page kunci locker

Sunday, August 21, 2011

kejarlah follower tu, biar mati blog kau ! biar di hack !

Assalamualaikum

Hari ini aku nak share dengan kau orang pasal follower ni sebab aku dah malas dah dengar orang asyik cakap pasal ni. Ala, kalau aku buat entri pun pasti akan ada lagi orang cakap pasal follower ni. Apa-apa pun aku tetap nak buat, biar kita kongsi ilmu, jangan kongsi keburukan. Heheheh...

Semalam sorang akak aku Tieka Ika ada post kat Sahabat Blogger.. mesti korang pelik aku ramai sangat akak kan. Aku suka ada akak sebab akak penyayang berbanding abang. Tapi aku suka kalau aku ada abang kandung sebab aku tak akan dapat beban sebagai anak lelaki pertama. Hmm.. Dah, merepak pula.

Tieka Ika tu admin kat Sahabat Blogger, biasalah. Post dia pastilah ada jek orang komen sebab admin dan famous emos kat dalam group tu. Hehehe.. Nak tahu apa yang dia hujahkan? Pasal tajuk entri aku ni. Follower.

~ klik untuk lebih jelas ~

Nampak dah? Ya, isu follower ni sangat-sangat menarik perhatian sebab pelik kenapa ramai sangat orang yang gila dan kejar follower, kejar traffic tu lain cerita. Ni kejar follower, apa yang korang dapat? Pergilah kejar follower sana, pergi. Biar mati blog ko tu. Jangan ingat blog boleh maju dengan kejar follower. Tengok follower aku, tak ramai pun tapi aku mengaku yang baca blog aku satu hari sahaja lebih ramai dari jumlah follower aku. Dan majoriti dari yang baca tu bukan follower aku, follower aku yang baca sikit jek. Follower tu fungsinya nak tahu blog yang kita ikut tu update ke tak. Bila update kita pergi tengok tapi tak ramai yang akan baca kalau follower dia update.

Kejarlah follower tu, pergi kejar. Kejar sampai blog ko mati, blog ko kena hack sebab ramai orang yang tak suka orang yang kejar follower. Orang yang dengki dan ada ilmu hack mesti akan rasa nak hack jek blog kau. Kejarlah lagi. Menyampah.

~ klik untuk lebih jelas ~

Tengah seronok-seronok orang setuju, alih-alih ada seorang mamat ni datang cakap tak setuju. Oh, sangat mengejutkan orang lain tapi bagi aku tak mengejutkan pun sebab it's normal. Kalau ada yang setuju mesti akan ada yang tak setuju, asam garam kehidupan. Bila orang terangkan kat dia, dia pun komen lagi.

~ klik untuk lebih jelas ~

Ya, dia memang tak setuju tapi korang jangan marah dia. Dia tak setuju bersebab. Dia tak bagitahu kenapa dia tak setuju, or mungkin ada tapi aku tak baca. Meh aku nak tolong ulas. Ya, follower tu kadang-kadang penting. Kadang-kadang ya. Follower ni menunjukkan pada semua orang yang blog kita maju. Blog kita berjaya. Blog kita mampu tarik perhatian orang lain. Blog kita menarik sangat hingga ramai yang nak follow dan blog kita hebat. Kita akan jadi blogger famous kalau blog kita ramai follower, traffic pun automatik akan melompat naik tinggi-tinggi.

Tapi follower tu tetap tak penting sebab follower tu akan buat blog kita ramai haters. Hahahah, tapi aku suka haters, ada tak yang sudi datang jadi haters kat blog aku? Heheheh..

Yang penting disini aku nak bagitahu, follower tu tak penting walaupun follower tu menunjukkan blog kita maju tapi tak ada hasil pun sebab tak semua follower tu baca blog kita. sekian.

P/S : Moral of the story, jangan kejar follower sangat, kejar traffic tak pe tapi jangan melampau sangat hingga dunia luar korang lupakan. Traffic tu pun kadang-kadang tak penting. Hehehe, tapi bagi blogger, traffic tu penting dan bawa kejayaan. Kan ^_^

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

14 orang doakan kunci locker berjaya:

nurul diana said...

ada org pkse aq follow, aq follow je blik , kesian la plak

CikTeddyCorner said...

i agree..yg pnting cik sonok berblogging..eh2,blog cik pon ade cerpen..jom la bace..hihi

Sara Shaari said...

tu la..kadang2 follower rmi pon, yg bce blog kte slalunya bkn dri kalangan followers..kuang ajaq noh..kadang2 kesian ble org dh follow kte, then suruh kte follow blek..:(

kunci locker said...

haha...follower tak penting...yg dah follow then suruh follow blk tu yg aku tak suka..kdg2 aku tak folo blk..nyampah..tp sbb kesian aku folo la..geram thu tak...grrrr...

Muktasim Blog said...

hahaha... benda ni pun jadi isu ke... biarkan mereka dengan labu-labunya.. :p

speak on mind said...

Aku lebih hargai orang baca entri yang aku tulis berbanding follow blog aku tapi tak pernah2 dibaca nya entri tu...Sebab tu aku tak ramai followers :-(

nini said...

lain orang lain cara dorang inteprete 'kejayaan' tu...=D

Anonymous said...

dua2 pun sama penting..sis lebih prefer komen sbb:
sudi la baca ni ye cik awk:

http://blogsigadis92.blogspot.com/2011/08/mana-lagi-seronokfollower-ramai-ke.html

zanafahmi/PB said...

akak tak pernah suruh org follow balik, tu sebab blog akak tak ramai follower....akak pun tak popular mana, tak kesah la....kita berblog utk kongsi apa yg kita ada dan utk rujukan dimasa akan dtg....
seronok ke follower ramai? ada masa ke nak jengok follower yg ramai tu?

Anonymous said...

berblog kena tenang kena perlu jadi kusut plak sebab nak kejar populariti... kat alam maya je ko dikenali tapi kat kedai kopi belum tentu ada yang sapa ko...

izzah zubir said...

biar tak femes di kalangan penghuni dunia tapi femes di klngn penghuni langit... cecehh bermadah plak..hehe

manisnya aein said...

sya setuju ttg tu.kita menulis utk kepuasan diri, mencurahkan ape yg dirasa saat itu. bukan mengejar yg laen.

Paradise Gal said...

satu lagi isu, selalunye follower yang da smpi riban-riban takkan nak follow blog yg cume mempunyai follower puluhan je. tak semestinye follower bnyk, blog bgs. ade je yg sy tengok, blog cam hampagas alagapas tapi follower riban-riban jugek. so.. follower tak penting, yg penting penulisan kite tu kene ade gaya mutu keunggulan. renung-renung kan dan selamat beramal.