page kunci locker

Thursday, August 18, 2011

kerana e-diary adikku #1

Assalamualaikum

Hari ni mulalah kisah yang aku janji selama ni.. Ini CERPEN aku ye, bukan diary aku.. Hehehe.. Jemputlah baca ya, semoga kisah ni buat hanya cerita tetapi memberi pengajaran yang bermakna kepada kalian ^_^

BERMULA :

Assalamualaikum, dear diary.

~ ehsan pak goolge ~

Hari ini merupakan hari pertama aku menulis diary, sesungguhnya aku tidak tahu apa yang akan aku tulis sepanjang aku menulis ini. Biar waktu yang menentukan segalanya. Segala apa yang terbuku dihati ini akan ku luahkan kepadamu diary ku, kerana sekarang kau lah temanku, kau lah sahabatku sehingga waktu aku lupa untuk menulis kau wahai diary. Andai aku meninggalkan mu sekian lama, itu bermakna aku sudah menemui kebahagian yang membuatkan aku lupa kepadamu.

Diary, kenalilah aku. Sayangilah aku seperti aku cuba untuk mengenali diriku. Aku seorang remaja yang merupakan anak bongsu dari 2 orang adik-beradik, aku memiliki seorang akak yang merupakan seorang guru bahasa di sekolah rendah. Bapaku seorang pekerja kerajaan yang berpangkat kerani sahaja manakala ibuku seorang suri rumah. Tahun ini aku akan menduduki peperiksaan PMR yang akan menentukan sama ada aku mampu memasuki sekolah MRSM atau tidak.

Tinggi menggunung harapan aku untuk masuk MRSM kerana itu juga merupakan harapan ayah dan ibuku. Diary, aku seorang yang pendiam disekolah. Aku tidak ramai kawan dan aku hanya bercakap dengan orang yang rapat sahaja. Aku takut untuk berkenalan dengan orang lain.

Diary, hari ini aku curahkan sedikit tentang aku pada kau. Lain hari akan ku ceritakan lagi kisah aku pada kau. Suka duka aku, akan ku kongsi bersama kau. Terima kasih diary kerana kau menjadi teman baru ku. Terima kasih. Sampai disini sahaja untuk hari ini diary, akan ku sambung lagi lain hari. :)

sincerely,

 ery

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

17 orang doakan kunci locker berjaya:

afzalsukasuki said...

ko baca diari adik ko?

Unknown said...

okla ni ;)

smpai skrg xreti tulis diari T__T

nurul diana said...

hee , da lme x tlis diaryy

kunci locker said...

ERRRKKK...korg2..ni cerpen aku ler...bkn diary aku...wakakakakaka

cik bulan said...

ahaha..npe x wat diaey betull..:D

kunci locker said...

cik bulan : xleh2..xkn diary btol nk masuk dlm ni...bhye r org thu kisah hidup...heheheh

Nyamuk Terbang said...

ceh bkn crta kau rupanya
spa ery tue

kunci locker said...

nyamuk terbang : ery tu hanya watak..dia la yg tulis diary tu...heheheh

Farrah yong said...

berangan jadi ery putra ke weyhhh !

kunci locker said...

farrah yong : sekeh kng...hahaha...tu nme sng org nak egt n sebut..sbb tu pki...hahahaha

Elie Lily said...

diari elie dlu bertahan 2 hari je! T_T

Anonymous said...

alamak tak sabar nyer nak bce sambungan cerpen nie,,

fadh leyanie said...

watak yg pendiam mmg suka tulis diary..nice story..

kunci locker said...

fadh leyanie : thank2..hehe..sbb tu buat watak tu pendiam..heheh

Anonymous said...

orang yg perdiam byk catat kan dirinya kat dairy... huhuhuhu