page kunci locker

Monday, August 22, 2011

mencari sesuap nasi..

Assalamualaikum

Aku nak share sedikit story sebagai renungan bersama kita semua. Kisah ni mungkin akan sedih mungkin tidak, itu terpulang pada kalian. Layan ya, semoga jadi ikhtibar ^_^

******
mencari sesuap nasi...
~ ehsan pak google ~

"Abah, hari ni kita nak buka apa?" tanya iz kepada abahnya. "Entahlah anakku, abah sedang usahakan untuk kita dapat berbuka puasa hari ni. Abah nak pergi kedai sana tu untuk dapatkan kerja dan upah untuk kita berbuka hari ini." Jawab abahnya tenang.

"Ya Allah, semoga ada rezeki kami hari ini. Sudah dua hari anakku hanya buka dengan seteguk air dan sekeping biskut. Nanti anak ku sakit Ya Allah, bantulah kami" Monolog dalaman si abah.

Abahnya pergi ke kedai yang dimaksudkan tadi lalu terus berjumpa dengan tauke kedai yang sedang sibuk mengira wang. Anaknya iz ditinggalkan disebuah pondok bersama orang-orang yang juga tiada rumah. "Selamat pagi tauke, boleh saya minta kerja sini. 1 hari sahaja, untuk dapat upah buka. You bagi saya kerja apa pun saya terima." Tegur si abah dengan baik dan berbudi. "Haiyaa, lu mahu kerja sini ka? Tak ada kerja kosong la, pergi-pergi. Lu busuk ma, nanti pelanggan guwa lari tengok lu. Pergi-pergi." Halau tauke kedai tersebut.

"Bolehlah tauke, anak saya dah dua hari tak makan. Kesian kat anak saya tauke" rayu si abah. "Haiyaa.. Kalau lu mahu kerja, lu balik mandi tukar baju dulu lah. Guwa tak mahu pelanggan guwa lari. Dah, pergi-pergi." halau tauke itu lagi.

~ ehsan pak google ~

Si abah dengan hati yang kecewa berlalu pergi diperhatikan oleh anak tauke, Mei Ling. " Appa, kenapa halau itu orang? Bagi dia kerjalah. Kasihan sama itu orang." Mei Ling menegur tauke. "Haiyaa, kamu jangan nak ajar appa la. Dia busuk, mana ada orang nak bagi dia kerja." Kata-kata tauke itu didengari oleh si abah tetapi abah tetap sabar dan pergi. Hidup abah merempat dan dia terpaksa bawa anaknya bersama sejak dia jatuh bankrup kerana hutang yang banyak.

Abah tetap tidak putus asa demi mencari sesuap nasi untuk anaknya. Abah terus menerus minta kerja tetapi gagal dan akhirnya abah hanya nampak peluang dengan meminta sedekah di bazaar ramadhan. Abah tidak mahu lakukannya tetapi dia terpaksa kerana anaknya mahu makan. Abah terpaksa meminta-minta walaupun sebelum ini tidak pernah dia meminta-minta. Dengan meminta-minta, abah hanya mampu mengutip RM2 ringgt sahaja kerana bazaar yang ada itu hanya bazaar yang kecil dan tidak ramai orang.

Dengan RM2, abah hanya mampu membeli roti dua bungkus sahaja lalu pulang dengan kekecewaan kerana tiada lagi nasi untuk anaknya. "Abah, hari ni tak de nasi lagi ke?" Iz bertanya. "Ini sahaja yang kita mampu. Kita buka dengan roti sahaja ya." Kata abah sambil tersenyum walaupun hatinya perit terpaksa membiarkan anaknya buka lagi tanpa nasi. Iz hanya tersenyum, apabila masuk waktu berbuka. Abah memberikan rotinya kepada Iz kerana abah tahu Iz tidak kenyang makan roti milikny kerana Iz masih muda untuk faham peritnya hidup mereka. Abah hanya makan secubit sahaja.

Abah sanggup berlapar demi anaknya kerana kasih dan sayang abah kepada Iz. "Allah, dugaan yang kau berikan terlalu besar untuk anakku. Kasihanilah anakku Ya Tuhan. Dia masih terlalu muda untuk menanggung hidup sebegini. Bantulah aku Ya Allah untuk mencari sesuap nasi untuk anakku." Doa abah dalam hatinya. Mengalir air mata seorang hamba Allah dan juga seorang yang bergelar abah.

~ ehsan pak google ~

Hari-hari seterusnya abah tetap berusaha tetapi gagal. Masih lagi tiada nasi untuk dimakan oleh anaknya. Roti jugalah yang abah mampu berikan kepada Iz kerana nasi sangat mahal hendak dibeli. Semakin lama orang jadi bosan dengan abah yang menganggu pekerjaan mereka kerana ramai pelanggan di bazaar tersebut lari kerana bau abah yang busuk.

Satu hari iaitu empat hari sebelum hari raya menandakan kemenangan orang-orang Islam berpuasa dan bulan puasa pergi meninggalkan orang Islam. Abah datang lagi meminta sedekah kerana abah masih tidak dapat kerja. Dengan usaha yang tinggi kali ini alhamdulillah. Abah telah dapat membeli sebungkus nasi berlauk telur untuk anaknya Iz, sedang abah berjalan pulang. Terdapat sekumpulan remaja menghampiri abah lalu terus memukul abah tanpa sebab. Abah meronta-ronta, melawan dan cuba melindungi bungkusan nasi itu tetapi di rampas dan dipijak-pijak nasi tersebut. Abah menangis melihat perlakuan mereka kerana abah tidak dapat melawan. "Tolong jangan ! Nasi itu untuk anak saya, anak saya dah lama tidak dapat makan nasi. Tolong jangan. Jangan ! Kasihanilah kami." Abah merayu-rayu tetapi remaja itu semua hanya ketawa dan "woi ! Apa kalian buat pada itu uncle?!" Suara Mei Ling kedengaran lantang membuatkan mereka takut dan terus lari.

"Uncle ok?" mei Ling cuba untuk membantu abah bangun tetapi abah tidak mahu dan hanya mengesot sahaja kearah bungkusan nasi yang sudah habis kotor dipijak. Abah menangis, mengalir air mata abah. "Ya Allah, anakku sudah demam panas kerana lama tahan lapar dan tidak mendapat khasiat. Ya Allah, kasihilah anakku. Aku bersalah, kau bantulah aku. Aku ingin melihat anakku gembira. Aku bersyukur dan redha dengan apa yang terjadi tetapi berilah anakku sesuap nasi untuk dimakan."

"Uncle, tak apa. Biarkan itu nasi, saya belikan uncle nasi yang baru untuk anak uncle, saya ikhlas" Mei Ling  tersenyum. Abah hanya terkejut mendengar apa yang Mei Ling katakan dan terus setuju demi anaknya. Dan akhirnya hari itu merupakan hari pertama dalam bulan ramadhan abah dan anaknya dapat berbuka puasa dengan nasi.

Abah sudah dapat kerja di kedai tauke iaitu papa Mei Ling. Akhirnya hidup abah dan Iz kembali normal seperti biasa. Tetapi abah tidak pernah lupa kawannya dipondok. Tiap-tiap hari abah beri mereka makan dan akhirnya mereka semua telah bekerja dengan tauke kerana tauke telah besarkan perniagaannya.

Demi sesuap nasi untuk anak abah Iz, abah sanggup lakukan apa sahaja. Abah sabar di caci, dihina demi anaknya. Dan akhirnya kesabaran dan ketaatan abah, Allah berikan kehidupan yang bahagia dihujungnya.


Sekian~~~

p/s : Moral of the story, walau susah macam mana sekalipun kita, kita harus sabar. Kita harus redha walau dugaan sebesar mana pun yang mendatang kerana dihujungnya sentiasa ada cahaya untuk orang yang sabar dan tabah. Allah berfirman "apakah kamu mengira Kami akan membiarkan kamu berkata kamu beriman sedangkan kamu belum diuji?".. Allah akan memberi kita, cepat atau lambat itu terpulang pada Allah, yang penting usaha. Redha Allah sentiasa bersama kalian yang sabar menghadapi dugaan dari-Nya. Insya-Allah.

Lihatlah betapa besarnya pengorbanan seorang bapa untuk memberikan kamu makan walaupun sesuap nasi, cuba renungkan apa yang pernah kamu balas kepada bapa kamu? Abah tidak pernah meminta balasan apabila dia bekorban demi anaknya, yang penting kalian harus tahu, sayangi ibu bapa kalian selagi kalian masih berpeluang. Besar pengorbanan ibu bapa. Balaslah dengan memberi kasih sayang anda bila anda besar, bukan dengan wang ringgit kerana sesungguhnya syurga seorang anak itu terletak dibawah tapak kaki ibu. Dan anak yang soleh itu merupakan anak yang berjasa kepada kedua ibu bapanya. Tiada redha dari ibumu wahai anak, maka tidak ciumlah bau syurga wahai kamu anak. Renungkan.

sumber tajuk dari : the garang dot com / kisah itu dari aku sendiri. Sekian ~~
Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

6 orang doakan kunci locker berjaya:

Anonymous said...

sedeyh ..
T_T

nurul diana said...

kau asyik bg entri sdih je , sdih aq :(

FARIZA AINA said...

really touched..huk3..sedih~~~

PaK PiS said...

sesungguhnya ramai lg yg sush di luar sana..

kunci locker said...

entri ni khas buat sesiapa yg rse die dah cukup ssh...die dah cukup mlng...renungkn...

Anonymous said...

ye kita perlu sabar..