page kunci locker

Saturday, August 20, 2011

kerana e-diary adikku #5

Assalamualaikum, dear diary.

Sudah seminggu aku tak tulis atas kau diary. Hari ini aku peperiksaan terakhir, aku tak boleh tumpu masa jawab tadi diary, fikiran dan akal aku ada pada keluarga aku. Diary, dah macam-macam berlaku dalam tempoh seminggu ni. Diary, aku tak tahan. Aku sedih.

~ ehsan pak google ~

Diary, akak nak putus tunang. Dia nampak abang Amin bersama dengan perempuan lain. Sampai hati abang Amin tipu akak aku. Akak cakap, perempuan tu pegang tangan abang Amin masa akak nampak tu. Aku kecewa dengar sebab aku sangkakan abang Amin jujur, baik dan boleh jaga akak aku tapi rupanya dia jenis lelaki yang tidak disangka-sangka.

~ ehsan pak google ~

Diary, abah masuk hospital sebab sakit. Dah 2 hari abah masuk hospital. Abah terkejut dengan apa yang jadi. Abah terkena serangan jantung dan strok. Aku tak sanggup tengok abah terbaring atas katil dihospital tu. Badan abah lemah, abah tak boleh nak bergerak dan bercakap.

Setiap kali aku pergi melawat bersama mama dan akak, mesti aku nampak air mata mama mengalir. Akak pun turut menangis, aku terasa mahu menangis juga tetapi aku kena kuat supaya mama dan akak juga boleh kuat. Hati aku perit melihat keadaan keluarga aku sekarang.

Akak dah tak gembira macam dulu, akak banyak diam dan asyik menangis. Hari-hari aku lihat kedua-dua wanita yang aku sayang menangis dihadapan mata aku tetapi aku tak mampu berbuat apa-apa. Aku hanya mampu menenangkan mereka.

Mama pula asyik termenung sahaja, mama pun dah mula sakit-sakit badan. Mama dah tak senyum lagi. Mama kerap teman abah dihospital, mama tak rehat. Balik dari hospital, mama masak dan kemas apa yang patut bila siap mama terus pergi ke hospital semula sebab mama kata dia tak nak abah tinggal sorang-sorang. Hidup kami sekeluarga dah tak gembira dan terurus seperti dulu.

Dulu aku bangun pagi sebelum ke sekolah. Aku akan cium pipi mama dan abah. Aku akan dapat peluk mereka tetapi sekarang, aku bangun pagi. Abah dan mama tiada, mereka di hospital. Sunyi rasa rumah ni, pagi-pagi aku cuma minum sahaja, tiada nasi goreng, tiada sandwich yang selalu mama buatkan kerana mama tak sempat dan tak larat nak buat semua tu.

Mama tak cukup tidur, akak pula sibukkan diri dengan kerja sebab tak nak bersedih. Aku dah tiada teman berbual. Aku hanya ada kau sahaja diary untukku luahkan isi hati ini. Aku tak kuat diary, aku sayangkan mereka. Mengapa semua ini terjadi. Apa salah keluarga aku. Diary, saat aku menulis ini. Maaf kerana aku mengalirkan air mata dan air mata itu menitis di atas kau. Maaf aku tak kuat. Terima kasih kerana menjadi peneman aku diary.

sincerely,

ery
PART 6

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

14 orang doakan kunci locker berjaya:

tieka said...

sedih cerita ye,,,:(

mAy Lee said...

saya confuse di sini.. ni cerita ke betol2?? huhu.. kalau betol lah kan.. bawa byk bersabar ye.. dugaan Tuhan di bulan puase.. n kalau novel.. kinda cool.. touchin.. huhu.. i can feel it in me.. walau ape pon.. banyakkan bersabar.. sesungguhnya Tuhan sentiase bersama dgn org2 yg sabar.. :)

Jenny Pa-un said...

huhuhu sedih pulak klimaks dia.. huhu .. x sbr nak tgu part 6 nie huhuhu

kunci locker said...

tieka : huhu..sedih2...ngs2..

kunci locker said...

may lee : hahaha..ini hanyalah cerpen..tak kn la dlm dunia realiti blh cpt sgt mse...hehehehe..cuba tgok tarikh sy publish yg no 4...arini la..xkn mlm ni dah seminggu...heheh

kunci locker said...

cik Beskod : heheh..tq2 sbb sudi bce dr awal..heheh...tgu ye...

said...

haaaaaaaaaaa..baru rse nak nangis.rupenye cerpen je :')

Damas said...

kesianilah dia itu. sedih suda, kunci. jgn sedih selalu.
Dah tunang, putus itu yg haku tkut sangat. tpi aku nk jadi lelaki yg hebat. =).

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

walaupun sekar cerpen,,
moga2 ada sinar utk ery ^^

Miss Butterfly said...

dhla tgh sedih, ni skang bace ase nk nangis plak.. :(

eyida said...

sedihnya.....
cian family ery...

Anonymous said...

part 5 buat air mata akak mengalir adk membaca nya.... menghayati cerpen ni..

Shuhaida Subri said...

uik.. xsedar lak dah hbs.
pandainya tulis.
memang menyentuh perasaan.