page kunci locker

Tuesday, September 27, 2011

follower dah puluh ribu tapi tak reti nak komen entri, damn !

Assalamualaikum

Hai, lama aku tak buat entri emosi tahap bangang aku ni kan.. Hahaha.. Pertama sekali kalau korang nak baca, aku nak ingatkan dululah ea.. Entri ni bukan entri nak hentam mana-mana blogger pun. Entri ni hanya pendapat dan luahan perasaan aku jek.. So, kepada sesiapa yang terasa or fikir aku nak hentam tu.. Sorry la ya..

Ni aku nak cerita la pasal sorang blogger yang boleh tahan famous la.. Famous kot.. Aku pun tak tahu la.. Blogger baru mungkin tak kenal dia ni.. Tapi nama dia tak habis-habis jadi sebutan dalam setiap perbincangan blogger.. Tak kira la kat mana-mana, kat group facebook ke, kat gathering blogger ke, apa ke.. Ramai yang sebut-sebut nama dia ni.. Aku jujur cakap, aku dulu respect la juga dia ni sebab dia maju dan kononnya dia banyak membantu blogger baru.. Tapi sekarang, aku tak respect dah dia ni.. Sorry to say that i hate him now..

Kenapa aku benci dia? Suka hati aku la.. Hahaha.. Aku tak suka dia sebab dia ni kerek dan bajet gila ! Kalau korang ingat, aku pernah buat entri pasal dia ni, tapi entri tu aku dah delete.. Lantaklah kalau dia tahu aku delete pun sebab aku dah meluat kat dia. Aku mula tak suka dia bila aku dengar macam-macam cerita pasal dia ni.. Macam-macam..

~ehsan pak google ~

Antaranya dia sombong bila terserempat dengan blogger, tergugat bila orang kutuk dia, dia cepat-cepat buat entri untuk selamatkan nama dia, bajet naikkan blogger baru tapi hakikatnya dia tak naikkan pun sebab dia tak pernah pun komen entri blogger baru.. Walaupun blogger tu tulis pasal dia tapi dia tak datang komen.. Kalau dia tak tahu tak apa lagi.. Ni kalau blogger baru tu siap bagi kat wall dia, kat inbox bagitahu yang dorang tulis pasal dia yang famous ni.. (nak muntah).. Tak juga dia datang komen.. What the hack?? Grrr...

Ko tu dah famous, ko nak cakap ko tak ada masa nak komen. Habis ko update blog hari-hari tu apa?? Ko update satu hari berapa banyak entri tu ada pula masa. Komen yang mudah pun tak boleh nak komen ke? Kalau ada blogger tulis pasal ko, paling tak pun ko datang la komen "eh, ada nama saya la.." tak pun "terima kasih"... Komen la macam tu.. Ko tak baca pun tak apa, sebab dengan komen ko tu boleh naikkan inspirasi blogger baru untuk terus naik dan maju..

~ehsan pak google~

Ni ko tak komen, ko tak datang baca.. Kalau baca tu bagi la tanda ko baca. Komen entri tu.. Kalau takat like button facebook kat entri tu, aku pun boleh.. Kadang-kadang kita tak buka pun entri tu, kita like dari yang dia ping blog pun dah boleh ada tanda like kat blog dia.. Dan lagi 1, kalau blogger tu tak friend dengan ko kat facebook, mana dia nak tahu ko like.. Hampeh..

Ko dah maju, apa salahnya ko naikkan semangat dan inspirasi blogger baru dengan komen ko kat blog dorang.. Aku tak minta ko komen blog semua blogger pun, cukup memadai dengan blogger yang tulis pasal ko jek.. Kalau terlalu ramai sangat tulis pasal ko baru la ko boleh bajet buat entri cakap ko terlalu bizy.. Kalau dorang minta ko tulis pasal dorang tu lain cerita nak cakap bizy dan banyak lagi info nak buat.. Ni suruh komen pun susah.. Ko buat blogger baru terasa..

Pada pendapat aku la, kalau ko nak lebih maju dan tiada haters, silalah berkelakuan baik. Anda tu dah maju, anda sentiasa diperhatikan.. Blogger famous memang selalu diperhatikan.. Tak suka gila.. Atoi.. Grrr... Tak nak famous la macam ni.. Nanti diperhatikan.. Damn it !
p/s : Puas hati dapat luahkan pendapat aku.. Lantaklah ko famous pun, aku tak takut.. Aku tak cakap lagi apa yang buat aku terasa dengan ko, aku tak cakap sebab aku buat entri ni sekadar pendapat.. Bukan nak hentam pun.. Layan~~

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

35 orang doakan kunci locker berjaya:

faizlaster said...

sape bro...habaq mai...

Pendamba Mawar said...

aku ke?aku kan fames..otai..follow beratus ribu.haha..:)

setuju ngan entri ni

SheyPull said...

perh....SIFU....nak .com jugak leh x?
ko bayar...:P

asik2 x puas hati...
nie yg buat aku panas nieh.>:


JOM singgah blog saya nak...My Convocation Day 2011....xnak tengok ke?

AnakPakZohar said...

sudah kenal sama ini langsi blogger . hahahaha.. =P

aydah ahmad said...

hohohoho . untunglaaa pemessss .

feveret aku biskut famous amos :DD

♥nyeto89♥ said...

pergghhhhhh sentap. hahahaha

Melin said...

Macam kenal je blogger yang digembar-gemburkan ni! Huhu

A D M I N said...

hahaha, panas2... rasa2 mcm kenal jer blogger yg femes amos tu... :D

Nyamuk Terbang said...

weyh aku xnk tuduh spa2
lbih baik kau bgtaw
hoho

Unknown said...

Salah pandangan ko tu, tapi tak apa nanti aku explain dlm blog aku yg tak famous ni (",)

www.anastasyea.com

kunci locker said...

anastasyea : Ok,,cepat sikit explain...nk thu gak..hehehe...

#tahu ke siapa blogger yg aku maksudkn ni??errrkkk

kunci locker said...

korg semua jgn pki tuduh jek ea...aku tak mention sesiapa...hahaha..

Unknown said...

betol tu. hahah sape la blogger tu. aku tak tahu ler. Jarang duk update pasal sape feymes ke tak hahah..wat kepala sendiri je

Perantau Sepi Nolove said...

sape erk? biorkan lah.. janji dia x kacau kita..

http://alkisah-nolove.blogspot.com/2011/09/titanic-2-full-movie.html

anGah said...

wow.. entry ang ni semua pedas pedas eh.. semua yang ang tak puas hati semua nak update.. jaga jaga.. jgn sampai ada buat entry pasai ang pulak.. huhu..

vendoline said...

hahaha pefdas giler ..sape terasa mmg kaw2

Anonymous said...

sabo je lar kunci loker ek~~
dan senyum selalu, baru hilang perassan marah tue :)

Farrah yong said...

macam aku kenal jew blogger yang kau ckp nie T_T

Fiq Fikri said...

control basi la ko ni kunci ahhahahaha :) tahu dah sapa

kunci locker said...

fiq fikri : aku cr bukti dulu...lama tau aku cr bukti...akhirny bru kluar entri ni...hahaha...sbb tu dah basi sbb dah ad yg buat entri...hahaha...semua knl siapa blogger yg aku maksudkn...tp aku mmg tak mention...korg fhm2 sdri...hahaha... :P

Admin said...

Blogger femes .... hmm memang akan diperhatikan. Siapa2 yang somebody pun akan diperhatikan. Walhal bersin sekalipun si blogger femes, akan ada yang buat entri ...

Sib baik aku lom femes cam kunciloker ni ... hehehe... aku cuma popular je di mata sendiri .. huhahahahaha.. hakkkk ptuii ....

Unknown said...

blogger yang tak boleh ditegur tu ke??
kalau betul dia,akak pun meluat dah kat dia..
dulu mula2 tak kenal lagi sikap dia tu,sekarang dah tau,jadi menyampah sangt2..

Rosalia said...

sy ske perhati blogger femes:) kehkeh
ske komen dan buat contoh.

roha said...

eee geram betul. patut saling komen mengomen la baru la terjalin ikatan ukhwah sesama bloggers ( cewah hehehe..)

monologmalamhari said...

mcm nk kenal je . tapi tanak tuduh . heeh :)

Just Mini Love said...

sape2.. ?

nak tau gak.. hehek

Rien Rose said...

nak tau gak!! nk kate rien.. orang pon xkenal hahahahha

Mambang Terbang said...

tentang aku ke ni xD opsssss...hahaha...lawak je :)


http://violencexx.blogspot.com

Unknown said...

hebat entri ni , klau komention nama die , lagi hebat , kehkehkeh

kunci locker said...

tengku nizam : kng jd kes hentam lak...hahahah

Unknown said...

assalamualaikum... tiada faedah langsung...adalah lebih baik sekiranya kita memberi tumpuan terhadap dunia dan isu2 semasa.. yang bnyak memberi pengajaran kepada umum..

Unknown said...

famous tak semestinya terbaik...

Anonymous said...

Salam..singgah sat mengomen, saya blogger baru yg followers ciput je...Entry kali ni saya sokong Kunci Locker, sekurangnya kalau blogger tu dah bgi link kat blog dia ertinya dia suh viewlah tu, ucaplah TQ ke, macamlah susah amat...Kata suh buat entry, lepas tu tag header blog, pas2 suh tinggal link kat komen dia...ish2, jenguknya tak pun...alahai..nampak sangat ANDA TU MEMPERGUNAKAN BLOGGER LAIN. Malas nak cakap banyak, ada aku kesah???

Azza Azman said...

follower beribu ribu puas jugak kalau nak komen. Setahu saya dia follow blogger baru. baguslah u. blogger famous lain ada nak follow? xde...