page kunci locker

Wednesday, September 14, 2011

salah seorang blogger famous like page guinness (arak)..

Assalamualaikum

PERINGATAN : Entri ini bukan entri menghentam mana-mana blogger tetapi aku dah try tegur blogger tersebut siap mesej beliau tetapi beliau tidak balas lansung mesej aku. Mungkin beliau sibuk atau apa-apalah. Aku bukan nak dedah kan apa-apa, cuma aku nak bagi kita semua peringatan. Tu jek. Jangan fikir lain. Ok, please.

Aku sangat-sangat terkejut apabila aku melihat benda ini di facebook aku. Aku tak sangka seorang blogger femes dalam kalangan blogger, nama disebut-sebut blogger lain, telah like page guinness (arak). Arak tu beb, dia sokong ke benda tu? Aku pelik. Aku tak fikir bukan-bukan. Aku inbox dia, aku cuba contact dia tapi dia tak bagi apa-apa respon. Mungkin dia pun tak sangka kot. Tapi sangat pelik la. Nak bukti? Tengok bawah ni.


Sorry, nama dan gambar ditutup sebab entri ini tiada niat untuk memalukan sesiapa pun. Aku pun bukan kenal  otai ni. Dah lama kot dia blogging, lama dia guna facebook, tapi tak kan dia tak perasan dia like page tu? Sangat pelik la kan. Dia orang melayu dan Islam, tak kan dia sengaja nak like? Pelik.

Mungkin dia tak sengaja. Mungkin kawan dia ada masuk contest bergambar page tu kot, kawan bukan Islam dia dan kawan dia tu minta tolong kat dia suruh like gambar. Dia pun tanpa tengok betul-betul terus like jek sebab malas nak layan. Nak jaga hati kawan. Mungkinlah kan.. Kita berfikiran positif sekarang.. Tak boleh nampak salah dia jek, dia blogger famous. Tak kan dia sengaja nak like, ramai friend facebook dia sampai friend dah tak boleh nak masuk lagi dan ramai like fan page dia. So, pelik la kalau dia sengaja like. Dia Islam dan aku dengar dia baik jek, tak mungkin la dia like dengan sengaja. Mungkin tidak perasan. Sebab macam aku cakap tadi. Nak tolong like gambar kawan agaknya.

Fikir positif adalah lebih baik tapi aku nak tegur, kepada blogger berkenaan, tolong la dislike balik bro. Kunci Locker tidak mahu bro terjebak sama. Dapat dosa sebab sokong benda haram. Kita sama-sama Islam, kalau ada yang buat salah, kita tegurlah dengan cara yang baik. Minta dengan cara yang baik.

Cuma aku nak ingatkan kepada semua. Kalau nak like mana-mana page tu sila tengok betul-betul. Kalau kawan minta tolong like gambar. Tengok dulu page apa yang kamu semua bakal like. Ini melibatkan agama, maruah dan pandangan orang lain pada kita. Bab halal haram jangan dibuat main kerana dosa besar. Neraka jawabnya. Tanpa sedar kita dah sokong benda yang salah. Renungkanlah.. ^_^
p/s : Eh, tiba-tiba kali ni aku tegur dengan cara baik.. Aku dah insaf ni.. Aku harap korang doakan blogger ni tak dapat dosa. Doakan dia tak salah, mungkin tak sengaja. Fikir positif,k.. Aku sayang blogger sekalian. Semua digalakan komen :)

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

16 orang doakan kunci locker berjaya:

Syafiq Salim said...

aku pun bukan kenal otai ni ?? LOL

Prince said...

bgus..tgur scra berhemah..n lebih bgus...PM die n bg link entry ni..:)

Miss Butterfly said...

dye tak pasan kot.. aritu sy pon ade TERlike page ape ntah.. taktau bile sy like.. pelik.. huuuu~

AZRI said...

oke..dah komen

http://ping.busuk.org/view/23177

Zul fattah said...

baguslah.. kira dah settle r kes yg sblum ni kan?
xpe bro.. mungkin lpas ni.. otai tu sedar r silap dia..

Farhan Hanif said...

tak silap aku page ni churp2 yang promote...mungkin ada yang share iklan tu sampaikan blogger tu terklik kot...=D

baik sungguh entri ni...hahaha

Izamir Ridzwan said...

dia ni seorang cikgu kan??

Unknown said...

IR....abislah....kantoi...hahaha...

azie esa said...

maybe ade sebab kenapa dia like tu, think positive :)

kunci locker said...

errkkk...IR dan PB ni pandai2 jek la...bukan2...blogger yg dimaksudkan dlm entri ni lbh femes lg...hahahahah

aBEL Rubella said...

aku kagum dengan kunci locker.. aku kagum!! dah tegur kalau buat bodoh jugak, aku tak taw la.. mustahil untuk seseorang blogger tak baca something kat inbox dia sendiri.. kalau dia ada reply, ko kasi update la ini entry yer kunci locker

Bloger x pemes said...

Aku setuju dengan abel. Xkan la dia x baca..
1. mungkin dia sengaja nk tunjuk otai kot.. "aku x takut la.. meh..meh..".. ekekeke
2. Mungkin ada kawan2 dia cabar dia.. Sebb ko dah inbox dia en.. tapi dia ignore.. Takan la dia MAHA bz sangat
3. Mungkin dia klik dia rasa macam oke jerp kot.. muahaha..

haiyoyoyoyo... x boleh pikir ka..

tapi kan bg aku la.. bg aku la... dia femes kot.. so segala tindak tanduk dia diperhatikan.. ur life is not yours anymore bila dah femes camtu.. muahahaha
aku harap blogger tersebut take action la walaupon aku sendiri x kesah pon.. IT YOUR LIFE....

tapi as a muslim aku salute la KL sebb berani tulis entri ni n tegur dia.. keep it up

:)

afzalsukasuki said...

oo sebab tu ke ko nak kontek dia?hmm aku pun terlepas pandang pasal ni.aku pun ada msg2 dia,tapi takde reply buat masa ni.aku harap dia takde niat lain apatah lagi terlibat dengan benda haram tu.mintak dijauhkan

Nyamuk Terbang said...

mcm mna aku bleh trlpas entry kau yg nie eh
erkk aku rsa kan dia nie msti spesis suka like mna2 page yg kuar

rizal said...

Assalamualaikum..

Rasanya tentang entry ini, saya pun ada permasalahan dan konflik mengenainya sebab masalah bukan pemilik akaun tersebut yang memang 'like' page minuman arak tetapi mungkin masalah viral facebook.

Ada kemungkinan besar, pemilik minuman arak ni membayar kepada viral facebook untuk servis mereka.

jadi kena berhati2