page kunci locker

Thursday, September 29, 2011

kau bagus sangat ke sms aku ugut-ugut?? blogger top konon !

Assalamualaikum

Hai pembaca blog, hari ini aku nak buat entri sentap sikit.. Luahan perasaan aku sendiri.. Aku sikit tacing dengan blogger famous yang SMS aku.. Opsss... Ok, aku cerita dari awal..

Semalam tengh aku tension cari berukband aku yang hilang.. Berukband hilang.. Sedihnya, kemanakah perginya kau ni sayang oi, tuan mu ini sedang bersedih pemergianmu.. Sekarang ni kalau nak online terpaksa pergi kelas.. Huhuhu... Ok lari topic... hahahah...

Aku tengah cari punya cari, alih-alih fon aku berbunyi, dan aku pun bacalah SMS yang aku dapat tu.. Eh, dari blogger famous, blogger famous yang merupakan kawan aku sejak sekolah lagi.. Fuyoo... Lama dia tak mesej aku ni tiba-tiba jek mesej.. Kenapa lak kan..

Tengah mesej baik jek tiba-tiba dia bangkit bab blog.. Aku ingat blogger dah famous ni tak nak cakap pasal blog sebab dah famous dan jemu, rupanya dia cakap gak.. Oh ya, korang kalau aku sebut nama dia korang mesti kenal punya la.. Blog dia, view setiap masa tak pernah jatuh, follower dah boleh tahan gak la.. Ribu-ribu dah.. Nak banding follower aku tu dengan dia.. Memang aku semput nak kejar sebab dia dah belas ribu.. Opsss... Tercakap..

Tahu apa dia cakap kat aku dalam mesej?? Dia marah aku pasal entri yang aku tulis ni.. SILA KLIK ! Yup.. Dia marah kat entri tu.. Salah ke aku bagi pendapat dan luahkan perasaan aku sebab aku pun terkena gak dengan blogger famous tu.. Dia tak mai komen pun entri aku.. Apa kes.. Aku hentam ke entri tu? Kalau aku hentam, aku cakap benda yang salah dan aku buat cerita sampai orang semua percaya dan benci dia.. Aku akan tulis nama dia terus, aku mention terus.. Tu cara aku hentam, tapi kali ni aku tulis baik-baik jek.. Salah ke?? Korang nak baca mesej dia bagi aku?? Nah baca bawah ni..

Aku siap snap gambar phone aku sendiri sebagai bukti dia marah aku, tapi nama aku tutup la sebab aku tak nak orang tahu dia siapa..


Hah, ni bukti dia marah aku sebut pasal blogger yang dalam entri sebelum ni.. Apa jadahnya nak marah aku? Aku bagi pendapat jek bro.. Salah ke? Aku nak minta dia jadi inspirasi blogger baru, jadi contoh yang baik.. Salah ke? Aku tak ada pun maki-maki, marah, mention nama dan buruk-burukkan nama dia apa lagi minta orang lain pun turut benci dia.. Tak ada pun, cuba baca balik entri tu... Nampak sangat ko baca tak habis or ko baca dengan kemarahan dan sentap ~~


Untuk pengetahuan encik kawan aku yang dah maju ya.. Aku dah lama stop hentam blogger lain, aku tak buat dah hentam-hentam blogger ni, aku dah malas la.. Cukup-cukuplah ko nak sebut pasal aku hentam-hentam ni.. Aku memang tak de nak hentam-hentam.. Sesi luahan perasaan adalah.. Grrrr ! Dan nak tanya la, apa hak ko nak hack blog aku? Ko siapa nak warning aku? Inilah jadinya bila blogger newbie tak ada kuasa / hak bersuara pendapat tentang blogger otai. Apa agaknya jadi kalau aku bawak mesej ko ni kat pihak berkuasa atas kes ugutan, apa jadi agaknya ya? Ko blogger hebat tapi akal ko cetek, nak ugut-ugut segala bagai.. Ko yang memalukan, ko buat macam ni, ko ingat ko akan dibanggakan? Apa kawan-kawan kita cakap kalau dorang baca entri ni? Lu fikirlah sendiri..


Aku punya sukalah aku nak tulis entri macam mana sekali pun, ko siapa? Kawan? Kawan ke bila ko cakap "kat blog, kita tak kenal antara satu sama lain?" Kawan ke ni? Aku rasa ko ni tak layak la jadi kawan dan taraf top blogger ko tu buang jek kat tong sampah sebab akal ko cetek ! 

Untuk pengetahuan encik kawan baik (nak muntah).. Aku tak pernah terlintas dalam kepala otak aku pun nak naik dengan nama ko, kalau aku nak naik dengan nama ko, dari aku mula blogging dulu lagi aku dah minta ko bagi aku traffic, dan ko ingat tak masa kita jumpa dulu. Masa tu aku baru belajar blogging, ko boleh cakap "ko belajarlah blogging, bro.. Ko tak kan pernah dapat lawan blog aku, aku tak update hari-hari pun blog aku traffic tinggi. Kat dunia blog ko dengan aku bukan kawan sebab kawan dunia blog aku dah ada"..

Ok, aku tak akan pernah lupa berapa kerek kata-kata ko tu.. Lebih kurang macam tu lah ko cakap dulu.. Ko cakap macam tu nampak sangat ko manusia yang nak senang jek, bila susah mulalah cari orang. Sorry bro, aku terima nasihat ko tak hentam blogger sebab aku memang dah stop, tapi cara ko nak hack la, warning la, kat dunia blog tak kenal aku.. Aku pandang ko sebelah mata jek.. Dan juga untuk pengetahuan ko, sekali jek aku pernah tengok blog ko sepanjang aku blogging ni.. Aku tak pernah tengok lagi lepas aku tengok hari tu...! Kawan la sangat macam ni...
p/s : Sorry entri luahan perasaan kali ni panjang sikit.. Apa pendapat ko tentang blogger top ni? Layak jadi kawan ke? Macam ni ke kawan? Korang fikirlah sendiri.. Aku no komen.. Kawan aku akan tetap jadi kawan aku walaupun dorang buat taik dengan aku.. Tapi kepercayaan aku.. Akan hilang kat kawan tu.. Renungkan kalau korang pun macam ni..

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

35 orang doakan kunci locker berjaya:

Farrah yong said...

erkkk , giler laa nak ugut2 bagai .

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

perghh berani toi sound derect terus ke fon tu hehe

Melin said...

Perghhh boleh masuk Melodi ni. Huhu.

AZRI said...

weh,nak no fon kau wehhhh

nak maki sikit..haha

kunci locker said...

hahaha...berani kan dia sound terus dr SMS kt fon..siap ugut2 lagi...hahaha

kunci locker said...

@azri johan : hahaha...nk no fon aku ke??inbox aku pat...ko maki2 aku pat...hahahha..

afzalsukasuki said...

aku ke yang ko maksudkan?aku mnyak tolong ko order tong gas je kat kedai pak tumin

kunci locker said...

afzalsukasuki : ni makannya kng...hahahha

TaufiqNazli said...

Laaa, aku bagi kau mesej macam tu yang kau nak tunjuk kat blog ni pahal. HAHA. Kesian kau kene hentam

Jangan risau lah bro, Ramai tolong kau. CHILL ma =)

Weii, nanti gathering join tak? IM aku kat facebook =)

Admin said...

Huhuhuu .. lepas ni aku pun nak hentam blogger popular ... ada sorang blogger tu ..memang popular la ...hangin ni ...

hehehe.... siap la kau blogger popular ...

- ini hanya ayat propa sahaja .. tiada kaitan dengan mana2 orang bernama blogger.

Tcca Anuar said...

kunci loker, mak tiqa kata kalau kita marah marah nanti muka mcm badut. kalau senyum buat relax jee, muka mcm sultan...


: aku tak tau betul ke tak.. mak kesayangan aku cakap.. sabar jelaa eh ;) peace..

Just Mini Love said...

pergh.. semakin panas nampak.. huhu..

scha cha said...

xbleh blah sgoh psai bkn kawan tuu..
ada eh cmtuu?

Naurah said...

errr tah pape jee manusia tu --'
x payah anggap kawan laa mcm tu ((:

tieka said...

fuyooo...siap ugut2 lgi...sapa lah blogger femes tu..ish2....

Farierahasanz said...

sabar jela.. nie laa nama nya dugaan dlm berkawan =)

Fahmi Mahat said...

aku baca pun rasa panas hati.

apsal 'kawan' kau tu, locker. tak patut betul.

yang berangan jdi warden asrama,


FahmiMahat

monologmalamhari said...

ntah pape je bro . ala ko jgn layan beb . org cmtuh geng2 org gila je . makin dilayan makin gila jadinya . hahaha

Miss Butterfly said...

erkk.. apehal ngan dye uh? tak puas ati ke ape? adoyaii..

nampak sangat dye tak faham erti persahabatan. =__='

Abang Long said...

Salam...dia tension la tuh kut? Mungkin entry tu timbulkan masalah. Lama2 nanti dia ok la tuh...akan minta maaf la tuh..tak payah la kita nak hentam2 orang lain yer? Rasa tak best bergaduh guna blog nih, macam sama jer yg berlaku kat ofis nun bergaduh guna e-mail...peace!

Nyamuk Terbang said...

la asal xtnjuk nmbr fon dia skali
leh aku super saver
okbai

Noraien said...

apehal sampai nak ugut2 ?entah pape jeee .

sabar jela ea :)

SyedGraphix Dot Com said...

eh hello. dia ingat dia sape?
kalau aku mmg tak hingin ngaku kawan dah kot -.-

@taufiqhelios said...

hellooo~ *tiru syed* aku rasa aku tahu sape dia..wakakaka...sabau je lah

kunci locker said...

korang semua tak perlulah teka or penat2 fikir siapa blogger femes yg SMS aku ni...dia tak nk ngku aku kwn..aku pun xnk dah sebut nme org yg kononny baik ni...thu nk tgur org tp cara macam sia*....

Fiq Fikri said...

next entry kunci!! aku dtg ni nk bce citer panas ahahahha~

Anonymous said...

err.. tak tahu nak cakaplah KL.. takleh main komen je, nanti dibaca dek 'orang' yang ugut KL tu, nanti naik angin pulak dia.. so, era just bace, tak nak komen2.. he he he..

Amie said...

Assalam Locker,
Kak Amie datang balas kunjungan & salam kenal. Sabar yea...

nurul diana said...

bajet bagus gilaa , ugut2 plak

RinsyaRyc said...

mesti best ko kawa dngn dia.. hikhikhik


http://bulatmata.blogspot.com/

Unknown said...

tak perlu gah...
hidup umpama roda... tak selalu berada di atas.