Assalamualaikum, dear diary.
~ ehsan pak google ~
Hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan abah dan mama, aku nyaris-nyaris terlupa. Nasib akak ingatkan. Diary, tahu tak apa suprise kami untuk abah dan mama? Kami beli kek dan bawa abah serta mama pergi tasik untuk sambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-31 ini. Sangat meriah kerana ramai juga kawan-kawan abah dan mama yang datang menyambut ulangtahun abah dan mama bersama kami. Abang Amin dan keluarga bakal mertua akak pun turut memeriahkan keadaan.
Pada mulanya abah enggan pergi bersama kami kerana abah kata dia dah tua, abah dah tak larat nak jalan kaki naik ke atas kerana kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu.
~ ehsan pak google ~
Tapi akak berjaya pujuk, katanya mahu abah berehat tengok tasik pada waktu malam. Memang benar kata-kata akak, sangat cantik pemandangan tasik itu pada waktu malam. Hingga mama dan abah mengalirkan air mata masa kami katakan suprise sambil semua orang keluar dengan kek sekali. Seronok dapat tengok abah dan mama gembira malam tu.
Entah bilalah masa aku nak dapat sambut ulangtahun aku pula ya diary. Gatal pula aku kecil-kecil dah fikir pasal kahwin.
Oh ya diary, tadi akak nampak aku pegang kau. Dia cuba rampas sebab dia nak baca tapi aku berjaya selamatkan kau dari dibaca oleh akak. Aku malu kalau akak baca apa yang aku tulis. Tapi mungkin satu hari nanti aku akan bagi akak baca kau diary. Tapi masa tu aku nak menyorok supaya aku tak dengar akak gelak baca kau. :)
Oklah. Sampai sini dahulu. Nite diary, sampai ketemu lagi ^_^

sincerely,
5 orang doakan kunci locker berjaya:
bestnya ad fmly gini
meriah
wah,,, best nye huhuhu,,,
tak sabar nak kawin ye..hehehe...
keluarga bahagia ni...:)
wahhhhhhhhhhh happy family... like like
hahahahaha gambar kek tu mcm yek2 jek.... ntah mne die amek lah ek.... men google jek ape2...wakakakak
lawak2 best cite lawak mcm ni
i like
Post a Comment