page kunci locker

Tuesday, August 16, 2011

begini ke cara berdakwah? hampeh !

Assalamualaikum
~ ehsan pak google tersayang ~

Dah lama aku perhati je, dari depan mata aku sendiri, dalam tv, dengar cerita orang dan pengalaman aku sendiri. Memang aku nampak ramai orang-orang kita ni SALAH cara berdakwah dorang tu.. Ada ke cara berdakwah dorang macam ni :

1) Berdakwah pada orang-orang Islam SAHAJA

- Pendakwah ni hanya akan berdakwah pada orang yang dah memang agama Islam sahaja. Kenapa ye dia hanya berdakwah kat orang Islam? Ye, orang cakap, sebelum kita tarik orang masuk agama kita. Kita kena betulkan orang seagama kita dahulu. Tapi patut ke macam ni? Habis siapa yang nak berdakwah pada orang-orang bukan Islam tu kalau bukan pendakwah-pendakwah kita? Nak tunggu orang-orang yang pendakwah kita ni ajar untuk pergi berdakwah? Nak tunggu orang-orang macam aku? Ilmu kita orang pun tak mantap lagi. Macam mana kita orang nak berdakwah? Boleh je, memang boleh kita orang pun tarik dorang masuk Islam, tapi kalau pendakwah yang pandai tak buat. Kita orang ni lagilah liat nak buat. Tak berkembanglah agama kita.

2) Berdakwah pada orang yang BERILMU SAHAJA

- hah, ni yang paling aku tak suka sekali. Pendakwah ni hanya nak berdakwah pada orang yang dah ada ilmu dan dah reti nak guna ilmu tu. Dorang fikir nak senang jek berdakwah. Contoh yang mudh, korang tengok cerita Nur Kasih? Dalam tu ada yang pak ustaz tu tak nak mengajar sebab anak murid tak tutup aurat dan duduk laki perempuan bercampur. Betul ke tindakan tu? Ya aku mengaku kalau kita nak belajar, kita kena ada adab baru senang ilmu nak masuk. Tapi kalau dah orang yang nak belajar tu orang yang betul-betul susah nak ikut. Tapi dorang ada hati nak dengar dan belajar. Salah ke kita bagi ilmu? Dalam Islam sendiri ada cara nak mengajar tu. Mengajar dengan cara berperingkat la. Hari ni kita bagi ilmu sedikit. Dorang pakai baju lengan pendek tukar pakai panjang. Esok bagi ilmu lagi. Dorang duduk pisah laki perempuan dan begitu juga hari berikutnya. Barulah orang tertarik nak belajar dan selami Islam, ni tak. Nak yang dah sempurna jek. Ish !

3) Berdakwah mengikut MOOD

- Pendakwah ni berdakwah ikut mood dia. Hari ni dia nak berdakwah dia akan berdakwah. Kalau dia tak de mood. Dia buat tak tahu, orang panggil untuk ceramah dia tolak, tak pergi.

4) Berdakwah mengikut NAFSU

- Yang ni paling teruk rasa aku. Sebab berdakwah ikut nafsu. Dia guna dakwah untuk kahwin ramai. Untuk dapat kepuasan dan mementingkan diri sendiri. Dakwah yang dia sampaikan tu entah orang dapat sebagai ilmu ke tidak. Allah jek yang tahu.

5) Berdakwah kerana WANG RINGGIT

- Yang ni berdakwah kerana duit dan pangkat. Kalau orang panggil ceramah berbayar baru dia pergi. Kalau tak berbayar dia tak pergi lansung. Kalau dia memang pendakwah yang terkenal dan memang orang bayar dia kalau nak bagi ceramah sebab tu kerjaya dia aku tak berani nak cakap apa sebab dia memang cari makan dengan berdakwah tu. Macam seorang guru. Tapi dia kena pandai juga, tengok. Kalau yang panggil tu hanya buat ceramah secara kecil-kecil, jangan minta bayaran banyak, sikit jek dah la. Tak pun suruh dia bagi seikhlas hati. Tapi orang yang nak bagi bayaran tu faham-fahamlah, tak kan nak bagi sikit jek duit kat penceramah yang hebat. Bagi ikut kemampuan dan sesuai. Kalau tak mampu jangan panggil ceramah hebat. Tapi pendakwah tu ada kala bagilah ceramah secara percuma, kan besar pahala. kan :)

6) Berdakwah secara PAKSAAN

- Yang ni berdakwah secara paksa. Jenis memaksa ni. Dia akan panggil semua orang yang dia nak datang kalau tak datang dia mogok ke, apa ke. Mungkin. Tapi dia akan paksa. Sampai orang pun jadi tak selesa.

so, korang dah nampak? Macam tu ke kalau nak berdakwah? Tak patut. So, fikirlah sendiri cara berdakwah yang betul dan ingat. Jangan berdakwah cara yang salah. Kalau nak berdakwah tu kaji dulu cara yang betul dan berkesan. Aku ni bukan power sangat agama, aku sendiri pun tersangkut-sangkut. Tapi salah ke aku nak bagi pendapat dan tegur? 

Renung2kan dan selamat beramal ^_^

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

1 orang doakan kunci locker berjaya:

eqbalzack said...

Salam tuan kunci locker,
Terima kasih singgah blog abg eq dan komen. Kad raya 'cyber' kat blog abg eq tu abg eq alu2kan untuk letak kat blog tuan k...ikhlas dari abg eq...
Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba...