page kunci locker

Wednesday, July 27, 2011

sambungan manager 'mesra pelanggan'

Assalamualaikum

hah.. tak nak la aku panjang2 cerita.. ampa semua dah baca kan entri yang lepas.. yang mana?? ala.. yang manager tu.. tak kan tahu? yang ni la... MANAGER SINI ! ~~

hah.. cerita hot yang tu la.. yang pasal pizza tu.. aish.. semalam aku cakap kita orang nak pi berunding baik2 kan? nak pergi berdamai.. ya.. kita orang telah pergi ke sana untuk berdamai.. ni hah aku nak bagitahu ni.. panas ni..

masa sampai tu.. kita orang tengok.. peh ! pizza tu sunyi.. adalah beberapa orang kapel jek yang ada makan kat situ.. eh.. pelik.. apasal tak ramai orang? adakah sebab pergaduhan hari tu ataupun sebab hari selasa orang bizy?? tu pekerja kat situ jek yang tahu.. hahaha...

~ehsan pak google ~

kita orang dengan selambanya pi cakap kat akak trainee yang dok depan tu.. nak jumpa manager.. luckly dia faham dan terus panggil.. then.. kita orang masuk dengan selambanya pilih tempat hari tu dan duduk dengan kedudukan hari tu.. wah.. memang kita orang cari pasal..

then sorang akak yang cuba damaikan kita orang masa pergaduhan dengan manager dia hari tu datang bawa menu untuk order.. truly.. kita orang memang tak nak makan sebab tak de selera tengok pizza tu.. grrr... then 15 minit dah tunggu tapi orang yang call tu dan manager tu tak datang pun.. kawan aku pun soh la panggil sebab kita orang nak cepat.. ok.. dia orang datang.. mulalah 1 kisah...

manager tu datang dengan seorang lelaki yang merupakan bos dia.. yang sememangnya dah nak kena pindah ke perak tapi sebab kita orang.. dia terpaksa datang.. anak buah dia buat hal kan.. 

yang perempuan tu terus minta maaf atas salah dia hari tu.. then, kawan aku ni cakap la.. tapi perempuan ni macam nak cover sesuatu.. dia cakap gak masa kawan aku cakap.. dalam hati aku cakap.. eh dia ni.. tak ada adab ke orang nak cakap.. aku pun "ehem2" bagi isyarat.. then dia senyap..

kawan aku cakap dan cakap.. ok.. perbualan tu tamat dengan perdamaian yang memuaskan.. tak cukup puas hati aku sebab dia cuma minta maaf macam tu jek.. aku pun sempat bersuara gak.. sebab alasan perempuan tu bersikap begitu kat kita orang adalah sebab dia kurang pekerja.. pelanggan ramai.. dia tension.. truly aku cakap,. dulu masa fom 5.. tiap2 minggu aku turun makan pizza.. tiap2 minggu hari ahad yang sibuk masa kat johor dulu.. peh ! layanan dia memang mantap.. pelayan sentiasa senyum.. masuk jek pizza.. walaupun ramai orang.. chef dalam tu yang mana nampak kita orang.. dia keluar sambut kita orang bawa pi tempat duduk.. johor memang the best !

  
~ ehsan pak google ~

pelayan dia tak pernah pun marah malah senyum jek walaupun aku dengan membe aku kacau dia.. siap cancel menu dan tempah lain.. dia relex jek.. jadi.. alasan perempuan tu memang aku tak boleh terima lansung.. sila jadi profesional ye...

kita orang pun berdamai dan semuanya kembali macam biasa.. then kita orang pun blah.. simple.. tak de gaduh2 lagi dah.. tu jek.. ^_^

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

6 orang doakan kunci locker berjaya:

Anonymous said...

bagus la....kita pon da nk puase,raye pon xlame lg,elok la berdamai sesama islam.....

sYafIk-wAy said...

ko tuh emo sgt , hahahaha

Farrah yong said...

ala . mana agenda kita orang semalam . yang smpai nak cili2 mulut orang tu . adyai . tak saspen betol la . hahahah ;p *semngat berkobar2 taw ;)

Jenny Pa-un said...

hohoh alasan yg x munasabah tol la perempuan tuh huhu btw sbr je la x lama lagi dah nak puasa x elok gaduh2

Hun_eyes said...

dye cuak cuak ahahha.. ;p

eja said...

haa dpn bos tau plak nk mntk2 mf kan..cuak ler tu..pecat jep!haha..