page kunci locker

Tuesday, August 23, 2011

sejarah lama blog aku...

Assalamualaikum

Hai kawan-kawan, hari ni aku terasa nak luahkan perasaan kat kau orang.. Aku rasa aku nampak blog aku dalam blog korang. Jujur aku cakap tetapi aku nampak benda ni hanya pada blogger-blogger baru yang baru nak naik dan pada blogger yang sedang gila nak menaik sekarang.

~ ehsan pak google ~

Kenapa aku cakap macam ni? Sebab setiap kali aku pergi blog korang, aku tengok blog korang masih baru dan follower tak ramai atau blog korang best tapi tak ramai follower, aku rasa aku terkena masa aku mula-mula blogging dulu. Thank korang sebab bagi aku nampak blog aku yang lama, bukan blog yang sekarang tanpa identiti. Dulu blog aku ada identiti sebab aku beri ilmu banyak, tulis kisah aku, kisah sedih, story sedih-sedih jek dan tak ada entri hentam-hentam orang. Sekarang dah lain blog aku ni. Aku tulis benda yang merepek jek. Dah lari dari identiti asal.

Tadi aku blog walking, aku nampak ramai yang masih baru dan ramai blog dorang best, good jek story yang disampaikan. Aku pernah lalui zaman korang ni walaupun aku pun masih baru lagi dalam dunia blogger, aku lalui zaman blog walking, zaman mula-mula naik, zaman melompat aku naik dalam masa yang singkat. Ni contoh entri lama aku. Aku dapat 100 follower dalam 4 hari.

~ehsan pak google ~

Untuk pengetahuan korang, aku tak ada follow blog orang. Aku just follow blog membe aku sorang jek yang ajar aku blogging. Membe aku yang mula-mula ajar aku blogging. Tapi aku masa ni gila blog walking dan sekejap jek aku dapat 100 follower, sebenarnya entri tu ditulis masa hari keempat aku dapat 100 follower, tapi hari keempat tu belum habis lagi. Habis sahaja hari keempat, aku dapat 100 lagi follower dalam masa 1 hari tu jek. Gila tak seratus lagi follower dalam sehari? Hahahah.. Tapi setiap yang follow aku, aku balas balik. Aku tak follow blog dorang dulu, aku just follow blog yang follow aku jek.

Sebenarnya masa mula-mula aku blogging, aku cek balik traffic aku banyak masa aku rajin blog walking dulu, traffic sekarang tak boleh lawan traffic yang dulu. Tak guna rupanya aku gila traffic yang dua hari, hari tu hingga aku menyesal sebab aku gila traffic. Hakikatnya aku tak boleh lawan traffic aku masa mula-mula aku blogging.

So aku nak cakap ni wahai blogger, tak guna kalau kita nak gila traffic tu. Dengar cakap aku, tak best lansung. Ko lupa dunia nyata adalah. Alam maya ni tak akan bagi kau apa-apa. Duit?? Dunia nyata lagi banyak duit, lagi pun duit bukan segalanya, amalan untuk ke akhirat nanti tu dah cukup ke hingga korang boleh duduk depan laptop, pc, ipad korang sampai berjam-jam?? Dah cukup amal? Solat 5minit pun tak sampai tapi duduk depan laptop lama boleh pula?? Aku dah rasa semua yang aku tanya korang ni dan aku rasa nyesal gila. 

So blogger, korang nak naik boleh. Tapi biar dengan cara yang betul, jangan gila traffic hingga tak ingat dunia. Jangan kejar follower sebab follower tak bawa apa-apa makna. Yang penting ilmu yang korang nak sampaikan tu. Entri tu menarik, best, top, perkongsian ilmu yang boleh buat orang guna sampai bila-bila. Tu baru sebenarnya yang penting, bermakna dan itu adalah kejayaan blog korang yang sebenar. Bukan traffic tinggi dan follower yang ramai.

Renungkan ya, kita naik sama-sama. Kita boleh maju sama-sama tapi jangan lakukan kesilapan yang macam aku pernah lakukan kat entri INI yang mana aku 2hari gila traffic tapi tak ada apa-apa pun. Hakikatnya aku kosong. Aku nak korang naik dengan cara yang betul. Niat yang baik akan membantu kita, Insya-Allah. ^_^
p/s : semoga berjaya jadi blogger hebat kalian semua. Ikut landasan yang betul, guna jalan yang betul ya. Good luck.

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

15 orang doakan kunci locker berjaya:

~Kirin Selama Perak~ said...

terima kasih atas pendapat dan tunjuk ajar ni,
:)

izzah zubir said...

perkongsian yang jujur..thnks yaww. :)

Miss Butterfly said...

awak awak.. dulu kan kite salu bace yang sedih2 je dari blog awak. pernah nangis baca entry awak yang sal mama awak tuh.. tapi sekarang blog awak dah meningkat, bervariasi. so, jangan cakap blog awak takde identiti. okela tu. keep it up oke?

pape pun, saya akan terus sokong awak. :)

kunci locker said...

~ kirin selama perak ~ :
alamak..otai dtg komen..hehehe...sama-sama... :)

kunci locker said...

izzah zubir : jujur adalah lebih penting..biar org nmpk btol2...ikhlas nak kongsi ilmu ni..hehehe

kunci locker said...

mas ahmad safwan : cari blk identiti blog ko...heheh :)

an nyek said...

haha..ini die komen dr ang senior...menurunkan sgl ilmu2 serta pengalamanya..terbaikk!!!

selamberK said...

mkana yg sunguh menyungguh dalam.haha

ericoanaci said...

terbaik juga dari kutooobamboo

kunci locker said...

heheh...thnk korg... ^_^

Asy Faro said...

hai kunci locker!
aku jumpe blog kau dr blog el(kickass show)..
salam kenal dr aku, asy faro.
tp sblom nie pn kite pnah berbual di sahabat blogger kejap pasal blogger2 baru spam link tu, dah mcm xpuas hati antara satu sama lain pulak masa tu(kalau kau ingat lagi la)..ape2 pun aku nak minta maaf kalau ade pape buat silap ke n lupekan je lah hal lame..mulakan hidup baru dan berbaik!!haha

btw, aku blogger baru je..nanti senang2 kau lawat lah blog aku=)
blog kau best n of course aku dah follow.
thanx jugak untuk info dan peringatan di atas yg bnyak mmberi aku panduan untuk brblog=D

Anonymous said...

setuju sangat.. walaupun kadang2 saya mcam lupe diri kejap layan orang bw kt saya.. bile bace balik entry ni ..rase macam malas dah nak layan and kejar-2 follower and bw yang sekadar letak nama dekat chatbox tu tapi tak amek kesah langsung pasal entry kite