page kunci locker

Tuesday, September 27, 2011

kerana e-diary adikku #8

Assalamualaikum, dear diary.

Malam ini terasa sunyi sangat, tiba-tiba aku teringat kat arwah abah. Entah macam mana abah di sana. Ya Allah, semoga abah baik-baik sahaja. Semoga abah tergolong dalam golongan orang-orang beriman disisi-Mu, Ya Tuhan ku..


Alhamdulillah, semuanya dah kembali normal. Abah, kalau abah ada bersama kami sekarang mesti abah gembira, pasti abah akan tersenyum. Abah, ery dah berjaya selamatkan keluarga kita dari kesedihan.. Ery dah berjaya buat mama dan akak tersenyum kembali.

Abah, akak dengan abang Amin dah bersatu semula. Abang Amin berjaya pujuk akak, akak dah tahu yang sebenarnya perempuan tu saja nak buat akak dan abang Amin putus tunang sebab perempuan tu tak suka akak, dia gunakan abang Amin untuk buat akak terseksa tetapi setelah dia tahu dia penyebab abah pergi meninggalkan kami. Dia telah terangkan segalanya kepada kami.

Berat hati ini untuk memaafkan dia, abah. Mama menangis, mama tak boleh terima perbuatan dia itu, akak marah sangat. Tapi semuanya telah berlaku, sudah ditakdirkan bahawa abah akan pergi begini. Jadi kami telah maafkan dia walau berat dan sukar sangat untuk kesalahan ini dimaafkan. Kami belajar memaafkan perempuan itu dan kami harap abah tenang di sana. Abah, ery akan jaga mama dan akak selagi ery mampu. Selagi tiada peganti yang akan mengantikan tempat ery sebagai pelindung mama dan akak. Ery berdoa agar ery terus hidup untuk melindungi dan menjaga mereka berdua.

Abah, abah rehatlah sepuas-puasnya di sana. Kami harap abah juga dapat memaafkan perempuan itu. Ery harap abah sentiasa sokong ery untuk terus jaga keluarga kita. Ery masih tidak kuat untuk jaga mereka sebab Ery muda lagi. Maaf abah, setiap kali teringatkan abah, ery menangis, air mata ini tidak berhenti mengalir..

Oh ya abah, ery akan menduduki peperiksaan lusa. Semoga ery berjaya jawab untuk buat abah bangga. Dan ada satu lagi berita gembira. Akak akan nikah seminggu lepas ery habis PMR. Abah doakan kali ini tiada apa yang terjadi ya.

Ya Allah, kuatkanlah kami. Bantulah keluargaku Ya Tuhanku. Permudahkanlah segala urusan hidup dan mati kami sesungguhnya hanya kepada-Mu kami serah segala.



sincerely,

 ery
PART  9

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

6 orang doakan kunci locker berjaya:

Farrah yong said...

baru jumpaaa . saja nak menyibukkk ;p

Just Mini Love said...

:( tibe2 teringat kat arwah ayah ..

buzzi said...

part 9 bblom ada ye??? huhu hopefully nice ending....

yu ya said...

part #8 pun interesting! apatah lagi part2 before this. =)

Anonymous said...

part 9... ada smbgan lagi.. tggu jer la.. hehehehehe....