page kunci locker

Wednesday, January 11, 2012

perkataan "ek" orang johor?

Assalamualaikum


Majoriti penduduk Johor pasti akan menggunakan perkataan "ek" dalam hampir semua percakapan mereka. Tetapi tahukan anda bahawa perkataan tersebut hanyalah untuk situasi tertentu sahaja, bukan pada setiap percakapan mereka.

Hah, ayat skema lak.. Huhuhu, aku orang Johor pun tak tahu kenapa orang Johor suka guna "ek" dan macam mana kitaorang dapat perkataan tu.. Aku tak kaji lak, tapi aku agak sikit keliru dengan orang ramai yang bukan orang Johor tapi bajet jadi orang Johor, guna perkataan "ek" tapi tak reti guna pada situasi yang tertentu.

Entah apa-apa jer, perkataan "ek" tu selalunya orang Johor akan guna apabila dorang nak tanya soalan, sebagai contoh. " Korang makan apa ek harini? " " Asal ek aku tengok dia dah pelik semacam jer? "

Hah, kami guna untuk situasi tertentu jer. Bukan pada semua percakapan or pada situasi yang salah. Korang pernah dengar DJ bersiaran kat radio? Peh, geram gila aku dengar. Bajet nak jadi orang Johor tapi main-main dengan perkataan "ek" lak. Peh, panas-panas.. Rasa nak cepuk jer, nasib DJ, terkenal. Kang aku cepuk famous lak aku macam Adam Adli yang dok kecoh kat UPSI sekarang ni.. Huhuhu...

Ek, ek, ek.. Lu jangan main-main.. Hahahaha... Layan.. Sekarang dah tahu? Jangan cari pasal r.. Wa cepuk-cepuk lu orang, huhuhu..
So, sekarang jom guna "ek" dengan cara yang betul. huhuhu.. Dah tak tahu nak tulis entri apa, entri ni pun jadilah kan? Jangan terasa naaa... Peace, ^^v

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

14 orang doakan kunci locker berjaya:

Cik Ungu Kamila said...

baru tau perkataan 'ek' ni dari johor. tp sy selalu je guna w/pun sy bukan org johor. dah biasa kot :)

Admin said...

den org n9 tapi kadang2 cakap ek jugak hehe ini semua pengaruh linda onn la ni masa radio era femes dulu

[.ika itu aku.] said...

bangga ek jadi org johor...
OP KOS LA!!!!!!

Proud to be a Johorean..huhu

Anonymous said...

kenapa ek? HHAHA .

Cik Yuyu said...

alaaa.gtau la situasi yg mcm mane br leh gune ek.. klo xgtau, mane kami2 yg bkn johorean ni nk tauuuuu...~ *nk kawen ngan org jhor ek. hehe

Diari Si Froggie said...

aida pun dah terbiasa guna "ek" walaupun bukan orang johor.. hehe. 1 bahasa 1 Malaysia..haha

najwa's said...

hehe ye ke 'ek' tu bahasa johor? maap la ye baru tau, sebab slama ni kami-kami yang bukan johor ni pun, slalu jek guna 'ek'... :p

Miss Butterfly said...

ek? ek? hahaha

perkataan ek tu asal dari johor ek? eh? hahaha

Anonymous said...

org johor suka bahasa kan diri as kite,betul kan?

GKC

Unknown said...

aku penah dengar DJ tu cakap, dia cakap gini: Ok ekk ni Abg ekk nak bagi tahu ekk" kan kan? hahahah

AnakPakZohar said...

hahaha.. tau takpe.. menyirap ek tengok dieorang main2kan bahase johor.. huhuhu

andak bushro said...

ek? ek? sy skg org johor. tp knp sy ckp kedah eekkkkk?

ahmad karomie said...

haha ! even org ckp johor nih keturunan lanun . gua tetap bangga menjadi anak jati johor . disebabkan kesultanan kita nih dari keturunan lanun larh org xberani nak main-2 dgn johor .

Anonymous said...

singapore pun guna jugak...