page kunci locker

Wednesday, January 11, 2012

adakah orientasi masih diperlukan?

Assalamualaikum


~ ihsan pak google ~

Orientasi ialah sesi suai kenal antara seseorang individu dengan individu yang lain dalam situasi yang baru yang dikelola oleh individu lain yang sudah mahir dengan situasi tersebut. Sebagai contoh, terdapat dua orang individu yang datang mendaftar ke tempat baru dan harus terlibat dengan sesi suai kenal yang dikelola oleh individu yang menerima pendaftaran mereka.

Hah, faham tak? Tu dari apa yang aku faham sendiri, cari kat google apa itu orientasi, tak jumpa lak maksud asal dia. Ish, pak google ni, sedih tau kita... hahaha.. #gedik

Kenapa aku buat tajuk macam tu? Korang tak tahu ke? Sebabnya orientasi akan dibatalkan atau dikurangkan sekiranya dari 3hari kepada mungkin 1hari sahaja. Mengapa macam ni? Mungkin kerana ingin cepatkan tempoh pembelajaran atau jam kredit pembelajaran supaya tak lari.

Pada pendapat aku, memanglah kredit tu kena penuh, tempoh pembelajaran kena penuh supaya tak lari pembelajaran apa yang cuba cikgu sampaikan. Supaya cikgu tak terkejar-kejar untuk ajar, tapi orientasi ini tetap wajib. Sebab apa wajib, sebabnya orientasi ni kan sesi suai kenal atau sesi taaruf untuk pelajar baharu saling kenal mengenali antara satu sama lain atau untuk mereka biasa dan kenal alam sekitar tempat pembelajaran yang baharu. Kalau dikurangkan, dorang tak sempat nak buat macam-macam sewaktu orientasi.

Bayangkanlah kalau orientasi dikurangkan atau dibatalkan terus, apa akan jadi pada pelajar baharu? Tak ke lintang pukang dorang tu, sebabnya dorang mesti tak tahu mana koperasi, kat mana Blok A ke Blok B ke, dah tentu-tentu penat dorang nanti. Dorang pun tak ada masa nak kenal dengan senior dan beramah mesra.


~ ihsan pak google ~

Kalau orientasi tak ada, pelajar baharu semestikan akan makin kerap dibuli sebab dorang mesti dianggap sombong oleh senior, dorang mesti makin takut nak tegur senior dan macam-macam kemungkinan lagi akan jadi. 

So, wajar ke orientasi dibatalkan atau dikurangkan? Pendapat anda? Adakah anda mahu pelajar susah atau mahu mereka dianggap sombong dan dibuli oleh senior?
hanya pendapat insan kerdil, korang nilai sendirilah.. Peace ^^v

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

6 orang doakan kunci locker berjaya:

iAmCekbolat said...

selalu kat sekolah bdak2 form 1 lah kn.. hhe

Miss Butterfly said...

errrr... orientasi tu rasanya perlu walaupun agak membebankan sebab nanti sah2 la bergaul ngan budak2 klas snirik je kalo takde orientasi. kan? hahah

najihah sahami said...

sebelum ni ada orientasi seminggu lebih cukup je jam kredit...

Jemari MonteL said...

hye shayam.... rindu ko... :p

Woofer Storm said...

tak tahu pasal tu coz sy tak pena belajar tinggi sangat..hehee jadi ilmu pun tak tinggi mana pun...

slmt mlm bro^^

afzalsukasuki said...

orientasi xtually merapatkan antara senior dan junir..seyes.pengalaman aku since sekolah menengah sampai u :) tu apa yg aku rasa la..org lain aku tak tau