page kunci locker

Sunday, September 18, 2011

atas permintaan anonymous dan semua, kunci locker tutup blog !

Assalamualaikum

Hai pembaca yang baik hati, yang sentap, kaki kipas, kaki report, yang busuk hati.. Hah, ramai betul pembaca aku kan.. hahahaha... Ok, malas nak cakap banyak.. Aku nak beritahu korang semua sesuatu yang memang berat bagi aku untuk sampaikan..

Kunci Locker akan tutup blog !

Ya, aku akan tutup blog aku.. Sebab apa? Sebab aku ni lurus bendul... Aku ni jahat suka hentam orang.. Aku ni kaki sentap.. Aku ni buat dunia blogging jadi huru hara.. Semua la ada kat aku ni.. Aku kalau tulis hentam orang aku akan printscreen untuk malukan dia dan aku sendiri, aku siap mention dan aku backlink.. Aku buat semua.. Aku buat sampai orang benci aku.. Aku buat pembaca setia aku lari bila aku buat entri hentam tu.. Damn kan aku ni.. Tak guna..

~ehsan pak google ~

Hmm.. Aku sayang gila blog aku ni.. Aku dah lalui macam-macam kat blog ni.. Melalui blog aku kenal ramai kawan, aku jumpa pelbagai jenis orang walaupun dalam dunia blogging ni just melalui internet tapi aku tetap dapat rasa macam-macam jenis perangai kawan.. Kawan online ramai yang lebih best berbanding kawan sendiri.. Dengan blog ni aku jadi berani, aku buat event gath SB yang cecah sampai 50++ yang datang.. Aku sanggup dari Muar turun KL, tidur rumah kawan.. Semua aku buat. Aku naik bas, aku naik train, aku lompat sana sini, kena halau. Semua tu memang aku tak kan lupa..

Aku minta maaf kat korang semua ikhlas dari hati aku ni.. Aku minta maaf salah silap selama aku berblogging ngan korang.. aku tak kan lupa pada korang yang sokong dan jadi haters aku.. Aku suka ada penyokong dan ada haters.. Sebab tu aku buat tak tahu jek.. Thank korang.. Aku dah mengalir air mata dah ni sebab kena tutup blog kesayangan,. Hmmm...

~ ehsan pak google ~

Aku akan tutup blog ni mulai malam ni pukul 12++.. Mungkin lambat sikit aku akan tutup blog.. Bergantung pada keadaan.. Hmmm.. Atas permintaan anonymous dan semua pihak yang tak suka aku sebab kaki hentam.. Aku akan tutup blog ni dengan rela hati walaupun berat hati ni nak tutup blog kesayangan yang aku sendiri tengok blog ni naik macam mana... Naik turun traffic dan follower, sakit penat nak mati aku sorang-sorang naikkan blog ni.. 

Traffic aku sekarang tak pernah jatuh.. Tinggi jek, sayang aku nak tutup tapi tak apalah.. Aku mengalah sebab korang semua yang tak suka blog aku.. Maaf.. Jujur ikhlas dari hati.. Hmmm..

Anonymous, sila la berseronok dan gelak ketawa sebab aku lurus bendul ikut cakap ko.. Aku akan tutup sebab kau.. Thank.. Selamat berblogging anonymous.. :)

p/s : semoga korang semua berjaya dalam berblogging ok, aku sayang korang semua.. Aku doa kan korang akan berjaya dengan cara yang baik.. Jangan jadi macam aku.. happy blogging kawan-kawan :)

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

31 orang doakan kunci locker berjaya:

Noraien said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ko bukak la der...bodoh betul ikut telunjuk anon yang negatif kat ko..demm ar ko cam ni..

Eyda Syahida said...
This comment has been removed by the author.
Eyda Syahida said...

sengetttt!!!!!! grrrrrrrrrrrrr

spywriter said...

tak mati kita dikeji
tak hidup kita dipuji

come on lah...semua dunia..
persetankan annon tu semua..
masing2 punya cara tersndiri..
TERUSKAN BLOGGER anda!!!
ni dunia maya....rileks la kawan~~

~ch@wi~ said...

bro..kuat kan smgt...jgn la sampai nk behnti berblog..ko cuma hntikan hentam2 org dah la...x pyh smpai nk tutup blog ni..aku pon suka blog ko ni...

Noraien said...

ehhh ngok,berani main2 ea..kau nie,rotan karang !


dermmm,aku tertipu !

tieka said...

HAHAHAHA..cehhh...sengal laa..haishh..nyaris2 kena tipu...=.='

Urzain Hussain said...

pleaassee dont say goodbye to ur blog..hahaha~

aydah ahmad said...

tamau laa beb ! aku baru jee kenal kau taukk ! btw aku senang kawn ngn kau JUST IGNORE , CAN YOU ? BE URSELF ! for what ikot kate org sedangkan diri sendiri g makan hati , aigoo . come laaa dude . cik anon bagai tuh act JELES . okayy aku cakp jeles -.-'' erghh ! tamau laa . ehh eh :((
aku nanges kang ! hmm . mama :((

Syarifah Ashikin said...

btulkah adk bhenti blogging.. jgn la mcm tu... jgn putus semangat adk.. up up.. biarkan org nak kata apa.. sbnr2 nya org x suka blog adk tu suka padahal.. setiap kali adk tulis enrty msti dia masuk n komen kan kan...jgn

Ku Azhar said...

hehehe..aiyookkk... nk ttup btl2 ke...

Anonymous said...

nak tutup tu tutup je lah, tak payah nak menagih simpati macam penagih dadah.

niamarlissa said...

serius weh ? aku grau jelah tdi .

Kucing Serius. said...

Entah entah Cik Anon tu kau.

Yuyun Ahmad said...

lepas aku baca sambungan entry kau, aku rasa macam nak hempuk je engkau dengan batang mop. kehkeh. tahniah lah wei. kohkoh

AdliaFarhana said...

aduhai bro,gua da kne ting tong

qhaizaa said...

nyesal tol aku baca sampai abis...caihhhh...!!!yennaaadeeyyyyy.....

Touya K II said...

Kecewa betul aku , ingat ko betul-betul nak tutup .

Lyssa Faizureen said...

adoyyyyyyyyy. TERKENA lagii . sekeh kangg. ehee :)

nolove said...

pedulikan je... dengki x abis abis.. hang menaip pon x guna dia nya jari..

yang penting kita happy..

bab bab hentam nie, x kan nak salahkan hang je.. lau anonymous tu berani, tunjukkan diri la.. asyik sembunyi kat belakang je..

azrijohan said...

BODOH...p lah klik link tu wahai readers sekalian...

tak sudah2 menjadi pembaca tajuk saja..fuck off *marah nie ;(

Anonymous said...

eee giler trafik ko locker...

azurin ramli said...

kunci locker : hmmm,aku baca entry kau tue.banyak gak tengok anon yg burtthurt.mungkin pada kau berlawak jenaka.tapi kalau setiap entry mengundang macam tue,tak nampak pun kat mana jenaka nya tue.mungkin aku rasa kau kena kurangkan siket 'jenaka' kau tue.sebab pada aku tak lawak sangat pun.hmm,sory kalau kau marah.aku bagi opinion je.kau tak boleh terima takpe.Kbye.


* aku tak nak jadi anon pengecut

azurin ramli said...

aku tak specific kan entry yg mana satu kan? dan aku tak sentuh pun psl 2blogger tue.kau cuba baca balik komen atas nie dan pahamkan betol2.bukak minda luas luas.biar kepala hotak tak sempit.wakakaka. tak boleh terima pendapat orang lain sangatlah tidak cool ye kawan kawan.

Anonymous said...

memang dah lame aku nak dengr ko cakap nie.. akhirnyee... yes... baguslah.. aku sokong ko 101% hahaha...

afzalsukasuki said...

aku dah agak..sebab ko rakan seperguruan aku!hahaha

kotak bulat said...

anon tu bukan ko ke?? pelik ramai beno tak suka ko.. femes ke?

Farhan Hanif said...

Damnnnnn...tertipu....grrrr~

cik Beskod said...

ok baru dpt baca sebab haritu blog nie privatekan?? huhu... cerpen e-diary tu bila nak sambung?? ce cter ce cter..