page kunci locker

Sunday, August 21, 2011

ben ashaari ajar aku blogging, siapa kata ben sombong?

Assalamualaikum

Hai pembaca yang setia, hehehe. Aku tahu ada yang tak pernah baca blog aku mesti akan masuk sebab tajuk ni. Mesti ada la haters ben ashaari yang masuk baca. Kan kan kan. Ko haters dia? Silalah baca, aku tak kesah. Hahaha.

Semua mesti dah tahu blog Ben Ashaari kan? Blogger famous tu, tak kan tak tahu kot. Tapi aku tetap nak backlink walaupun ramai yang tahu link blog bro Ben ashaari ni. Hehehehe..

Oh, lupa. Yup, Ben Ashaari ajar aku blogging walaupun tak banyak tapi membantu untuk aku faham macam mana tu bila ada haters, kenapa haters datang, macam mana blog nak maju. Ya, Bro Ben share kat aku ilmu dia sedikit sebanyak. Siapa kata dia sombong? Korang yang tak cuba nak kenal dia, korang tahu bila baca entri orang tak suka dia, korang sokong. Follow jek bontot orang yang tak suka Ben. Pelik, korang tak pernah kenal Ben tapi nak benci-benci dia. Nak bukti? Ni entri terbaru Ben. Selepas perbincangan aku dengan Ben kat inbox, tiba-tiba dia up entri ni. Apa yang kitaorang bincangkan adalah apa yang Bro Ben ni tulis kat entri dia.

~ klik untuk lebih jelas ~

korang tak percaya aku inbox dengan dia? Nak aku print screen inbox gak? Aku rasa tak perlu, korang nak bukti, baca komen aku dengan Ben Ashaari kat group Kelab Blogger ni. Nampak komen tu cam aku dengan dia dah penah cakap pasal entri tu kan. 

Sebenarnya Ben tak pernah kenal aku. yela, aku tak pernah join segmen dia sebab aku tak minat sangat join segmen. Dan korang pun tahu aku dah pernah cakap aku jarang pergi baca blog orang femes. Jadi tadi aku tergerak nak inbox Ben dan tanya pendapat dia lalu aku minta izin nak buat entri. Aku tak sangka dia akan balas inbox aku sebab aku fikir dia tak layan orang macam aku ni. Alih-alih dia balas siap bagi aku ilmu lagi, siapa cakap dia sombong? Mana ada... grrr,..

Ni pula print screen blog Ben pasal entri tu.
~ klik untuk lebih jelas or korang baca jek sendiri entri kat blog Ben Ashaari ~

Aku tahu ramai yang tak suka Ben, aku baca entri-entri yang asyik kata pasal Ben. Tapi aku pelik, alasan dan sebab korang nak benci tu tak munasabah lansung. Sebab Ben gila traffic, Ben buat entri tajuk gempak isi tiada. Tu semua tak munasabah korang nak benci. 

Ben gila traafic, habis korang yang buat entri kutuk dia tak gila traffic? Kan nampak sangat korang kata orang tapi jatuh kat batang hidung sendiri. Jujur cakap, majoriti blogger yang betul-betul nak blog maju, mesti akan gila traafic juga so tak payah nak kata orang sebab diri sendiri pun sama. Korang yang tengok blog orang maju pun mesti jelez dan ada rasa nak traffic macam dia so tak perlu juga kata orang sebab batang hidung sendiri yang kena. Jaga batang hidung tu, kang patah lak.

Ben buat tajuk gempak tapi tak de isi? Hello, korang pun aku tengok sama juga. Ada tu tajuk gempak isi lari terus, ada tu tajuk gempak, isi dah kena tapi ulasan tak leh pakai. Aku cikgu BM jadi aku tahu macam mana ulasan yang kena dengan tajuk. Baca jek dah tahu tak kena. 

Aku ngaku aku sendiri pun buat tajuk gempak isi entah apa-apa sebab aku nak tarik pembaca. Tu cari kita nak berblogging. Tak payah nak kata orang sebab setiap orang ada cara nak majukan dan naikkan blog masing-masing. Cara masing-masing, tak perlu nak benci-benci sangatlah. Kita ni blogger bukan ahli politik. Sekian~

p/s : Moral of the story, jangan nak benci dan kutuk orang sangatlah sebab semua tu akan balik kat diri sendiri. Aku malas nak campur, korang nak benci, korang bencilah tapi jangan nak pengaruh orang. Aku memang tak campur kalau korang nak benci orang sebab aku tak nak orang benci aku, so aku baik jek dengan semua orang. Jadi blogger yang berakal.

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

16 orang doakan kunci locker berjaya:

Fairuz Zainal said...

haha aku tak minat abam ben. kbai haha

kunci locker said...

fairuz : hahahha...xbaek benci2...kang org bnci kita, kita marah...sbb bnde yg kita buat semua ada balasan...heheheh

atiqsalleh said...

haha.. tak pernah kenal depan2 mmg la boleh cakap cmni.. bila dah kene baru tahu..

sorg sangat tak suke die.. okbai!!

Anonymous said...

tiap org ade istimewa kelebihan masing2~ mulut org takkan pernah boleh kiter tutup kunci mati~:)

Nadia said...

nad ada baca entri tu kat samposmen punya blog..dyer wat entry aku benci ben ashaari tu..

ada jugak owg cm tu...

Unknown said...

err....

so u ada diskuss something dengan Mr. ben tu sebab Mr. ben buat entri tu ke?

Btw, apa hal si Fairuz kat atas tu? isyhk, setakat comment kat page ni tapi tak berani cakap depan2. baik tak payah.

Dan comment atiqsalleh tu pun i tak faham.

Dia benci dengan Mr. Ben jugak ke? O_O

Anonymous said...

akak smua blog masuk jer,... baca entry.. org pemes ke... x pemes ke.. masuk jer..

Cheyah said...

setuju! setiap org ade cara tersendiri. klu x suka, saling tegur2 la.

Mas Ahmad Safwan said...

aku tak femes pon , so takde haters laaa

nurul diana said...

aku suke abg ben ! blog dye best ! org yg x suke tuu otak dye sengetttt

FIZGRAPHIC said...

murtabak satu! eh lari tajuk. saya suka semua blogger..
diorang kutuk kita..kita ckp camnie..
"sesungguhnya aku sedang berpuasa.."

kalau bukan bulan posa..ckp camnie..
"aku tempeleng jugak ko nie.."

hahahahaha...
gurau2 ja..
ben sempoiii...
kerana ben promote aku lah UV aku mendadak nek..
tp hr tersebut jer la..
hr len usaha sendiri..yeahh...

(panjangnya aku komen..1st time)

aien_sunflowerz said...

xkenal maka x cinta looo

M@M@ SH@RIDZ said...

betul tu, jaga blog sendiri dah ler

Unknown said...

btol3~..
buat ape nk benci org klau kite xknal die..
if btol2 knal then die ade wat something wrong..bru lah bleh nilai org tu..
ana pun xpenah knal abg ben..tpi bg ana abg ben ok je.. :)

*sush nk wat sume org puas aty..huhu.

Roti Telur said...

saya suka abg ben,saya peminat abg ben.. saya suka sangat blog abg ben..i leb u.. jom la singgh blog saya abg ben ..

http://asyrafasnawi.com/ kehkeh..

Anif Abdullah| AA said...

anif baca je semua blog yang relax,santai dan berinfo.. tak kira dia femes or tak.. dunia blog ni kecik je pun.sekian~