Assalamualaikum, dear diary.
Dah lama sangat aku tak menulis wahai temanku. Sebulan lebih dah berlalu, masa yang cukup lama aku tinggalkan kau diary. Masa yang cukup lama untuk aku harungi hidup aku dengan penuh cabaran tanpa kau sebagai penemanku. Diary, sekarang aku dah tak mampu nak menulis apa-apa lagi diary. Aku dah tak kuat.
Diary, aku dah jadi anak yatim sekarang. Abah dah sebulan meninggal dunia. Abang dah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Diary, hati aku perit, aku rindu abah, aku sayang abah. Kenapa abah begitu cepat pergi meninggalkan kami, kenapa.
Abah, abah aku sangat baik, penyayang. Aku tak kan pernah jumpa abah macam abah aku lagi. Tiada penganti abah dalam hidup aku. Allah, kenapa kau ambil abah dari hidup aku, hidup kami sekeluarga. Begitu cepat sekali abah pergi mengadap Kau Ya Allah.
Diary, abah dah tak ada. Mama dah asyik duduk termenung sahaja. Mama tak keluar rumah, mama asyik pakai baju putih dan hari-hari mama pergi pusara abah. Mama akan cium batu nisan abah setiap hari mama pergi, mama tak pernah tinggalkan abah sorang-sorang. Mama sanggup pergi pusara abah walaupun hari hujan, mama rindu abah. aku tahu mama rindu abah. Sekarang keluarga kami dah makin tak terurus. Mama dah tak buat kerja-kerja rumah seperti dulu lagi diary. Mama dah asyik termenung. Hari-hari kami makan masakan akak atau keluar makan, aku dah tak rasa lagi masakan mama yang sedap. Tiada lagi belaian dan gelak ketawa mama.
Akak pula asyik sibuk dengan kerja, akak pergi kerja pukul 6.30pagi dan balik pukul 6 petang. Bila dah balik, akak sibuk tanda buku, tanda kertas peperiksaan, pergi mengajar pula malam hari di pusat tuisyen. Akak dah sibuk. Akak dan mama dah tak pedulikan aku.
Diary, aku rindu abah. aku rindu gelak ketawa abah, aku rindu abah usap dan peluk aku. aku rindu abah tegur aku bila keputusan peperiksaan aku teruk. Aku rindu bila abah balik kerja bawa roti canai petang-petang. Aku rindu abah jadi imam kami solat. aku rindu abah kacau mama buat kerja di dapur. Diary, aku tak kuat. Aku tak sanggip lihat mama dan akak macam ni. aku tak mampu nak berjalan pergi pusara abah.
Diary, hari-hari air mata mama mengalir. Berdosanya aku sebagai anak kerana tak mampu nak menggembirakan mama aku sendiri. Abah, Ery rindu abah. Abah, kenapa abah pergi dulu. Mama dah tak nampak Ery lagi. Akak dah tak peduli Ery lagi.
Dairy, masa abah meninggal. Mama pengsan. Akak menangis, aku tak mampu nak tanggung. Aku hanya mampu duduk dan menangis. Diary, masa abah meninggal. Aku tak kuat nak papah keranda abah ke kubur. aku tak kuat untuk kucup abah. Aku melihat abah terbujur kaku, aku mandikan abah untuk kali yang terakhirnya. Badan abah terasa sejuk, pucat wajah abah. Aku juga yang menutup wajah abah dengan tanah semasa pengebumian. Diary, ajarlah aku macam mana aku nak bantu mama dan akak, ajarlah aku untuk kuat diary. Ajar aku bagaimana aku nak menanggung beban ini.
~ ehsan pak google ~
Maafkan Ery abah, Ery akan cuba untuk jaga mama dan akak. Ery doakan abah tenang di sana. Ery harap abah bersama orang-orang yang beriman. Dipermudahkan urusan di sana. Amin.
sincerely,
ery
6 orang doakan kunci locker berjaya:
sedih ye...hati nie mmg sedih bila baca...hurmmm...
sedih la...:(..
suke baca nie dari part 1 sampai sekarang :)
sob2 sedihnya hati ni bila membaca part 6 ni....
sungguh menyanyat hati *betul ke ejaan nie* =.='
sabarlah inie dugaan mak su saya mak dia meninggal waktu dia nak upsr...
x sabar menunggu yang seterusnye..
Post a Comment