page kunci locker

Saturday, August 13, 2011

dialog untuk makcik hajjah sitt al-wuzara dan juga orang-orang murtad yang lain !

Assalamualaikum

kawan, kenapa kau murtad? Apa yang membuatkan kau murtad kawan? Kau tak rasa rugi ke? Kau was-was ke sama ada Allah itu ada atau tidak? Kau tak yakin apa yang kau pelajari, apa yang kau sudah terima selama kau Islam dahulu?

Aku doakan semoga pintu taubat masih terbuka untuk kalian, aku doakan Allah tidak mengambil nyawa kalian sebelum kalian sempat bertaubat. Demi Allah, pernah tak kalian rasa keindahan semasa kalian masih beragama Islam? Cuba ingat, imbas kembali, pernah tak kalian :

  • Rasa indahnya permandangan dihadapan mata kalian? Itu ciptaan Allah
  • Rasa tenang ketika kalian mendengar laungan azan? Itu panggilan Allah
  • Rasa tenang dan suci apabila mengambil air sembahyang (wudhu)? Itu air suci yang mengalir ditubuhmu kerana niatmu kerana Allah.
  • Rasa merdunya bacaan ayat-ayat suci al-Quran? Itu kata-kata Allah
  • Rasa seperti dipeluk apabila kalian bangun untuk menunaikan solat malam? Itu kasih sayang Allah
  • Rasa bersalah kerana tidak menunaikan kewajipan sebagai umat Islam? Itu anugerah Allah
  • Rasa tenang sewaktu kalian menunaikan solat 5 waktu? Allah dan Rasul-Nya bersama kalian
  • Rasa diseru-seru untuk ke surau atau masjid untuk menunaikan solat 5 waktu? Itu tanda kalian cintakan Allah


Ingat tak kalian waktu kita sama-sama belajar agama dahulu, kenangannya sungguh indah. Ingat tak :

  • Waktu cikgu menunjukkan cara-cara mengambil wadhu hingga basah baju kita?
  • Waktu cikgu mengajar kita mengaji, merangkak-rangkak bacaan kita tetapi kita tetap membaca dengan gigih?
  • Waktu cikgu menceritakan kisah Nabi hingga kita ternganga mendengar tabahnya Nabi kita?
  • Waktu cikgu mengajar kita bahawa Islam ini mudah dan tidak mengongkong umatnya hingga kita tersenyum mendengar senangnya agama kita.
  • Waktu cikgu membawa kita melihat keindahan ciptaan Allah hingga kita menangis melihatnya.
  • Waktu cikgu mengajar kita berzikir hingga kita rasa tenang sangat.
  • Waktu cikgu ceritakan balasan Allah hingga kita berebut-rebut mengejar kebaikan demi mendapat pahala.
  • Waktu kali pertama kita berpuasa, perlahan-lahan cikgu mengajar kita erti sabar berpuasa untuk kita tahan.


Kalian ingat? Mungkin banyak yang kalian tidak rasa tetapi pasti ada yang kalian pernah rasa. Kalian cubalah imbas kembali saat-saat manis itu. Pasti kalian tersenyum, pasti kalian rasa ruginya kalian murtad. Indahnya agama Islam ini. Cuba kalian imbas kembali wajah cikgu yang tersenyum melihat gelagat kita semasa belajar agama dahulu. Pasti kalian tidak mahu mengecewakannya.

Kalian adalah kawan dan juga saudara aku, marilah kembali kepangkal jalan. Aku menegur kalian demi agama dan juga diri kalian. Aku tidak mahu saudaraku terseksa kerana murtad. Kembalilah kepangkal jalan demi dirimu sendiri. Jangan terikut-ikut dengan orang lain kerana itu akan merugikan kalian.

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

12 orang doakan kunci locker berjaya:

Zulqarnain Musa said...

ermmm golongan macm ni hidup dlm pegangan ideologi mereka sendri..tpi yg buat diorg ni sepesel..org yg berpegang pada ideologi menggunakan akal semaksimum mungkin...tpi diorg ckp tnper pk..yg buat mereka setaraf dgn haiwan....

mudah2han...diorg bertaubatlah

Karya Hati said...

moga2 kembali mereka ke jalan benar amin :)

Shida Radzuan said...

moga shida dihidari dr mnjdi sorg murtad nih..shida suka agama islam :)

wan_cikgumuzik said...

agak tersentuh laa hati bila baca entri nih.. kenape laa depa tuu semua tak ingat semua tu kan?? hurmmmmm. sabar jerr lah.. tugas kita, sebarkan jerr kebaikan yang ada..

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

semoga dorang terbukak hati untuk kembali ke pangkal jalan

insyaAllah

:)

puteri kasih said...

komen sini sebab shout awk dah penuh :)

Hurun Akita @ Ciktika said...

akhir zamansudah ni kan..nauzubillah...jgn lah terjadi pada saudara trdekat dan dr ku sndr...amin ya rob.

Hurun Akita @ Ciktika said...

akhir zamansudah ni kan..nauzubillah...jgn lah terjadi pada saudara trdekat dan dr ku sndr...amin ya rob.

nourkusmadewi said...

mereka murtad sebab akar tunjang mereka tak kuat. name jer islam sejak lahir tapi didikan sempurna senjak lahir takder ataupun kurang

Syazwan said...

hmm. kalau kasi mereka entri ni tah mereka nak ke tak baca :\

wan azie said...

sama-sama berdoa u kebaikan.....