page kunci locker

Thursday, November 24, 2011

bergaduh hanya kerana tanda soal di facebook.

Assalamualaikum

Hah, korang tengok tajuk tu mesti korang pelik kan.. Rasa macam bodoh-bodoh jek pasal tanda soal pun nak gaduh.. Pelik kan? Tapi inilah apa yang berlaku di dalam facebook apabila dua orang penggguna akaun facebook bergaduh hanya kerana tanda soal..

Tanda soal ( ? ) adalah tanda untuk menunjukkan pertanyaan kepada soalan dalam penulisan.. Dalam facebook, ramai orang yang suka letak tanda soal yang banyak seperti ini ( ???? )... Penggunaan tanda soal yang banyak dalam facebook bukan menunjukkan tidak sopan, menjerit atau marah tetapi sebaliknya menunjukkan keterujaan seseorang kepada sesuatu yang membuatkan invidividu tersebut bertanya dengan terujanya seperti ( betul ke dia dapat 1juta??? ) selain itu, tanda soal yang banyak dalam penulisan di facebook menunjukkan sifat ingin tahu, pertanyaan yang benar-benar inginkan jawapan...

Apa yang jadi dalam facebook tersebut adalah apabila seorang individu yang dirahsiakan identitinya mengarahkan seorang kawan aku ( Maira Queen ) supaya berhenti menggunakan tanda soal yang banyak ( ???? ) kerana dikatanya tanda soal yang banyak itu tidak sopan dan menunjukkan Maira sedang marah sedangkan Maira hanya menaip dengan baik sahaja..

Aish.. Kan aku dah bercakap dengan agak skema di atas.. hahahaa.. Layan gambar~~~


Tengok, hanya kerana tanda soal pun boleh gaduh.. Budak yang tegur pasal guna banyak tanda soal tu sihat tak? Aku rasa ramai jek yang guna tanda soal banyak kat facebook.. Pertama sekali, facebook tu laman sosial bukannya forum atau karangan Bahasa Melayu.. Pelik betul la.. Kedua, dia siapa suka-suka nak arahkan orang lain berhenti buat apa benda yang dia tak suka.. Hanya sebab dia tak suka, dia nak marah dan paksa orang berhenti buat.. Pelik betul...

Kepada Maira Queen : sudah-sudah la tu, pelik la kalau kau layan dia.. Kau biar jek la, lagi kau layan lagi menjadi-jadi budak tu.. Lantak jek dia...
p/s : jangan cakap pasal sesuatu yang memang bidang aku kat aku.. memang aku bagi kau cukup-cukup.. tanda soal ni bidang aku, aku tahu la apa beza dan penggunaan dia dalam facebook.. cuba la baca guna intonasi yang betul.. jangan baca guna intonasi menjerit atau marah.. otak ko tak sihat ke???

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

8 orang doakan kunci locker berjaya:

CikEnon said...

orang yg tego pasal tanda soal tu mmg jenis yg suke carik gado kot. tp orang yang dok melenting pasal bende remeh temeh tu mcm budak kecik je. itu pon nak melenting. wat malu kaum je =___="

Muna rahimah said...

???????????????????????????????????????????????????????????????????????

*eh byknye tnda soal akU*

RinsyaRyc said...

banyak persoalan yang bermain di minda.. tanda seru kot lebih baik guna..

afzalsukasuki said...

mak aih..mesti si MQ bertengkar ngan cikgu bahasa melayu kot?tu minah sentap kot?letak banyak soal pon nak terasa.biarlah tanda soal dia..bukan amik dari si minah tu!

Chef Kampung said...

tak habes2...
perlu kerr???????????????????????????????
HAHA

Unknown said...

seriously, aku selalu tegur org yang guna bahasa sms dengan aku. kalau nak guna bahasa2 sms, lebih baik text aku terus. hahahahah

tapi ada certain part , tanda soal ni yg banyak memang tak menjadi masalah. yang selalu aku kena ialah, setiap ayat yang ditaip, hujung tu mesti ada tanda soal. sakit ati ke tak? hahahha

Ikam said...

lain orng lain pandangan..tapiiii..takkan arr kes tu pun sampai nk gadoh bagai..?

Jemari MonteL said...

sape tuuuu?? aku ker??? okbaiii :p