page kunci locker

Tuesday, May 31, 2011

~ nama aku ! HAK aku ~

Assalamualaikum


hahai.. hahaha.. 3hari tak update.. rindu kat aku tak?? ops.. mesti tak de yang rindu ni.. sadis.. hahaha... yela.. siapalah daku di mata mu.. cewah.. giler lah ko kunci locker ! hahah...

straight to de point terus.. semalam ada sorang akak dan sorang abang ni.. punya lah beriya-iya nak tahu pew maksud sebenar nama aku ni dan kenapa aku pilih nama ni.. aiyaa.. aku pun tak tahu la.. sesiapa yang ada datang blog aku 10 tahun yang dulu.. tahu la kenapa aku pilih nama ni ! hahah.. dem ! ok aku tipu.. hahaha.. blog ni baru lagi.. lom sampai setahun pun.. wakakak.. kalau korang tengok 1st entri aku.. dalam tu ada la.. tapi dalam tu sebenarnya aku menipu.. hahaha.. aku tak bagitahu kenapa sebenarnya aku pilih nama ni.. huhu..

sekarang sebab dah ramai sangat tanya termasuklah akak dan abang di atas tu.. so.. aku pun tulis jek la.. hehe.. ok.. nama ni sebenarnya ilham yang aku dapat dari Allah dan kunci locker bilik aku sendiri.. aku nk wat blog.. fikir punya fikir.. yes.. dapat nama ni.. mesti top dan meletop r.. hahah.. terbukti nama ni meletop sebab aku baru sahaja blogging 4ari.. aku dapat follower dah 100 lebih.. fuyoo... yang tak boleh blah.. baru jek 2ari blogging.. ada sorang blogger yang dah femes sekarang ni.. die minta aku watkan header.. peh ! nama ni memang terbaek r wey.. tapi lepas tu aku stop blogging.. so.. tak naek lah follower aku.. sekarang dah mula balik sebab kawan2.. naek la sikit.. haha...

~ gambar hiasan ~

sebenarnya kunci & locker ni ada maksud tersendiri bagi aku.. kita mulakan dengan kunci.. kunci ni apa yang korang faham?? kunci cuma sesuatu alat yang korang guna untuk membuka atau mengunci barang laen seperti mangga, pintu, locker, dan sebagainya.. tu pemahaman dari akal fikiran yang tak fikir luar dari kotak.. bagi aku.. kunci ni mendalam maksudnya.. kunci ni penyelamat.. cuba korang bayangkan.. 1 ari tak ada kunci.. macam mana barang korang?? malam mesti korang tak tidur lena kan? sebab takut barang kena curi.. korang nak jalan pun tak tenang.. takut rumah masuk pencuri.. kunci ni la penyelamat.. kunci ni pelindung.. pembantu.. bayangkan la.. betapa bergunanya kunci ni.. jadi.. bagi aku.. aku nak jadi kunci ni untuk semua orang yang aku sayang walaupun aku tahu aku tak mampu.. aku nak jadi pelindung dan penyelamat semua orang yang aku sayang.. demi dorang aku sanggup mati dikerat oleh pencuri.. dikepit.. dicampak.. demi keselamatan dorang...


kalo locker pula.. locker ni 1 lagi benda secara umum maksudnya hanya menyimpan barang seseorang individu atau lebih dari seorang.. locker ni cuma barang yang diperalatkan untuk menyimpan dan bila individu tu jahat dan tidak puas ati.. dorang pecahkan pintu.. tutup locker kuat2.. macam2 lah.. tapi cuba gak fikir luar dari kotak.. locker ni penyelamat gak.. penyimpan yang setia.. kalo korang simpan barang makan sampai busuk.. berkulat.. locker ni ada tak bercakap.. or marah kat korang?? tak.. sebab die tak boleh cakap.. kalo boleh aku rasa korang tak nak dok bilik dah ! hahaha.. ok.. serius.. aku nak jadi macam locker ni.. tol2 macam locker ni.. penyelamat dan penyimpan yang setia.. tambah 1 lagi.. pendengar yang setia.. kalo kawan aku or orang aku sayang ada masalah.. aku sanggup dengar.. berjam2 korang nak cite kat aku.. cite la.. aku sanggup dengar.. korang nak nangis.. meraung.. marah.. semua aku akan simpan jek.. aku kan locker yang baek.. hehe.. aku nak jadi penyimpan yang setia untuk korang semua.. korang ada masalah jangan simpan dalam hati.. meh cite kat locker ni.. locker ni akan dengar dan simpan dengan setia walaupun berat.. walaupun korang nak lepas marah dan hina locker ni.. aku akan simpan.. aku tak nak jadi aku yang dulu.. aku nak jadi locker.. baek jek.. sabar dan penyayang.. semua orang leh cite n caya kat aku..

hah.. dah fahamkan kenapa aku pilih nama ni?? ni lah sebab kenapa aku pilih nama unik ni.. nama yang korang wat gurauan dan ada kala sampai macam hina dan permainkan nama aku macam aku ni tol2 kunci & locker yang tak de perasaan.. aku manusia gak.. aku ada perasaan.. kalo korang.. orang permainkan nama korang.. korang marah.. aku apa lagi.. walaupun nama aku ni hanya nick name.. tapi korang wat cam tu.. aku terasa tahu tak.. aku pilih nama ni sebab nak dekat dan rapat ngan korang.. korang ketawakan nama aku.. perli2 lak.. aku rasa cam hina sangat jek.. korang hina la.. perbodohkan lah nama ni.. tapi korang sendiri pun bergantung kat dua bende ni.. hina sangat kew dua bende ni?? korang tak de perasaan?? tak de hati perut?? bende ni punya la baek dan setia.. tapi korang amek ringan jek.. 1hari ti Allah bagi korang hilang kunci dan locker terkunci tak leh buka.. padan muka.. kalau Allah bagi pencuri kopak locker korang.. padan muka.. nangis pun tak guna.. hina lah bende ni lagi.. permainkanlah.. silakan...

apa2 pun.. 
renung2kan dan selamat beramal (^_^)

p/s : walaupun bende ni tak hidup.. hargailah sebab bende ni la penyelamat dan penyimpan yang setia.. Allah bagi korang bende ni.. bayangkan Allah tak bagi.. kat mana korang nak sorok barang korang?? fikirlah.. smoga korang dapat apa yang aku cuba sampaikan.. demi Allah.. besar jasa dua bende ni.. (^_^)

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

5 orang doakan kunci locker berjaya:

blackroses said...

kreatif pe nama ni

Muslimah Optimis said...

speechless... huhuhu.. mana ada akak hina nama kunci loker ni... tapi betul la apa yang dikatakan oleh cikgu wan tu..dua benda anta benda yang penting dalam hidup manusia.. :-D.. teruskan berblogging..

Qee Qee Laa Laa said...

i like la....
cun abes blog ni....
hahahhaha...
good luck!!

bact. said...

macam bangang je

kahkahkah

Ai-Sis said...

haha.ayat taching jaa.haha.rilek la bro.haha.adoii.