagihan merokok tu sebab asap rokok tu mencemarkan udara. Sekian ~~
p/s : perokok, korang nak marah aku? Silakan tapi aku hanya luah perasaan aku dan pendapat aku. Kawal sikit kalau nak merokok pun. Ingat orang lain yang tak suka korang merokok tu.

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

16 orang doakan kunci locker berjaya:

haikalblank said...

haish, gua kena tembak nih...HAHA

kunci locker said...

sheyPull : samalah kita...aku pun bnci perokok...

kunci locker said...

haikalblank : Hahhahaha...merokok ke??nasib r..cpe soh perokok2 dlm bas td bg aku point nk bahan korg...hahahha

LemonSusu Skyjuice said...

hampeh btol...dah la merokok tu mmbahayakan nyawa org sekeliling jugk.suka suki die je nak buang merata-rata mmg meluat tahap gaban lahj....!

kunci locker said...

lemonsusu skyjuice : tahu tak pe..geram tol ng dorg tu...suka2 hati jek nk buang...kalo buang dpn aku mmg kne r..aku ni jenis ckp jek kalo tak suka...pdn muka mamat tu kne ceramah ng aku dlm bas...wakakakka

Eric said...

fuh! Nasib baik aku perokok beretika LOL

kunci locker said...

eric : btol??bgs la kalo cm tu...nk merokok ingat2 sikit org yg tak merokok dan ingt alam sekitar..ingat kita ni ciptaan Allah...kalo jd perokok tegar mmg minta mati awal la tu...hahaha

cik Beskod said...

x suka perokok.. huhu sebab asap rokok la cepat buat sesak nafas... dah lah rokok tu ibarat membakar organ ngan membakar duit... sgt setuju dgn entri nie :)..grr.. hate smokers.. harap2 jodoh nanti bukan dgn perokok..

rozeeta rashid said...

dah la merokok betul2 depan tanda dilarang merokok. kat penang dalam feri ada area merokok tapi nak merokok kat tempat yg dilarang jugak. sekeh jugak kang. haha.

MohamadNasiruddinBinAmir said...

bencilah perlakannya, jangan benci orgnya. :)

kunci locker said...

tak ada pula aku ckp aku bnci orgny...aku ckp aku tak perlakuan die...

Kucing Serius. said...

Aku perokok. Tapi aku merokok sorang sorang atau dengan perokok je. Aku faham burden orang lain bila bau asap. Aku pun dulu masa tak smoke aku tak suka bau asap.

Sekarang dah terjebak,sendiri kena tanggung kan. Haha. Apa apa pun,aku agree dengan kau.

Bagi aku,perokok memang kena hormat non perokok. Pasal aku sendiri,aku dah terjebak ni,memang kena tanggung sendiri la. Taknak orang lain pulak yang tanggung pasal diri kita ni.

Lyssa Faizureen said...

i really hate smokers . >.<

SyazwanSarawak said...

sebab active smoker ni la passive smoker kena tanggung. >..<

~aLoNg~ said...

macam mana la smokers boleh tahan bau rokok yang busuk tu.. -_-