page kunci locker

Saturday, August 13, 2011

kerana rm10

Assalamualaikum

hari ini aku nak share 1 cerita yang aku dapat dari Facebook. Facebook dimana kawan aku post cerita ini di wall group kelas kami. Aku tanya dia dari mana dia dapat. Dia cakap dia dapat dari facobook kawan dia. So, aku tak tahu kisah ni siapa yang tulis, aku tak tahu nak kredit kat siapa. Apa-apa pun aku kredit kat kawan aku syazwan shukri sebab bagi kisah ni kat kita orang. Nice :)

Kalau anda adalah pemilik sebenar cerita ini, anda boleh komen dan beritahu saya ini kisah anda dan tunjukkan bukti kerana saya tak suka orang yang menipu... Jemput baca.. :)

kisah :

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

"Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?" "Ya, nak tanya apa?" "Berapa pendapatan ayah sejam?" "Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?" "Amin saja nak tahu ayah. Tolong bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?" "20ringgit sejam." "Oh..." kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya. "Ayah.... boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?" Si ayah menjadi berang dan berkata. "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai minta sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dan lewat dah ni."

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira setengah jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini." kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyak ayah." katanya begitu gembira.

Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

~ehsan pak google~

"Kenapa kamu minta duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?" Jerkah si ayah. Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup." jawab  si anak perlahan. "Tak cukup nak beli apa?" soal balik si ayah. "Ayah, sekarang Amin sudah ada 20ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejan dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah." jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu. Selepas mendengar penjelasan anaknya, si ayah terus mendakap anaknya dengan penuh kasih sayang dan bersalah kerana membiarkan anaknya diabaikan.

MORAL :

Kadangkala kita terlampau sibuk hingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka. Hari raya sudah menjelang tiba. Ambillah cuti lama sedikit untuk beraya di kampung bersama orang yang tersayang. Kerana kepulangan anda dinanti. Jangan abaikan ibu bapa di kampung kerana kesibukan anda bekerja. Sayangi mereka selagi anda berpeluang. Balas jasa mereka selagi mereka bernyawa. Kerana kebanyakkan dari anak-anak yatim tidak berpeluang seperti anda :'(

~ gambar dari 4shared ~

SELAMAT BERPUASA 
DAN 
SELAMAT HARI RAYA ALDILFITRI :)

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

19 orang doakan kunci locker berjaya:

tieka said...

ckup terharu bila baca cite nie...hurmmm.

selamberK said...

terharu gak..tp cter lebih kurng same mcm cte "Aku tak bodoh" tp dalam cter tu die up cket la kumpul rm500..haha

Aesya Zealous said...

dh penah bace..pn tak tau jugak sape punyee

kunci locker said...

tieka : sy pun terharu gak...waaaa...nk balik kg cpt3...

kunci locker said...

selamberk : hah..kisah yg tu aku tak baca lg...hahahaha...nk link

kunci locker said...

aesyaZealous : hehehe...

DaYaH JeLitA said...

lebih kurang dialog dalam filem "aku tak bodoh" : mmg sedih..

kunci locker said...

oh...cte tu..wakakaka...xtgok pn cte tu...wakakakaka...egtkn apa td...hahah

Anonymous said...

teringat citer aku tak bodoh..neway..aku sebak kot..huhu

zOrO said...

huhu..sdih gak..huhu

Udin said...

terbaek bro.. hehe.. ;)

maszull said...

salam...n3 best

ingatlah kasih sayang tu x boleh ditukar ganti dgn wang ringgit..:)

wan_cikgumuzik said...

walaupon dah hampir 3 kali dah baca kisah nih, aku masih tacing beb..!! huhu.. air mata berlinang,,,!!

Nurmaisarah Ismail said...

Hua T.T , budak kecik tuh sgt sweet :) Terharu lah cm gini.

Jenny Pa-un said...

tacing past anak tu beli masa ayah dia sejam n time ayah dia peluk anak dia huhuhu.. :'(...

ku-cit said...

bdk kecik kdg3 pmikiran diaorg lg advance

Mekz's! said...

budakk tu sgt comel+cerdikk.. :)) bertuah ayah dia dpt anak yg mcm tu. :)TERHARU betul ni.